Sunday, April 25, 2010

Beli Rumah Dengan Pinjaman Bank Atau Duit Simpanan?

Jika anda ada duit simpanan $100,000, patut kah anda beli rumah berharga $100,000 dengan duit tersebut?
Jawapannya: Ya dan Tidak, bergantung kepada tujuan pembelian rumah tersebut.

Jika beli untuk pelaburan (bukan untuk kegunaan sendiri) jawapannya TIDAK,. Beli dengan pinjaman bank. Pinjaman bank itu adalah pinjaman BAIK (good loan) kerana ia memberi pulangan pendapatan setiap bulan, pinjaman dibayar oleh penyewa dan faedah pinjaman boleh ditolak dari cukai pendapatan sewa. Anda hanya perlukan menggunakan $10,000 (10% dari harga pembelian) untuk membeli rumah itu dan masih ada baki $90,000. Ia boleh digunakan untuk membeli beberapa rumah lain sebagai pelaburan atau simpan di bank atau sebaiknya bagi bumiputra didalam akaun ASB/ASN/ASD dll. Tapi perlu diingat, pinjaman BAIK juga boleh menjadi pinjaman TIDAK BAIK jika anda salah buat pelaburan.
Saya sarankan anda pilih
           rumah dilokasi yang baik, mudah dapat penyewa
           harga belian yang bersesuaian dengan kemampuan
           pakej pinjaman yang terbaik & tempoh pinjaman maksima

Jika untuk didiami sendiri, jawapannya YA, beli dengan wang sendiri (jika mampu) kerana pinjaman untuk kediaman sendiri adalah pinjaman TIDAK BAIK (bad loan) sebab tiada pulangan pendapatan dan faedah pinjaman tidak boleh ditolak dari cukai pendapatan.  Jika mampu, maka digalakkan lunaskan pinjaman rumah kediaman anda yang sediaada secepat mungkin. Anda boleh cagarkannya untuk dapatkan overdraft, dimana ia boleh digunakan sebagai deposit sementara untuk membeli rumah lain sebagai pelaburan.

Ringkasan

1- Apa tujuan membeli rumah
2- Beli dengan wang simpanan (jika mampu) untuk beli rumah sendiri. Kalau tidak, beli dengan pinjaman dan cuba lunaskan pinjaman secepat mungkin
3- Beli rumah untuk pelaburan dengan pinjman bank kerana ada kelebihan;
      - penyewa bayarkan pinjaman,
      - ada pendapatan bulanan,
      - faedah boleh ditolak dari cukai pendapatan
      - kemudahan leverage dimana anda hanya bayar 10% dari harga beli

2 comments:

Anonymous said...

En Esa,

I have a question. I am a freelancer. Banks usually require a payslip to apply for loans. And obviously I don't have a lot of cash. But I would like to buy a house. What are my options?

AMT

m.esa.ro said...

AMT,

Surely you get paid for your work and don't u deposit the money into your bank account? Then, based on your income, don't you pay income tax? You need to show you bank statement say for the last 3-6 months and your income tax return.

If you didn't, please make sure you deposit all your income into your bank account and most importantly PAY TAX!

The other thing is make sure you pay your credit cards and other loans, if any, ON TIME. Otherwise your credit score will bring you down i.e. your loan application will be rejected. So, PAY ALL LOANS ON TIME!