Salam sejahtera,
Kelas-kelas aset merujuk kepada beberapa bentuk aset yang dihimpunkan dalam beberapa kategori mengikut risiko dan pulangan. Dan setiap kelas ada sub-kelas masing-masing. Sila rujuk
Apa yang saya ingin sampaikan ialah kita perlu bijak mengatur kewangan kita dengan mengagihkan wang kita kepada beberapa kelas aset. Bukan hanya fokus kepada satu kelas aset sahaja seperti tunai, hartanah atau saham, dalam satu-satu masa. Jika berlaku sesuatu kepada ekonomi dunia yang menyebabkan kelas aset tersebut dilanda ribut taufan, mungkin kedudukan kewangan anda akan terpalit sama. Jadi kita perlulah ada keseimbangan dalam simpanan/pelaburan aset-aset kita.
Harga emas dan perak telah jatuh sejak setahun dua ini menyebabkan ramai yang terkedu. Bagaimana pula dengan saham dan hartanah? Kedua-dua kelas aset tersebut melonjak tinggi. Apakah kelas aset tersebut telah mencapai puncaknya dan akan mula menggelongsor turun? Saya tiada pandangan tentang saham tetapi ada sedikit pandangan tentang hartanah. Sila rujuk post Kitaran Hartanah yang saya
Adakah satu kelas aset yang sangat selamat dimana ia tidak / kurang terkesan jika berlaku kejatuhan ekonomi dunia?
Secara logik, keperluan asas adalah kelas aset yang paling mendapat permintaan, seperti makanan dan tempat tinggal. Logam berharga mungkin dapat membantu tetapi ia tidak boleh dimakan atau sediakan tempat berteduh kecuali jika dijual. Pada masa itu, mungkin harganya pun ruendah atau tiada siapa yang mahukannya. Walau pun tempat kediaman diperlukan, sewaan dan harganya juga akan terkesan dan jatuh. Jadi nilai aset kita juga akan turut terkesan.
Apa kata jika kita beri sedikit alokasi kepada aset hartanah, tetapi tanpa perlu memilikinya dan tanpa mengeluarkan modal yang tinggi. Kemungkinan terkesan kepada masalah ekonomi dunia memang tetap ada tetapi anda tiada komitmen bulanan, penyelenggaraan atau permintaan. Jika anda berminat, sila rujuk Sublet Hotel. Apa pun, kita perlu buat kajian, belajar dari mereka yang ada pengalaman,berusaha, yakin, berdoa, istiqomah dan yang paling penting jangan buang masa, rancang dan bertindak, sebelum terlambat.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
No comments:
Post a Comment