Lokasi hartanah yang dipilih adalah satu perkara penting yang tidak boleh diambil mudah. Jadi kebiasaanya ada yang mengatakan 3 perkara yang paling penting dalam pelaburan hartanah ialah "lokasi, lokasi dan lokasi". Ya, memang tak dapat dinafikan bahawa lokasi merupakan perkara penting tetapi ia tak semestinya menjadi yang terpenting hingga digandakan 2 kali. Pada pandangan saya sepatutnya "lokasi, masa (timing) dan harga" kerana ketiga-tiga gabungan faktor ini menyumbang kepada perkara objektif - samada kita dapat pulangan baik dan aliran tunai yang positif.
Adakah kawasan yang jalannya sesak tidak baik untuk pelaburan? Kita akan bincangkan diposting akan datang.
Sekali lagi persoalan lokasi juga bergantung kepada pelan pelaburan anda. Adakah anda ingin melabur dalam pangsapuri mewah atau pangsapuri/apartment sederhana atau flat. Siapakah yang akan menyewa di unit-unit anda dan bolehkah anda mengawal (handle) penyewa sebegitu? Contohnya, ada ingin membeli flat kos rendah. Siapakah yang biasanya menyewa disitu, apakah mereka mempunyai sumber kewangan kukuh untuk membayar sewa dan bagaiman hendak mengawal situasi sekiranya mereka tidak mahu membayar sewa. Kebiasaannya (maaf jika salah), mereka bekerja kasar dan sudah biasa dengan tekanan. Jadi mugkin anda tidak dapat mengutip sewa dan tidak dapat menghalau mereka keluar. Boleh juga dengan cara kasar. Itu pun kalau anda sanggup buat.
Begitu juga, pangsapuri mewah biasanya diduduki oleh pekerja-pekerja asing atau expatriate. Bagaimana kerenah mereka? Pernah saya dengar seorang wanita kulit putih memanggil tuan rumah untuk datang menukarkan bulb lampu. Banyak hal, tapi untuk menjaga hati penyewa yang membayar sewa beribu-ribu ringgit sebulan, dia dengan berat hati terpaksa pergi tukarkan. Mungkin juga dia kurang bijak sebab kalau saya, ada caranya. Tapi mungkinkah juga beliau ni memang saja mencari peluang untuk berjumpa wanita kulit putih ni. Mungkin juga.
Jadi anda perlu menetapkan jenis hartanah dan kemudian buat kaji selidik lokasi.
Antara lokasi panas ialah berdekatan stesyen LRT, bas, monorel atau KTM. Begitu juga yang berdekatan dengan sekolah terutama sekolah Cina dan antarabangsa.
Lokasi mana pula yang patut di jauhi? Sebelah kubur, sebelah tempat beribadat, pusat hiburan dan sebagainya. Bagi Muslim, bersebelahan Masjid amat baik kearana mudah untuk mengerjakan ibadah berjemaah. Itu kalau mahu duduk sendiri. Sekiranya sebagai pelaburan, kita kena fikirkan mengenai peluang untuk mendapatkan penyewa dari segala bangsa. Bagaimana pula lokasi di simpang tiga atau unit bernombor kurang baik? Ingat, penyewa yang akan duduk, jadi kena cari yang sesuai untuk semua orang yang berbagai bangsa.
Walaupun begitu bukan semua yang saya paparkan itu 100% betul. Semi-D di Berverly Height waktu pelancaran dijual minima $600,000. Tak silap 6 tahun dulu. Mahalkan? Sudahlah begitu berjiran dengan kubur Cina pula. Tapi sambutannya menggalakkan dan fasa baru sedang dalam pembinaan. Harga jualan sub-sale melebihi $1 juta kerana harga fasa baru juga melebihi $1 juta. Kalaulah saya tahu dah tentu melabur 2-3 buah disana dan jual untuk capital appreciation. Jadi, kita ada strategi dan pelan tetapi bukanlah semestinya betul untuk semua perkara.
Selain dari itu banyak lagi faktor-faktor lokasi yang perlu diambil kira seperti arah pintu/tingkap rumah menghala ke utara, selatan, timur & barat. Mengapa ia penting? Perlu banyak membaca untuk dapatkan pengetahuan am termasuklah Feng Shui. Ambil yang baik, logik dan sebagai Muslim, yang tidak bercanggah dengan agama.
Jumpa lagi..

No comments:
Post a Comment