Friday, November 23, 2018

Bongkar Satu Lagi Cara Pinjam Kad Kredit Tanpa Faedah

Salam sejahtera,


Awas perangkap kad kredit. Tapi kalau anda kreatif, memang sentiasa cari perangkap yang tak berapa berkesan




Saya dapat idea baru-baru ni selepas buat BT (balance transfer) dengan ZERO caj dan ZERO interest selama 6 bulan, dari 3 kad kredit bank Aaih, Cee & Haih  kepada satu kad kredit lagi ke Bank Pee. Bukan dirancang tapi tak sengaja saya terlebih BT amaun RM5,000 dari Bank Cee. Tiada masalah. Bank Pee bayar kepada bank Cee dan sekarang kad kredit saya di bank Cee ada overpaid amount RM5,000.

Apa ada masalah? TIDAK kerana amaun yg saya terlebih BT ke bank Pee tu tak kena apa2 caj dan faedah selama 6 bulan dan kini saya boleh guna kad kredit bank Cee untuk berbelanja dan dapat mata ganjaran tanpa kena sebarang caj dna faedah juga.

Macam pelik tapi ini cerita benar. Saya berjaya 'tipu' bank secara tak sengaja. Kalau anda nak buat dengan sengaja, itu anda yg bertanggungjawab. Mungkin bank akan ambil tindakan batalkan kad kredit anda. Harapan saya agar bank tak berapa bijak, walau pun kita ingat bank selalu bijak.
Bagus ke Bagus?


mesaro