Blog No 4-2020 1:25am 12 Okt 2020
Blog ini ditulis untuk rujukan anak-anak saya yang kini akan memasuki alam pekerjaan.. Tulisan ini adalah pandangan dan cadangan saya kepada anak-anak saya sebagai satu cara perkongsian pengalaman sendiri atau rakan-rakan terdekat. Mungkin ia juga boleh jadi rujukan kepada anak-anak anda, Kalau ada komen positif, sila tulis. Jika ada yang negatif, simpan sendiri ya
Anak-anakku,
Alam pekerjaan memang berbeza. Dulu belajar bersungguh-sungguh untuk lulus periksa tapi kini belajar benda baru bukan untuk lulus periksa tapi untuk kegunaan seharian semasa bekerja, Banyak perkara yang kita belajar dulu tidak ada kaitan langsung dengan apa yang kita lakukan di alam perkerjaan.
Alam pekerjaan memang berbeza. Dulu belajar bersungguh-sungguh untuk lulus periksa tapi kini belajar benda baru bukan untuk lulus periksa tapi untuk kegunaan seharian semasa bekerja, Banyak perkara yang kita belajar dulu tidak ada kaitan langsung dengan apa yang kita lakukan di alam perkerjaan.
Pada masa dulu, adalah menjadi tradisi untuk bekerja dengan sesebuah syarikat sampai mati. Tak bertukar bekerja disyarikat lain sepanjang hayat. Malah syarikat memberi insentif kepada pekerja yang bekerja 10 tahun (sebatang pen), 20 tahun (bayaran separuh gaji) dan 30 tahun.(bayaran sebulan gaji). Tapi kini zaman dah berubah, Syarikat tidak lagi pandang berapa lama kita kerja dengan mereka tetapi apakah sumbangan kita kepada syarikat. Jika sumbangan kira menurun, mungkin akan diberi saguhati untuk berpisah secara baik. Malangnya ada antara pekerja yang sengaja tidak beri sumbangan terbaik dan diberikan ganjaran untuk berpisah sedangkan pekerja yang bekerja keras terus bekerja tanpa diberikan penghargaan dalam bentuk wang ringgit. Syarikat ingin pekerja baik terus bekerja tapi pekerja rasa seperti tidak dihargai.
Ini adalah salah satu sebab mengapa dad keluar meninggalkan bank antarabangsa pada 09.08.07 selepas bekerja lebih 21 tahun. Sebab lain adalah kerana ingin mencari rezeki yang lebih bersih, tidak berkaitan dengan RIBA. Ada beberapa perkara lain yang tak perlu dan tak sesuai dikoggsikan di khalayak
Jadi anak-anakku, bekerjalah dengan penuh semangat, jangan curi masa bekerja untuk tujuan lain dan pastikan sumbangan kita dihargai serta dapat imbuhan sewajarnya. Jika tidak, segeralah bertindak cari peluang ditempat lain. Mungkin masa depan lebih cerah ditempat lain. Percayalah, pihak syarikat tidak akan menangis kerana kita tinggalkan syarikat. Mereka akan cari pengganti dalam masa yang singkat. Bermakna, kita tidaklah indispensable.
Klik SINI untuk rujuk langkah-langkah untuk bertukar kerjaya