Friday, July 22, 2016

Tips Ubahsuai Rumah

Saya terpanggil untuk kongsikan tip ubahsuai rumah apabila baca posting dalam FB mengenai rumah kos rendah yang diubahsuai menjadi begitu cantik dan menarik. Tahniah kepada pemilik rumah tersebut.

Apakah ia baik dari segi pelaburan? Mungkin ya dan mugkin tidak. Disini saya nak kongsikan pandangan saya dan juga 'rules of thumb' mengenai ubahsuai rumah. Bukan apa yang nak diubahsuai tetapi berapakah nilai ubahsuai.

Secara amnya mengikut 'Rules of Thumb' kita tidak digalakkan ubahsuai hartanah kita melebihi 30% harga pasaran. Ini kerana harga jualan akan mengikut harga pasaran atau kurang lebih harga pasaran. Jadi jika kita belanja keterlaluan, kemungkinan untuk rugi adalah sangat besar. Tidak mengapa jika anda nak tinggal dirumah tersebut. Anda boleh belanja sebanyak mungkin, kata anda, untuk puashati dan lebih selesa. Tapi ingat, langit bukan sentiasa cerah. Kadang-kadang mendung dan ada kalanya hujan sangat lebat hingga banjir. Jadi kita perlu bersedia untuk hadapi 'hujan lebat atau banjir'. Jika perlu dan terdesak, boleh jual rumah kita untuk kelangsungan hidup. Jangan menyesal kerana kita hanya boleh jual pada kurang lebih pada harga pasaran. Percayalah, nilai ubahsuai yang melampau tidak diambil kira oleh bakal pembeli.