Thursday, November 15, 2018

Rahsia Pinjaman Kad Kredit Tanpa Faedah


Salam sejahtera,

Anda miliki kad kredit? Apa dah potong kad kredit? Rugilah kerana sebenarnya ada banyak kebaikan dan manfaat yg boleh diperolehi dengan memiliki kad kredit.

Antaranya;

1- Tak perlu bawa wang tunai
2- Ada limit perbelanjaan yang tinggi. Boleh guna jika kecemasan
3- Dapat mata ganjaran yang boleh ditukar kepada produk-produk atau baucer 

4- Sesetengah kad kredit melayakkan anda untuk nikmati masa menunggu di Premier Lounge, boleh makan-minum percuma dan boleh juga mandi jika mahu
5- Paling best ialah boleh dapatkan pinjaman tanpa faedah untuk jangkamasa pendek (30 hari) sehingga ada yang sampai 12-24 bulan, dengan syarat anda kreatif

Saya kongsikan 4 rahsia yang saya selalu guna untuk pinjaman tanpa FAEDAH

1. Beli barang /servis guna kad kredit bila-bila masa dan bayar penuh. Anda ada minima 20 hari pinjaman tanpa faedah

2. Beli barang guna kad kredit selepas tarikh keluar bil (billing date) dan bayar penuh. Anda ada peluang maksima 50 hari pinjaman tanpa faedah

3. JANGAN BAYAR kad kredit  A dan B (katalah ada 3 kad A B dan C. Ada baki yang perlu dibayar untuk kad A dan B) tapi buat BALANCE TRANSFER (BT) kepada kad kredit C yang caj BT 0%. Anda ada lagi dalam 6-12 bulan pinjaman PERCUMA bergantung kepada program BT yg ditawarkan.

Perlu baca terma dan syarat. Dalam contoh dibawah (rujuk gambar) minima RM2,000 dan bayaran balik berkala selama 6 bulan







Tapi kalau anda tak kisah nak bayar sedikit faedah, anda boleh buat BT, bayar faedah 7-8% setahun, bayar balik 24-36 bulan dan dapat hadiah Notes 9 seperti program BT PBB yang sah laku sehingga 30 November 2018 dengan amaun minima RM30,000 dan jangkamasa bayaran balik 36 bulan. Walaupun bukan pinjaman percuma, bukankah ia lebih murah berbanding bayaran kad kredit sebenar sehingga 15-18% setahun?




Katalah anda perlu beli alatan atau mesin yg kosnya RM30,000. Agak sukar nak dapatkan pinjaman atau nak buat pinjaman peribadi. Maka bayarlah guna kad kredit dan buat seperti yang saya kongsikan. Anda dapat pinjaman peralatan dengan faedah 8% setahun dengan mudah tanpa banyak bicara. Tak perlu isi banyak borang, tak perlu buat perjanjian dan sebagainya.

Mudah ke mudah?

Apa yang PENTING ialah, pastikan anda mampu bayar kad kredit C, pada setiap bulan atau anda akan terima akibat;

i- Laporan CCRIS anda ada cela
ii- Lebih teruk kalau nama anda masuk dalam senarai hitam CTOS

Bila itu berlaku, jangan harap nak buat pinjaman lain. Jadi jagalah kesihatan kewangan dan uruskannya dengan baik


Sekian

mesaro