Monday, October 19, 2020

Pengurusan Kewangan Peribadi Bahagian Ke 2

Blog No 6-2020  3:30am 19 Okt 2020


Blog ini ditulis untuk rujukan anak-anak saya yang kini akan memasuki alam pekerjaan.. Tulisan ini adalah pandangan dan cadangan saya kepada anak-anak saya sebagai satu cara perkongsian pengalaman sendiri atau rakan-rakan terdekat. Mungkin ia juga boleh jadi rujukan kepada anak-anak anda, Kalau ada komen positif, sila tulis. Jika ada yang negatif, simpan sendiri ya

Anak-anakku,

Dad sambung dari

"Kedua, bayar diri sendiri sebelum bayar yang lain-lain
Ketiga, buat alokasi untuk pelbagai kegunaan, keperluan dan apa-apa sahaja rancangan
Keempat dan seterusnya ...."

sebelum dad sambung, dad nak cadangkan bila dah layak, mohonlah satu kad kredit yang terbaik antara yang baik. Contohnya ada kad kredit yang tak perlu bayar yuran tahunan dan ada kad kredit yang perlu bayar sehingga RM600 setahun. Dad ada beberapa kad kredit dari dua buah bank antarabangsa dan dua buah bank tempatan, atas sebab keperluan terutama ketika diluar negara kad kredit bank antarabangsa lebih dikenali dan ada kemudahan Premium Lounge di lapangan terbang




Perlu faham dan bezakan antara kad kredit dan kad debit.  Kad kredit adalah kad hutang sementara kad debit adalah kad yang dihubung terus ke akaun simpanan dan segala pembelian akan ditolak terus dari akaun simpanan. Jadi perlu ada wang yang cukup untuk bayar pembelian. Untuk kad kredit perlu ada limit hutang yang cukup untuk bayar pembelian. Nanti dad akan buat satu blog khas berkenaan kad kredit ya

Kenapa dad galakkan berhutang dengan kad kredit? Siapa kata dad galakkan berhutang. Dad cuma galakkan mohon kad kredit dan gunakannya seolah-olah ia adalah kad debit. Bila beli barang, balik rumah terus buat bayaran atau bayar 100% amaun yang dinyatakan dalam penyata kad kredit. Sangat PENTING. Perlu berdisiplin apabila guna kad kredit. Berbalik soalan kenapa bagus miliki kad kredit dan gunakannya ialah;

1- Kita sediakan sejarah kredit untuk dinilai oleh bakal pemberi hutang
2- Peluang dapat ganjaran diatas pembelian
3- Tak perlu keluarkan duit sendiri dalam tempoh minima 14 hari dan maksima 44 hari
4- Boleh gunakad kredit  ketika kecemasan atau diluar negara


Rujukan

1.LoanStreet- Kad Kredit Terbaik Di Malaysia   
7 Tip Fasal Kad Kredit Ramai Yang Tak Tahu
Ringgit Sense - Tip Penggunaan Kredit Kad