Sudah lama rasanya saya tidak bincang tentang pelaburan hartanah. Saya banyak bincang mengenai motivasi dan juga perubahan minda kerana saya rasa ia amat penting bagi seseorang untuk memulakan pelaburan. Contohnya saya sendiri. Walaupun telah belajar cara-cara melabur pada 2005, saya ambil masa setahun sebelum memberanikan diri untuk mulakan pelaburan secara serius.
Bagaimana saya lakukannya?
Saya sertai kumpulan pelabur hartanah yang 99% berbangsa Cina. Selama setahun bersama mereka, berkongsi pengalaman, kesilapan serta pencapaian mereka dan juga dengan galakan dan sokongan isteri, mampu mendorong, merubah minda untuk memulakan langkah pertama. Ya, langkah untuk membeli rumah pertama dengan aliran tunai positif sangat payah bagi saya. Begitu juga rumah kedua dan ketiga. Tetapi selepas itu ia menjadi satu perkara yang biasa dan mudah.
Izinkan saya kongsikan sedikit tip dan pengalaman saya, bagi mereka yang masih baru, untuk memulakan pelaburan hartanah .
1- Cari ilmu dan cari mentor
2- Dapatkan sokongan pasangan untuk bantu dari segi ubah minda dan kewangan
3- Bersikap positif dan cari kawan yang sesuai, yang bersikap positif, dikalangan
pelabur hartanah, pegawai bank, peguam, pelelong, jurunilai harta, ejen hartanah,
kontraktor, tukang paip dll
4- Pilih objektif yang sesuai, samada untuk jana aliran tunai positif atau untuk kenaikan
kapital
5- Rancang strategi pelaburan. Contohnya, strategi saya adalah untuk buat duit semasa
beli, simpan dan jual hartanah. Maknanya beli dibawah harga pasaran, dapatkan aliran
tunai positif dan jual dengan harga lebih tinggi dari harga belian
6- Pelajari teknik dan cara untuk dapatkan harga bawah pasaran atau teknik beli lelongan
7- Perbaiki teknik, skil merunding harga belian dan teknik mengawal emosi
8- Pastikan anda punyai sistem; pemilihan penyewa, pengurusan penyewa, cara bayaran
sewa, pemantauan bayaran sewa/caj servis/cukai/insuran kebakaran dll
9- celik dan bijak mengenai pinjaman/manipulasi kewangan dan insuran. Ada pelbagai
cara untuk memanipulasi kewangan.
10- paling penting, pengurusan kewangan termasuk juga percukaian
Sebenarnya banyak lagi yang boleh disenaraikan, tetapi pada pandangan saya inilah dia 10 perkara asas yang diperlukan oleh pelabur hartanah. Jika anda ada idea dan cadangan lain, sila tinggalkannya diruangan komen. Terima kasih
Semoga berfaedah untuk anda.
Hj Esa @ m.esa.ro
mesaro_101@yahoo.com

No comments:
Post a Comment