Sunday, August 15, 2010

Kitaran Harga Hartanah

Ramai yang bertanya saya mengenai kitaran harga hartanah. Mereka merasakan harga hartanah akan jatuh dalam masa terdekat atau paling lama dalam masa 1-3 tahun. Kata mereka 'property buble will burst' dan pada masa itu barulah masa terbaik untuk membeli hartanah.

Saya mempunyai pandangan berbeza. Setelah melalui tiga kemelesetan ekonomi secara langsung, bermula pada 1986, 1997 dan 2007-08, saya membuat kesimpulan kitaran hartanah di Malaysia adalah lebih kurang setiap 10-11 tahun. Pada firasat saya, kemelesetan ekonomi yang akan datang adalah sekitar 2017 - 2019. Buat masa ini, kenaikan hartanah masih lagi diperingkat awal dan kita ada masa untuk membeli hartanah bermutu dan menguntungkan. Walau bagaimana pun kita perlu berhati-hati kerana menurut kajian, kondominium mewah menghadapi masalah over supply. Dalam apa keadaan sekalipun, kita kena buat perkiraan dengan bijak sebelum membeli. Apa yang baik untuk saya mungkin tidak baik untuk anda dan begitu juga sebaliknya.

Jika benar kemelesetan ekonomi akan berlaku pada antara 2017 - 2019, apakah tindakan yang wajar patut kita rancang untuk mengaut keuntungan? Beli hartanah sekarang atau 2-3 tahun lagi? Jenis hartanah mana yang patut dibeli? Pakej pinjaman apa yang patut diambil? Buat kajian, rancang dan bertindak dengan ilmu, bukan dengan emosi.

Selamat melabur dan semoga berjaya

P.S, Jangan lupa baca komen-komen berkaitan topik ini ya!

5 comments:

Hazree said...

wow... a very good info in deed.
kudos En Esa!

Matjoe said...

i dont think there's the price of property register a significant drop in 2007-2008. for what i can remember, in 2008 what came down is the interest rate and more attractive financing package.

hope to grab the bubble jugak, but taktau laa bila kan terjadi.

when everybody predict and wait for that to happen, harga rumah tak turun byk mana pun.

but still better dari tak buat apa2

m.esa.ro said...

Matjoe & pembaca blog saya yang lain,

Pada kitaran kali ini, ekonomi negara2 Asia tidak meleset seteruk di benua Amerika dan Eropah. Walau bagaimana pun, oleh kerana semua negara didunia mempunyai hubungan perdagangan dengan Amerika & Eropah, sedikit sebanyak akan terima tempias kemelesetan ekonomi Amerika yg berpunca dari masalah sub-prime. Kemudian diikuti oleh kebangkrapan negara Iceland, Greece.

Malaysia agak beruntung kerana

1- industri bank kita telah agak stabil selepas krisis kewangan 1997 kerana penggabungan bank-bank menjadi entiti lebih besar, kukuh & mantap dan dasar2 BNM yang tegas mengenai Non-Performing Loan (NPL)
2- rakan dagangan utama Malaysia selain USA iaitu China & Jepun tidak/kurang mengalami masalah ekonomi.

Namun kita masih merasa sedikit tempias kerana
1- harga rumah mendatar
2- pembeli rumah agak berkurangan
3- pemaju tidak melancarkan projek baru
4- BNM menurunkan over night rate
5- bank menurunkan BLR,
6- pakej pinjaman rendah sehingga BLR - 2% dan
7- pemaju juga menjadi lebih kreatif. Mereka menawarkan skim 10/90, 5/95 malah pernah saya nampak skim 2/98 (b/s pembeli bayar b% semasa beli, tiada pembayaran semasa construction dan bayar s% apabila siap).

Pada pandangan saya, oleh kerana kenaikan harga bahan mentah seperti simen, besi dsbnya, agak sukar untuk harga menurunkan harga jualan rumah baru. Harga rumah2 yang sedia ada juga meningkat setara dengan harga pasaran. Malah, pengurangan subsidi petrol akan menyebabkan peningkatan inflasi, seterusnya secara tak langsung harga rumah akan naik.

Tetapi ada beberapa perkara yg boleh menyebabkan kejatuhan harga hartanah dalam 2-3 tahun akan datang;

1- kondo mewah yang berlebihan tetapi kurang penyewa. Kurangnya Foreign Direct Investment bermakna kurang expatriate yang akan datang bekerja dan menyewa kondo mewah
2- pembeli berebut-rebut membeli hartanah yang harganya seperti tidak masuk akal. Contoh, pemaju telah naikkan harga jualan untuk skim 10/90 atau 5/95.

Jadi, kita kena pilih jenis hartanah yang paling baik, paling banyak permintaan sewaan & dilokasi yang paling kurang terjejas jika ada kejatuhan / bubble burst.

Banyakkan membaca berita2 terkini, cari ilmu pelaburan, cari kawan2 yang berjaya, positif serta suka berkongsi ilmu, rancang dan bertindak dengan bijak.

Anonymous said...

IMO kiter akan rasa effect die yg sebenar biler pembeli projek baru dari tahun 2008/2009 start serving their loan start on 2011/2012. With the increasing of BLR and petrol hike many will default on their payment Maybe.

m.esa.ro said...

My advice is to start planning now. Study the area of interest, build a database of your target area, collate the current market price, the rental etc. When the opportunity avail itself, you'll know exactly where & what to buy at the best price.

Yes, lots of work required but "No pain, no gain" and good luck.