Blog No 2-2020 3:15am 10 Okt 2020
Blog ini ditulis untuk rujukan anak-anak saya yang kini akan memasuki alam pekerjaan.. Tulisan ini adalah pandangan dan cadangan saya kepada anak-anak saya sebagai satu cara perkongsian pengalaman sendiri atau rakan-rakan terdekat. Mungkin ia juga boleh jadi rujukan kepada anak-anak anda, Kalau ada komen positif, sila tulis. Jika ada yang negatif, simpan sendiri ya
Anak-anakku,
Pagi ini hujan renyai-renyai, suhu dingin dan suasana sunyi sepi. Memang sedap untuk tarik selimut dan sambung tidur. Tapi dad telah dikejutkan secara semulajadi dan buat keputusan untuk sambung menulis, kongsi cerita lampau semasa dad baru sahaja habis belajar dan sedang mencari pekerjaan tetap
Pada waktu tersebut sekitar hujung tahun 2005 dan awal tahun 2006, internet masih belum ada lagi untuk kegunaan umum. Semasa belajar, dalam salah satu subjek, dad ada belajar mengenai satu cara berkomunikasi antara komuniti tentera Amerika Syarikat DARPA melalui rangkaian komputer. Kemungkinan ia adalah antara idea yang mencetuskan pembangunan kemudahan internet untuk kemudahan komunikasi awam.
Tanpa internet, akhbar-akbar menjadi sumber utama untuk dad cari peluang pekerjaan melalui iklan-iklan yang disediakan. Orang kampung manalah beli akhbar bahasa Inggeris. Jadi dad terpaksa minta kedai Cina di pekan Semerah dapatkan 1 naskah akhbar The New Strait Times atau The Star, khas untuk dad. Peluang lebih tinggi kerana banyak syarikat-syarikat antarabangsa yang iklankan kerja kosong dalam akhbar berbahasa Inggeris berbanding dengan akhbar berbahasa Melayu seperti Berita Harian atau pun Utusan Melayu (Jawi) mahu pun Utusan Malaysia (Rumi)
Seperti Menunggu Buah Tak Gugur
Maka banyaklah permohon kerja yang dad hantar dengan harapan tinggi akan dipangil untuk temuduga. Malangnya rumah atuk belum ada kemudahan telefon. Jika ada sebarang tawaran temuduga, ia perlu dihantar melalui surat atau jika urgent, melalui telegram. Kemudahan penghantaran pesanan melalui telegram adalah cepat tetapi mesej yang dihantar sangat pendek kerana kosnya mahal. Anak-anak generasi Z mungkin tidak tahu akan kemudahan telegram yang disediakan oleh Jabatan Telekom Malaysia (nama sebelum diswastakan menjadi Telekom Malaysia pada era 90an)
Pernah dad hadir temuduga dibeberapa agensi kerajaan, semi-kerajaan dan swasta. Namun pihak penganjur dad belajar iaitu RISDA langsung tidak ada hubungi dad walau pun dad sudah maklumkan bahawa dad sudah habis belajar dan sedia untuk berkhidmat dan berjasa kepada RISDA yang telah hantar dad belajar ke luar negara. Jadi dad terus berusaha untuk dapatkan pekerjaan ditempat lain.
Atuk Lebih Advance Dari Robert Kiyosaki
Atuk ada kebun getah dan kebun kelapa berjumlah sekitar 20 ekar. Kebun getah diberikan kepada Pakcik Zin (Sg Sudah) untuk uruskan. Kebun kelapa di baruh, diuruskan oleh Pok De Bongkek dan Pakcik Pi. Jadi atuk hanya perlu uruskan kebun kelapa di darart sahaja, sekitar 8 ekar kalau tak silap. Atuk rancang untuk sabit 50% setiap 2-3 minggu secara bergilir-gilir. Bermakna setiap 2-3 minggu kami perlu bekerja untuk hasilkan kopra untuk dijual. Setiap 2-3 minggu atuk akan dapat pendapatan. Walau pun sekolah tak tinggi, dad nampak cara pemikiran atuk berbeza dari orang lain. Beliau gunakan konsep OPR (other people resources), OPS (other people skills) dan OPT (other people time) untuk menjana pendapatan. Pada masa tu memang tak tahu apa konsep dan strategi atuk. Setelah baca buku Rich Dad Poor Dad oleh Robert Kiyosaki barulah dad sedar bahawa atuk telah pun praktikkan apa yang dikatakan oleh Robert Kiyosaki dalam bukunya/
Hebat tak atuk? Pada pandangan dad, atuk memang hebat. Berfikiran jauh dan mempunyai KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Alhamdulillah dapat bapa yang sebegini. Memang dia garang tapi kegarangan beliau membentuk anak-anak berdisiplin. Memang beliau jarang bercakap dengan anak-anak tapi hati beliau mulia. Beliau cakap perkara yang perlu sahaja dengan serious. Tiada masa membawang. Tiada masa melepak dikedai kopi, buang masa bergosip
Nasihat Atuk Yang Paling Terkesan
Selepas beberapa bulan masih tidak berjaya dapat kerja, dad sudah mula rasa kecewa dan rendah diri. Ditanbh lagi dengan bisikan orang kampung yang kurang sedap didengar. Dad mula melihat bahawa tuhan tak sayangkan hambanya yang berusaha dan beribadah kepadanya. Dad senyap-senyap dalam hati salahkan tuhan, bukan diri sendiri.
Satu hari semasa berehat setelah penat bekerja dikebun, kami duduk dipangkal pokok kelapa sambil minum air yang dibekalkan oleh nenek. Dad ambil kesempatan meluahkan perasaan yang terbuku didada kepada atuk dengan soalan cepu emas:
"Apak, kenapa Allah tak berlaku adil? Lihatlah orang Cina, mereka tak perlu solat tunggang terbalik tapi mereka diberikan rezeki yang melimpah ruah. Banyak kebun-kebun orang kampung kini jadi milik mereka"
Atuk dengan tenang jawab:
"Kita umat Islam memang sentiasa dicuba oleh Allah. Dia nak lihat kekuatan iman umatnya. Adakah mereka masih ingat tuhan ketika gembira/senang dan adakah mereka benci tuhan ketika duka/susah.
Bagi umat bukan Islam, Allah sayang mereka juga. Allah beri rezeki melimpah ruah kepada mereka didunia agar mereka bersyukur kepada Allah. Tapi kebanyakan mereka akan kata kekayaan mereka adalah kerana usaha keras mereka bukan rezeki dari Tuhan, Berbeza untuk kita umat Islam. Kita percaya rezeki itu dari Allah swt tetapi kita masih perlu berusaha dan berdoa kerana Allah suka lihat umatnya memohon kepadaNya.
Biarlah mereka kaya didunia tapi tak bersyukur kepada Allah. Kita harus terus berusaha dan berdoa agar dipermudahkan urusan dan diberi rezeki yang luas. Jangan sekali-kali salahkan Allah"

Pergh.. memang padu jawapan atuk menyebabkan dad terkedu dan tak berkata apa-apa. Dad fikirkan jawapan atuk dan sedar bahawa dad sudah hampir terpesong aqidah dek godaan syaitan
Dad akan sambung lain kali jika ada umur. Bacalah dan hadamkan

Nota
Terima kasih kepada seornag pembaca blog saya kerana betulkan saya .
" tuhan tak sayangkan hambanya , bukan umatnya"