Sunday, August 15, 2010

Kitaran Harga Hartanah

Ramai yang bertanya saya mengenai kitaran harga hartanah. Mereka merasakan harga hartanah akan jatuh dalam masa terdekat atau paling lama dalam masa 1-3 tahun. Kata mereka 'property buble will burst' dan pada masa itu barulah masa terbaik untuk membeli hartanah.

Saya mempunyai pandangan berbeza. Setelah melalui tiga kemelesetan ekonomi secara langsung, bermula pada 1986, 1997 dan 2007-08, saya membuat kesimpulan kitaran hartanah di Malaysia adalah lebih kurang setiap 10-11 tahun. Pada firasat saya, kemelesetan ekonomi yang akan datang adalah sekitar 2017 - 2019. Buat masa ini, kenaikan hartanah masih lagi diperingkat awal dan kita ada masa untuk membeli hartanah bermutu dan menguntungkan. Walau bagaimana pun kita perlu berhati-hati kerana menurut kajian, kondominium mewah menghadapi masalah over supply. Dalam apa keadaan sekalipun, kita kena buat perkiraan dengan bijak sebelum membeli. Apa yang baik untuk saya mungkin tidak baik untuk anda dan begitu juga sebaliknya.

Jika benar kemelesetan ekonomi akan berlaku pada antara 2017 - 2019, apakah tindakan yang wajar patut kita rancang untuk mengaut keuntungan? Beli hartanah sekarang atau 2-3 tahun lagi? Jenis hartanah mana yang patut dibeli? Pakej pinjaman apa yang patut diambil? Buat kajian, rancang dan bertindak dengan ilmu, bukan dengan emosi.

Selamat melabur dan semoga berjaya

P.S, Jangan lupa baca komen-komen berkaitan topik ini ya!