Wednesday, August 12, 2015

Kitaran Ekonomi


Semalam 11 Ogos 2015, China telah menurunkan nilai matawang Renminbi berbanding USD. Kesannya matawang negara-negara Asia turun sama terjejas. Saham-saham di BSKL juga turut mendapat tempias. China menurunkan nilai matawangnya untuk dapat kelebihan perdagangan dengan negara-negara lain terutama USA dan negara-negara barat. Malaysia yang kena tempias pun mungkin dapat kelebihan kerana boleh bantu imbang kedudukan Balance of Payment (BOP) negara terutama jika kita ada lebihan eksports. Para pelancong pun mungkin memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan. Ini akan bantu ekonomi di sektor pelancongan. Tetapi kos imports kita meningkat. Kita elakkan beli barangan imports terutama barangan mewah. Beli barang imports yang betul-betul kita perlu sahaja. Kita mulakan kempen, beli barangan Malaysia. Jadi kita tidak terkesan sangat dengan kejatuhan ringgit.


Apakah kejatuhan matawang dan saham BSKL memberi petanda kurang baik? Cuba kita lihat rajah kitaran ekonomi di bawah. Dimanakah ekonomi dunia / Malaysia sedang berada?Saya yang bukan pakar atau professor ekonomi ni berpendapat kita sedang berada di pukul 1 atau sewaktu dengannya. Apa maknanya? Bila saham merudum, ia diikuti oleh kejatuhan harga komoditi dan juga kejatuhan syarikat/korporat. Bila saham jatuh dan banyak syarikat/korporat gagal maka mereka yang miliki hartanah dan tidak mampu lagi memegangnya kerana kebocoran dan ketirisan poket mereka, maka banyaklah hartanah akan dijual atau dilelong menyebabkan kejatuhan harga hartanah.



















Kalau anda rajin anda kaji juga mengenai Kondratieff Wave. Ia menunjukkan tahun berapa kemelesetan ekonomi berlaku dan dalam jarak berapa tahun setiap kitaran tersebut.

Jadi, apakah yang patut kita buat sekarang?

Mengikut kajian, apabila saham jatuh, ia akan diikuti oleh kejatuhan komodoti termasuk logam emas/perak dan kemudian hartanah dalam masa 1.5 - 2 tahun. Jika benar kitaran ke bawah ini sudah bermula pada Ogos 2015, kita akan dapat lihat harga hartanah akan merudum sekitar  penghujung 2017/awal 2018.

Tetapi, dari pengalaman sendiri, sejak saya mula bekerja pada 1986, Malaysia telah mengalami 3 kemelesetan ekonomi iaitu pada 1986/1987, 1997/1998 dan 2008/2009. Dapatkah anda lihat coraknya? Ia berlaku pada setiap 10/11 tahun. Jika mengikut kitaran ini, kemungkinan juga ia akan berlaku pada 2018/2019. Dalam apa hal sekali pun, tiada siapa yang dapat mengagak dengan tepat bila kemelesetan sebenar akan berlaku. Ramalan ini sekadar mempersiapkan diri bagi menghadapi kemungkinan tersebut, agar kita merancang, dapat elakkan/kurangkan kerugian malah mungkin mampu membuat tindakan yang memberi keuntungan kelak.

Saya juga pernah menulis mengenai perkara yang sama pada 2010. Sila rujuk Kitaran Harga Hartanah untuk maklumat lanjut.

Menurut Warrent Buffet, bila orang lari dari pasaran saham, itu adalah peluang beliau untuk masuk pasaran dan beli saham-saham terpilih. Jadi nak ikut cara beliau? Mungkin boleh jika masih ada rezab wang dalam simpanan. Jika tidak, apa yang perlu dilakukan? Tunggu dan simpan semua saham-saham sehingga harganya pulih kelak?

Apakah kita patut terus membeli hartanah pada masa sekarang?

Atau kita perlu tunggu 1.5 - 2 tahun lagi dan simpan wang. Jika betul-betul mempunyai rezab wang yang banyak, tunggu untuk beli hartanah semasa kemelesetan pada harga 'fire sales'. Tapi kenalah juga jaga kedudukan kewangan agar laporan CCRIS kita cantik. Pastikan bayaran pinjaman dan kad kredit sedia ada, sentiasa 'on time'. Jika tidak, anda akan hanya jadi penonton apabila orang lain sibuk "menjala ikan".



Waulahualam


P.S. Saya bukan pakar. Ini adalah pandangan saya sendiri dan perancangan saya sendiri. Saya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami dengan membuat rancangan yang sama.

Jika ada pakar ekonomi yang membaca entri ini, sila beri komen dan pandangan anda











No comments: