Seperti yang saya beritahu dalam posting sebelum ini, pada amnya pulangan pelaburan hartanah yang patut dicapai ialah sekurang-kurangnya 2 kali ganda simpanan tetap (fixed deposit). Sekiranya kadar pulangan simpanan tetap ialah 3%, maka kita perlu mencapai pulangan 6% atau lebih.
Bagaimana Mengira Pulangan Pelaburan (ROI)
Ada beberapa cara untuk mengira ROI. Antara yang paling mudah ialah;
a) ROI#1 = (sewa - caj servis) x 12 / harga belian
b) ROI#2 = (sewa - caj servis) x 12 / (harga belian - pembiayaan bank)
ROI#1 adalah untuk kiraan secara umum yang boleh digunapakai untuk perbandingan pelaburan dilokasi yang berbeza. Sementara ROI#2 lebih bersifat kepada ROI peribadi kerana ia bergantung kepada pelaburan sebenar anda semasa membeli hartanah tersebut.
Mari kita lihat contoh mudah. Katalah anda membeli rumah berharga $120,000 , kadar sewa bulanan ialah $1000 dan caj servis $100 sebulan. Sekiranya anda membayar hanya 10% dan selebihnya $108,000 dibiaya oleh pihak bank maka;
ROI#1 = (1000 - 100) X 12 /120,000) = 9%
ROI#2 = (1000 - 100) X 12 / (120,000 - 108,000) = 90%
Walaupun begitu, saya syorkan agar anda menolak 1 bulan sewa ($1000) untuk anggaran kos selenggara tahunan atau kemungkinan 1 bulan tanpa penyewa.
ROI#3 = (1000 - 100) x 12 - 1000 / (120,000 - 108,000) = 81.67%
Lebih menarik lagi, sekiranya anda menggunakan strategi Zero Money Down semasa pembelian hartanah tersebut. Anda tidak mengeluarkan sesen pun, jadi
ROI#3 = (sewa - caj servis) x 12 - kos selenggara / 0 = infiniti,
kerana apa-apa sahaja yang dibahagikan dengan kosong tak dapat dikira.
Bukankah ia satu pulangan yang sangat baik? Berapakah keuntungan sekiranya anda simpan didalam akaun simpanan tetap? Ataupun bagi yang melabur dalam ASB, mungkin dapat pulangan 7-10%. Keuntungan pelaburan hartanah adalah setanding malah ia lebih baik kerana selain pulangan pelaburan tahunan, ia juga ada peningkatan kapital.
Untuk menilai dan membuat keputusan sesuatu pelaburan, saya gunakan ROI#1 dan ROI#3 sebagai salah satu dari beberapa perkara utama. Anda boleh gunakan apa cara sekali pun asalkan ia memberi pulangan yang baik.

No comments:
Post a Comment