Blog No 5-2020 3:30am 18 Okt 2020
Blog ini ditulis untuk rujukan anak-anak saya yang kini akan memasuki alam pekerjaan.. Tulisan ini adalah pandangan dan cadangan saya kepada anak-anak saya sebagai satu cara perkongsian pengalaman sendiri atau rakan-rakan terdekat. Mungkin ia juga boleh jadi rujukan kepada anak-anak anda, Kalau ada komen positif, sila tulis. Jika ada yang negatif, simpan sendiri ya
Anak-anakku,
Pengurusan kewangan peribadi tidak diajar disekolah pada masa dad belajar dulu, tak kira disekolah menengah atau pun peringkat universiti. Mungkin sekarang sudah ada diajar disekolah atau diperingkat universiti.
Pengurusan kewangan peribadi adalah satu perkara yang sangat penting bukan sahaja kepada anak-anak muda yang baru mula bekerja, malah ada ramai yang telah lama bekerja tapi tidak pandai mengurus hal ehwal kewangan peribadi
Apakah perkara utama yang harus kita fokuskan dalam mengurus kewangan peribadi? Pada dad, kita janganlah terburu-buru untuk membeli kereta baru, apa tah lagi kereta berjenama. Tak perlu gah untuk menunjuk-nunjuk kepada orang yang kita mampu miiki kereta berjenama luar negara. Apa yang perlu ialah sebuah kenderaan yang mampu bawa kita dari lokasi A ke lokasi B. Tapi yang paling penting ialah kenderaan yang boleh bawa kita dari rumah ke tempat kerja dan pulang ke rumah semula. Jika rumah sewa dan tempat kerja, dua-dua berdekatan dengan stesen LRT., tiada keperluan untuk beli kenderaan langsung.
Memiliki kenderaan nampak mudah. Hanya perlu bayar deposit, mungkin RM1000 dan buat pinjaman 9 tahun. Tetapi kita perlu ambil kira kos-kos berkaitan memiliki kenderaan seperti;
1- banyaran ansuran bulanan
2- kos minyak sebulan
3- kos parkir sebulan
4- kos tol sebulan
5- kos senggara kenderaan sebulan
6- kos insuran sebulan
kebanyakan orang hanya ambil kira bayaran ansuran bulan dan terlupa kos-kos lain yang berkaitan dengan memiliki kenderaan. Itu belum ambil kira kos kerosakan, jika ada.
Mungkin 50% dari gaji kasar akan hangus untuk tujuan memiliki kenderaan, terutama jika kenderaan berjenama luar negara. Apa salahnya, jika perlu, beli kenderaan tempatan terpakai seperti Perodua MyVi atau Axia? Tak ada kelas? Persetankan apa yang orang lain kata atau fikir. Kita perlu fikirkan diri sendiri sebab bukan kita minta mereka bayarkan kenderaan kita. Kita beli ikut kemampuan dan keperluan, bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kemewahan atau mencari teman dengan kereta berjenama. Malah adalah lebih baik jika tema kita suka kita walaupun berkereta terpakai. Itu maknanya dia memang suka kita bukan kenderaan kita
Kedua, bayar diri sendiri sebelum bayar yang lain-lain
Ketiga, buat alokasi untuk pelbagai kegunaan, keperluan dan apa-apa sahaja rancangan
Keempat dan setetrusnya ....
Dad akan terangkan dengan lebih lanjut poin ke 2 dan seterusnya dalam blog akan datang
Sementara menunggu blog akan datang, bacalah PERSONAL MONEY MANAGEMENT