Salam Sejahtera Tuan/Puan,
Semoga anda semua berada didalam keadaan sihat walafiat. Sihat rohani dan jasmani hendaknya. Tiada makna jika cuma sihat jasmaninya tetapi rohaninya tidak stabil, jiwa kacau dan hatinya kotor.
Ini adalah siri kedua mengenai STP yang ingin saya ketengahkan. Kebanyakan transformasi diri yang saya cadangkan adalah bertujuan mengubah diri dan sikap kita dan pada amnya, seluruh rakyat Malaysia. Saya bukanlah seorang yang bersifat negatif yang suka mencari kesalahan dan kecelaan seseorang semata-mata. Oleh kerana sifat-sifat dan perkara negatif ini "sedikit" berbanding yang baik, maka ia lebih mudah untuk disenaraikan.
Seorang sahabat FB telah "post" satu kenyataan di dinding FB beliau yang menarik perhatian saya. Ia satu perkara yang baik tetapi kita perlu buat sedikit perubahan / transformasi dalam zaman sekarang yang penuh pancaroba.
Saya rasa tak perlu lagi saya panjangkan lagi kerana kenyataan itu cukup ringkas tapi padat.Jadi marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa agar kita bukan tergolong dari kalangan orang yang tidak tahu membalas budi baik orang. Jika pernah tergolong suatu ketika dulu, maka marilah kita bertaubat, mohon maaf dan berazam untuk tidak melakukannya lagi.
Kebelakangan ini kita lihat terdapat ramai peminta sedekah dari kalangan warga Myanmar. Mereka membawa anak-anak dan bayi kecil sambil 'bekerja' agar mendapat lebih simpati dan imbuhan lebih besar dari orang ramai yang lalu lalang. Begitu juga ramai orang yang mengaku datang dari Afghanistan. Datang ke negara kita bertujuan memungut derma untuk anak-anak yatim disana. Betulkah mereka akan mengumpulkan derma ikhlas anda dan menyalurkannya kepada anak-anak yatim yang benar-benar memerlukannya? Mungkinkah saya berprasangka buruk terhadap mereka?
Terbaru, kita dapat lihat lelaki dan wanita memakai pakaian seumpama sami-sami. Ada yang jalan berkaki ayam dan ada juga yang berkasut. Mereka juga merayau-rayau dikawasan tempat makan sambil memohon bantuan. Siapakah yang memerlukan bantuan? Mereka jarang-jarang bercakap, cukup menghulurkan mangkuk kecil dengan muka penuh harapan agar kita menghulur bantuan. Adakah betul mereka ini sami-sami atau mereka hanyalah berpura-pura jadi seorang sami untuk menagih simpati?
Bagaimana pula dengan anak-anak kecil lelaki dan perempuan menjual buku-buku, kalendar, ubat sapu diluar pasaraya. Ada kalanya mereka berada di kawasa RnR lebuh raya PLUS. Mereka kononnya dari sekolah pondok atau tahfiz di utara tanah air, menjual barangan untuk menampung pengajian mereka. Tetapi jika mereka berkeliaran di merata tempat hingga larut malam, timbul persoalan. Bila masa mereka belajar. Betulkah mereka ini pelajar atau mereka dipergunakan oleh orang-orang tertentu untuk mengaut keuntungan secara mudah? Inilah yang membuatkan saya ragu-ragu untuk menghulurkan bantuan walaupun terdetik rasa simpati kepada anak-anak kecil itu. Tapi saya terpaksa keraskan hati agar pihak yang mungkin mempergunakan anak-anak ini tidak mengaut keuntungan secara mudah dan makan hasil titik peluh dan keringat sikecil itu.
Jadi, benarlah apa yang dikatakan, "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".
Bersambung di Program Transformasi Diri 3
Waulahualam.
dari meja Hj Esa @ mesaro

Arman Ismail di dinding FB beliau: