Blog No 7-2020 3am 2-11-2020
Blog ini ditulis untuk rujukan anak-anak saya yang kini akan memasuki alam pekerjaan.. Tulisan ini adalah pandangan dan cadangan saya kepada anak-anak saya sebagai satu cara perkongsian pengalaman sendiri atau rakan-rakan terdekat. Mungkin ia juga boleh jadi rujukan kepada anak-anak anda, Kalau ada komen positif, sila tulis. Jika ada yang negatif, simpan sendiri ya
Anak-anakku,
Dad sambung dari
"Kedua, bayar diri sendiri sebelum bayar yang lain-lain
Ketiga, buat alokasi untuk pelbagai kegunaan, keperluan dan apa-apa sahaja rancangan
Keempat dan seterusnya ...."
2. Bayar Diri Sendiri
Konsep bayar diri sendiri nampak macam pelik tetapi ia sangat membantu dalam pengurusan kewangan peribadi
Tak perlu dad tulis panjang kerana anak-anak boleh saja google konsep ini. Untuk kemudahan, dad cadangkan baca yg INI
3. Alokasi Pendapatan Bulanan 50:30:20
Ada pelbagai cadangan untuk alokasi pendapatan bulanan. Dulu-dulu 7:20:10 digunapakai tetapi sekarang lebih kepada 50:30:20
Boleh baca mengenai konsep ini di SINI
Nota:
Sebenarnya blog ini mula ditulis pada pagi 20.10.20 untuk dimuat naik pada hari yang sama kerana tarikh yg cantik. Namun atas sebab yang tak dapat dielakkan, ia terbantut sehinggalah hari ini dapat disiapkan