Hartanah

Soalan Lazim Mengenai Pelaburan Hartanah

Anda berminat untuk mulakan pelaburan hartanah tapi anda ada banyak soalan yang masih tak terjawab. Cuba layari pautan ini Frequently Asked Questions About Real Estate Investment Semoga anda telah dapat sedikit maklumat mengenai pelaburan hartanah.

Anda rasa anda masih belum bersedia untuk beli hartanah kerana perlukan modal besar. Walau pun saya katakan anda tak perlu modal besar (malah ada yang boleh beli tanpa wang), anda masih ragu-ragu. Anda masih boleh melabur dalam hartanah tapi secara kolektif. Anda boleh beli saham-saham REITS di pasaran terbuka BSKL. Ingat, kena ada sedikit ilmu juga untuk melabur dalam saham. Bukan semua saham REITS itu bagus. Secara amnya, labur dalam apa jua jenis pelaburan tanpa ilmu seperti berjudi, bergantung kepada nasib, "untung sabut timbul, untung batu tenggelam". Pastinya anda bukan orang sedemikian.


Pinjaman Rumah



Pada umumnya ada dua jenis pinjaman rumah; konventional dan patuh syariah. Pecahannya pula ialah pinjaman rumah biasa dan pinjaman rumah-flexi. Kini terdapat satu lagi pinjaman yang digelar pinjaman transaksi (transactional loan) dimana kita mampu mengurangkan bayaran faedah atau mengurangkan masa pinjaman jika kita tahu guna teknik gabungan penggunaan kad kredit, pinjaman fleksible dan pendapatan kita.


Jika anda betul berminat nak jimat, saya ada caranya dengan memanipulasi pinjaman rumah flexi, kad kredit dan tabung simpanan. Jika kita kreatif dalam isu dan hal kewangan, kita mampu melunaskan pinjaman dalam tempoh lebih pantas dan bayar sedikit faedah / keuntungan kepada bank. Rahsia ini telah pun saya kongsikan bersama beberapa orang peserta yang bijak dan berani untuk ambil peluang dan kesempatan yang ada dalam seminar pinjaman tanpa faedah dan pinjaman semula tunai (cash refinancing). Anda bagaimana? 


Lelong 

Sila layari Panduan Ringkas Sebelum Beli Rumah Lelong


Tapi sekarang ni agak sukar untuk memenangi bidaan dalam lelongan kerana ramai orang telah celik dan mula melabur dalam hartanah. Pernah dalam suatu lelongan ada lebih 50 pembida untuk bida apartment yang sangat panas. Akhirnya sipemenang ikut emosi, beli apartment itu di atas harga pasaran. Bijak ke tindakan beliau? Mungkin ya dan mungkin tidak. Bergantung kepada tujuan beliau nak duduk sendiri atau nak sewakan. Tapi bagi saya, saya tidak akan bida sehingga melepasi harga pasaran. Malah cuma akan bida sehingga 20% dibawah harga pasaran. Kenapa

Cukai

Semua pendapatan perlu kita declare dan taksirkan kepada LHDN. Jadi, sebagai pelabur harta tanah, kita perlu tahu mengenai cukai penyewaan harta tanah. Seperkara yang paling penting ialah mengenai klasifikasi pendapatan sewa, samada diklasifikasikan sebagai pendapatan sewa bukan perniagaan atau pendapatan sewa perniagaan. 

Adakah lebih baik untuk jana pendapatan sewa bukan perniagaan atau pendapatan sewa perniagaan?

Sila layari Pendapatan Daripada Sewaan Harta Tanah - Ketetapan Umum No. 4/2011 untuk maklumat lanjut.

Anda juga boleh rujuk

1  Panduan Membeli Hartanah Untuk Pelaburan - CIMB Islamic