Sunday, January 8, 2012

Kad Kredit : Banyak Kebaikan Dari Keburukan #1

Biar apa orang nak kata tapi saya suka kad kredit. Anda bagaimana?


Selalunya kad kredit dikaitkan dengan pelbagai cerita buruk seperti hutang bertimbun, perbelanjaan tidak terkawal, pembelian barang yang tidak diperlukan, pembaziran dan banyak lagi perkara yang negatif. Semua perkara yang disenaraikan memang ada kebenarannya. Ramai orang terjebak dengan hutang kad kredit kerana tersilap langkah membuat belian tidak dirancang (impulse buying), sifat suka berbelanja ikut nafsu, tanpa kawalan dan sebagainya.


Sebenarnya kad kredit ada lebih banyak kebaikan dan faedah jika kita tahu mengambil kesempatan yang disediakan. Bagi saya peluang untuk berkongsi kebaikan dan faedah kad kredit;



  • mudah, tak perlu bawa wang tunai
  • boleh guna beli barang atau servis secara maya
  • diganti jika hilang
  • kemudahan semasa kecemasan
  • diterima diserata dunia
  • boleh tambah had / limit untuk penggunaan diluar negara
  • penyata kad kredit boleh diguna untuk bantu urus kewangan
  • dapat mata ganjaran dan boleh tukar kepada pelbagai barangan
  • berpeluang menang pelbagai hadiah
  • tiada yuran tahunan tapi jika ada, anda hanya perlu rayu kepada pengeluar kad kredit untuk batal yuran tersebut
  • ada kemudahan bayaran ansuran tanpa faedah (Easy Payment Programme), bayaran sehingga 12 bulan
  • Gold, Platinum, Signature dan sebagainya melambangkan status dan imej anda
  • Boleh melepak, makan minum, lelagkan mata atau bersihkan diri di Premier Lounge sementara menunggu penerbangan (hanya kad tertentu sahaja)
Banyak lagi yang boleh disenaraikan. Malah ia mampu menjana pendapatan sampingan, jika kita kreatif. Ini adalah rahsia saya, tetapi saya sedia kongsi rahsia itu dalam posting lain sekiranya ramai yang berminat nak ketahui.

Sila tinggalkan komen anda,  katakan 'Kongsikan rahsia' jika anda berminat. Jangan guna identiti 'anynomous' kerana ia tidak akan dikira. Harap maklum dan beri kerjasama. Terima kasih.

10Jan12: Rahsia ini telah saya kongsikan dalam posting seterusnya Kad Kredit: Banyak Kebaikan Dari keburukan #2

[Nota: Perlu berhati-hati gunakan kad kredit. Jika anda rasa anda tidak mampu mengawal diri / nafsu, jauhi dari menggunakan kad kredit]

6 comments:

Yatie Wahab said...

Minat...Kongsikan Rahsia

Razali Noorhan said...

Kongsikan Rahsia

Saminathan Ramanathan said...

Kongsikan Rahsia

izwan said...

'Kongsikan rahsia'

sari said...

kongsikan rahsia

faizs said...

kongsikan rahsia