Jika anda bekerja dengan kerajaan, bersyukurlah kerana selepas bersara anda akan dapat menikmati pencen seumur hidup. Bagi yang bekerja dengan syarikat swasta, mereka masih boleh bergantung kepada wang KWSP (EPF lah tu). Sementara yang bekerja sendiri, harus terus bekerja untuk menyara diri & pasangan masing-masing.
Persoalannya, adakah cukup wang yang akan anda terima nanti untuk menyara kehidupan semasa persaraan sedangkan umur makin meningkat, anggota badan semakin lemah, penyakit sentiasa menunggu dan nilai wang semakin kecil kerana inflasi. Bukan ingin menakut-nakutkan anda tetapi inilah realitinya. Kepada yang telah membuat persediaan awal, tahniah!
Oh tak mengapa, anak saya ramai tentu ada yang membantu kami nanti. Seorang hulur RM200 sebulan, kalau 5 orang, RM1000 sebulan. Alhamdulillah anda dianugerahkan anak yang ramai. Itu rezeki dari Allah. Semoga semua anak dikalangan yang soleh dan membantu ibu-bapa dihari tua. Tapi betulkah setiap anak anda akan menghulurkan wang setiap bulan atau membantu dihari tua kelak? Zaman semakin berubah.
Bukan saya kata anak-anak saya tidak akan membantu saya di hari tua kelak tetapi saya membuat persediaan untuk bebas dari masalah kewangan dan kebergantungan kepada anak-anak. Jadi, perancangan saya adalah dengan menggunakan pendapatan pasif dari kutipan sewa. Tahun demi tahun harga rumah akan naik dan harga sewa rumah pun akan naik setara dengan inflasi.
Saya beli rumah ketika berumur 40-45 tahun dan pinjaman selama 20-25 tahun. Jadi bila berumur 60-70 tahun, tiada lagi pinjaman rumah. Setiap sen yang dikutip dari sewa menjadi hak saya sepenuhnya. Jadi bagi mereka yang berumur 25-30 tahun & membeli beberapa buah rumah sebelum berumur 30 tahun, mereka boleh bersara pada umur 45-50 tahun dengan pendapatan pasif dari kutipan sewa.
Selamat bergembira dihujung minggu bersama rakan dan keluarga
mesaro_101@yahoo.com

No comments:
Post a Comment