Sunday, April 11, 2010

Strategi Berbeza Pelaburan Rumah Kediaman Dan Komersial

Saya kerap juga menyertai seminar pelaburan kerana kita perlu terus belajar kerana banyak perkara yang berubah mengikut masa. Begitu juga dengan pelaburan hartanah, kita perlu tambah ilmu pengetahuan dan perbetul mana-mana kesilapan.

Untuk pelaburan rumah kediaman, saya memilih untuk aliran tunai positif jadi pilihan sesuai ialah pangsapuri/apartment/flat. Untuk memanfaatkan strategi Zero Money Down (ZMD) & harga dibawah pasaran, beli dari pasaran terbuka (sub-sale) atau lelongan. Semua pembelian dibuat secara perseorangan ataupun bersama pasangan.

Berbeza dengan hartanah komersial. Nampaknya strategi yang sama tidak boleh diguna pakai.

Memang susah untuk memanfaatkan strategi ZMD kerana memang susah untuk mendapatkan harga dibawah pasaran kecuali lelongan. Jadi strategi yang dicadangkan ialah seperti berikut

1- Beli dari developer
2- Kawasan yang baru meningkat dan ada potensi
3- Labur secara kumpulan
4- Must be right the first time

No comments: