Salam Sejahtera Tuan/Puan,
Kalau kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi / Economic Transformation Program (ETP), kita pula perlu terlebih dahulu melakukan Program Transformasi Diri / Self-Transformation Programme (STP), terutama dikalangan kaum Melayu. Dalam pemerhatian saya (betulkan saya jika salah), orang Melayu kaya dengan sifat sopan dan santunnya juga suka merendah diri. Tetapi sifat merendah diri yang keterlaluan akhirnya menyebabkan perasan rendah diri, berlaku secara tanpa disedari.
Berikut adalah pemerhatian dan pengalaman seorang imam muda yang disampaikan dalam tazkirah di MRSM Felda Kolej Tun Abdul Razak sempena majlis bacaan Yaseen dan solat hajat, pada September lalu, untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.
Beliau telah menghantar kereta kesebuah bengkel kereta untuk diperbaiki. Sementara menunggu kereta siap, beliau telah masuk ke sebuah restoran kepunyaan seorang Melayu beragama Islam. Dia disapa oleh pelayan kedai itu dengan mesra dan pertanyaan 'nak minum apa, Mat?'.
Seketika kemudian, seorang Cina separuh umur, kemungkinan pemilik bengkel-bengkel kereta yang berdekatan, masuk kedalam restoran yang sama. Beliau disapa dengan mesra "Tokey, nak minum apa?". Tidak lama kemudian, seorang lagi pelanggan berbangsa India berpakaian kemas masuk dan pelayan itu bertanya "Boss nak minum apa?".
Adakah anda perasan perbezaan cara pelayan itu mengambil pesanan? Ada apa-apa kesalahan? Tiada yang salah cuma, imam muda itu dipanggil 'Mat', lelaki Cina di panggil "Tokey" dan lelaki India di panggil "boss". Mengapa imam muda itu tidak dipanggil Tuan atau Encik? Perhatikan juga, panggilan 'Mat' diletak dibelakang bukannya pembuka soalan. Memang perkara kecil tapi jika diteliti dan dikaji, mungkin kita mampu mentafsirkan apa yang tersurat dan tersirat.
Sekarang cuba kita lihat iklan-iklan kecil dalam akhbar atau iklan yang di pasang ditiang-tiang lampu, traffic light atau pokok-pokok. Katalah iklan ubah suai rumah yang di buat oleh orang Cina, India dan Melayu. Adakah terdapat perbezaannya? Kalau anda teliti lebih dekat anda akan perasan yang orang Cina dan India akan letakkan 'Mr' didepan nama mereka seperti Mr Lee atau Mr Muru. Kalau iklan orang Melayu, cuma ada nama. Tiada pula, kalau ada pun jarang-jarang, diletakkan Encik didepan nama mereka. Kenapa?
Pada pandangan saya, panggilan seseorang kepada pelanggan dengan panggilan Tokey atau boss seperti satu doa. Kalau selalu disebut, doa itu mungkin menjadi kenyataan. Malangnya, orang Melayu jarang 'berdoa' untuk bangsanya sendiri tetapi tidak segan atau janggal untuk berdoa untuk kaum lain. Pelik bukan.
Manakala, meletakkan Mr/Encik didepan nama merupakan satu pernyataan bahawa mereka ini seorang yang konfiden dan lebih tinggi sedikit. Mereka juga berharap orang akan memanggil mereka dengan panggilan Mr/Encik dan seterusnya mendoakan kedudukan baik untuk mereka. Percayalah, apabila kita dapat konfiden/keyakinan diri, banyak perkara yang sebelum ini kita sangka tidak mampu dilakukan, tiba-tiba kita mampu lakukan. Jadi kita perlu mengangkat diri kita sebelum mengharap orang lain mengangkat dan menghormati kita. Bukan saya bermaksud kita kena bermegah-megah atau sombong tetapi ada keyakinan diri yang tinggi dan self-respect.
Jadi, saya cadangkan orang Melayu ubah sedikit agar mereka mendapat doa dari sesiapa jua samada pelayan restoran mahu pun pelanggan mereka. Yang paling penting ubah minda kita untuk belajar sayangi diri kita, tambah keyakinan diri dan hormat diri kita/sel-respect. Inilah yang saya panggil Program Transformasi Diri atau Self-Transformation Program (STP).
Jika ada diantara pembaca blog saya yang bukan berbangsa Melayu, harap jangan rasa sensitif kerana ini bukan soalan isu perkauman. Malah saya ingin mengutarakan sedikit kepincangan yang ada pada bangsa saya sendiri agar dapat kita sama-sama memperbaikinya. Begitu juga kepada bangsa saya yang membaca, jangan pula mengambilnya sebagai satu perkara negatif tetapi jadikanlah ia satu cabaran agar kita dapat faedah dan manfaatnya.
Apa pendapat anda tentang cadangan saya itu?
Bersambungan di Program Transformasi Diri 2
Waulahualam.
Mohon maaf jika terkasar bahasa atau mencuit hati sesiapa. Tapi itulah kenyataan yang perlu kita akui dan hadapi.
dari meja Hj Md Esa Rosdi @ mesaro