Thursday, April 8, 2010

Jadikan Hartanah Sebagai Sebahagian Dari Portfolio Pelaburan Anda

Ramai pelabur-pelabur yang berjaya, menjadikan hartanah sebahagian dari porfolio pelaburan mereka selain simpanan tetap, saham, unit amanah, REITS, logam berharga seperti emas & perak dan pelbagai instrumen pelaburan yang lain.

Antara jenis hartanah adalah:-

1- Tanah pertanian, perindustrian, perumahan, perkuburan
2- Rumah - rumah kos rendah, sederhana, teres, berkembar, banglo, flat, apartment, servis apartment,pangsapuri
3- Kommersial - kedai, rumah/apartment kedai, lot perniagaan dikompleks beli-belah, kilang, gudang


Mengapa anda perlu melabur dalam hartanah?
Apa kelebihan pelaburan hartanah?
Jenis hartanah apa yang sesuai untuk anda?
Bila masa yang sesuai untuk melabur?
Lokasi mana yang baik?
Apakah pulangannya setimpal?
Adakah anda sudah cukup ilmu untuk menceburkan diri dalam bidang ini?

Ini adalah antara soalan-soalan yang perlu anda jawab atau cari jawaban sebelum membuat pelaburan dalam bidang hartanah. Ini adalah kerana pelaburan hartanah boleh membantu anda menambah pendapatan dan pulangan jangka panjang yang amat baik atau ia akan 'membunuh' anda.


No comments: