Friday, October 23, 2020

Air TeraHertz (THz)

Salam sejahtera

Kali ini saya tidak bincangkan tentang hartanah, pengurusan kewangan, kad kredit mahu pun motivasi diri. Saya ingin memperkenalkan air TeraHertz (THz), air sihat, yang  diproses menggunakan mesin air THz.

Mesin air THz dibuat di China, seperti lain-lain alatan moden seperti iPhone kerana kos buruh yang murah. Ia dibangun menggunakan teknologi terkini. Setakat ini, ia merupakan mesin air THz portable pertama yang ada didunia kerana selain menggunakan punca elektrik biasa, is juga boleh dikuaskan oleh sebuah Power Bank, kerana ia hanya perlukan sedikit kuasa elektrik untuk bekerja.

Malaysia menjadi negara ketiga selepas China dan USA dimana mesin air THz ini telah dipasarkan

Sila baca lebih banyak maklumat berkaitan mesin air THz, air THz, manfaat minum air THz dan testimoni-testimoni pesakit




































































Ap



*Apa yang terjadi bila air di terapi menggunakan THZ Hidrometer?*

✅ Gelombang terahertz bertindak memecahkan  ketebalan molekul air dari 80 thz kepada molekul yang sangat halus iaitu 0.96 thz.Kekerapan gelombang ini di antara 0.1 thz - 10 thz tak dapat di lihat oleh mata kasar manusia (1 thz = 1 trillion hz)

✅ Kelikatan air di kurangkan 680 kali ganda.Anda akan rasa air minuman menjadi lebih lembut dan enak untuk di minum dan ini memudahkn air di serap cepat ke seluruh tubuh hanya dalam masa 20 minit

✅ Cecair tersebut menjadi cecair yang bertenaga,berfrekuensi rendah dan bergetar menyamai gelombang badan manusia

✅ Sterilisasi yang hebat di mana semua kuman dan bakteria akan mati

✅ Cecair menjadi 'garis lurus' untuk menjadikan air tersebut mudah di serap oleh badan

✅ Anti oksida berganda untuk mencegah kerosakan sel badan akibat dari pencemaran dari makanan,minuman dan udara



'Xxx


Perkongsian dari seorang wanita Malaysia yang kini menetap di Australia bersama keluarganya..

Ibu nya mengidap masalah kencing manis selama 15 tahun dan kanser kolon dan Ayahnya mengidap masalah darah tinggi dan minor stroke

Kini setiap ahli keluarga beliau sudah memiliki mesin terapi air terahertz

Nak tau lebih lanjut wassap link di bawah dan admin sedia membantu:

http://www.wasap.my/+601135295850/TerapiAirTHz

Jika video ni bermanfaat sila share ye💕

#terapiairthz
#terahertzwatertheraphy
#airsumberkehidupan
#jagakesihatan
#sihatluardalam



Testimoni



Testimoni



Testimoni




Testimoni



Testimoni sakit kulit
Pesakit adalah seorang penyarah di Uni Lim Kok Wing. Beliau Berasal dari Bangladesh
Beliau begitu teruja dengan kesan POSITIF minum air THz, beliau hantar voice messsage kepada saya, maklumkan bahawa sakit kulit semakin baik dan kering. Beliau mahu saya hantar beberapa botol lagi kepada beliau



















 

Monday, October 19, 2020

Pengurusan Kewangan Peribadi Bahagian Ke 2

Blog No 6-2020  3:30am 19 Okt 2020


Blog ini ditulis untuk rujukan anak-anak saya yang kini akan memasuki alam pekerjaan.. Tulisan ini adalah pandangan dan cadangan saya kepada anak-anak saya sebagai satu cara perkongsian pengalaman sendiri atau rakan-rakan terdekat. Mungkin ia juga boleh jadi rujukan kepada anak-anak anda, Kalau ada komen positif, sila tulis. Jika ada yang negatif, simpan sendiri ya

Anak-anakku,

Dad sambung dari

"Kedua, bayar diri sendiri sebelum bayar yang lain-lain
Ketiga, buat alokasi untuk pelbagai kegunaan, keperluan dan apa-apa sahaja rancangan
Keempat dan seterusnya ...."

sebelum dad sambung, dad nak cadangkan bila dah layak, mohonlah satu kad kredit yang terbaik antara yang baik. Contohnya ada kad kredit yang tak perlu bayar yuran tahunan dan ada kad kredit yang perlu bayar sehingga RM600 setahun. Dad ada beberapa kad kredit dari dua buah bank antarabangsa dan dua buah bank tempatan, atas sebab keperluan terutama ketika diluar negara kad kredit bank antarabangsa lebih dikenali dan ada kemudahan Premium Lounge di lapangan terbang




Perlu faham dan bezakan antara kad kredit dan kad debit.  Kad kredit adalah kad hutang sementara kad debit adalah kad yang dihubung terus ke akaun simpanan dan segala pembelian akan ditolak terus dari akaun simpanan. Jadi perlu ada wang yang cukup untuk bayar pembelian. Untuk kad kredit perlu ada limit hutang yang cukup untuk bayar pembelian. Nanti dad akan buat satu blog khas berkenaan kad kredit ya

Kenapa dad galakkan berhutang dengan kad kredit? Siapa kata dad galakkan berhutang. Dad cuma galakkan mohon kad kredit dan gunakannya seolah-olah ia adalah kad debit. Bila beli barang, balik rumah terus buat bayaran atau bayar 100% amaun yang dinyatakan dalam penyata kad kredit. Sangat PENTING. Perlu berdisiplin apabila guna kad kredit. Berbalik soalan kenapa bagus miliki kad kredit dan gunakannya ialah;

1- Kita sediakan sejarah kredit untuk dinilai oleh bakal pemberi hutang
2- Peluang dapat ganjaran diatas pembelian
3- Tak perlu keluarkan duit sendiri dalam tempoh minima 14 hari dan maksima 44 hari
4- Boleh gunakad kredit  ketika kecemasan atau diluar negara


Rujukan

1.LoanStreet- Kad Kredit Terbaik Di Malaysia   
7 Tip Fasal Kad Kredit Ramai Yang Tak Tahu
Ringgit Sense - Tip Penggunaan Kredit Kad

Sunday, October 18, 2020

Pengurusan Kewangan Peribadi

 Blog No 5-2020  3:30am 18 Okt 2020


Blog ini ditulis untuk rujukan anak-anak saya yang kini akan memasuki alam pekerjaan.. Tulisan ini adalah pandangan dan cadangan saya kepada anak-anak saya sebagai satu cara perkongsian pengalaman sendiri atau rakan-rakan terdekat. Mungkin ia juga boleh jadi rujukan kepada anak-anak anda, Kalau ada komen positif, sila tulis. Jika ada yang negatif, simpan sendiri ya

Anak-anakku,

Pengurusan kewangan peribadi tidak diajar disekolah pada masa dad belajar dulu, tak kira disekolah menengah atau pun peringkat universiti. Mungkin sekarang sudah ada diajar disekolah atau diperingkat universiti.

Pengurusan kewangan peribadi adalah satu perkara yang sangat penting bukan sahaja kepada anak-anak muda yang baru mula bekerja, malah ada ramai yang telah lama bekerja tapi tidak pandai mengurus hal ehwal kewangan peribadi





Apakah perkara utama yang harus kita fokuskan dalam mengurus kewangan peribadi? Pada dad, kita janganlah terburu-buru untuk membeli kereta baru, apa tah lagi kereta berjenama. Tak perlu gah untuk menunjuk-nunjuk kepada orang yang kita mampu miiki kereta berjenama luar negara. Apa yang perlu ialah sebuah kenderaan yang mampu bawa kita dari lokasi A ke lokasi B. Tapi yang paling penting ialah kenderaan yang boleh bawa kita dari rumah ke tempat kerja dan pulang ke rumah semula. Jika rumah sewa dan tempat kerja, dua-dua berdekatan dengan stesen LRT., tiada keperluan untuk beli kenderaan langsung.

Memiliki kenderaan nampak mudah. Hanya perlu bayar deposit, mungkin RM1000 dan buat pinjaman 9 tahun. Tetapi kita perlu ambil kira kos-kos berkaitan memiliki kenderaan seperti;

1- banyaran ansuran bulanan
2- kos minyak sebulan
3- kos parkir sebulan
4- kos tol sebulan
5- kos senggara kenderaan sebulan
6- kos insuran sebulan

kebanyakan orang hanya ambil kira bayaran ansuran bulan dan terlupa kos-kos lain yang berkaitan dengan memiliki kenderaan. Itu belum ambil kira kos kerosakan, jika ada.

Mungkin 50% dari gaji kasar akan hangus untuk tujuan memiliki kenderaan, terutama jika kenderaan berjenama luar negara. Apa salahnya, jika perlu, beli kenderaan tempatan terpakai seperti Perodua MyVi atau Axia? Tak ada kelas? Persetankan apa yang orang lain kata atau fikir. Kita perlu fikirkan diri sendiri sebab bukan kita minta mereka bayarkan kenderaan kita. Kita beli ikut kemampuan dan keperluan, bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kemewahan atau mencari teman dengan kereta berjenama. Malah adalah lebih baik jika tema kita suka kita walaupun berkereta terpakai. Itu maknanya dia memang suka kita bukan kenderaan kita

Kedua, bayar diri sendiri sebelum bayar yang lain-lain
Ketiga, buat alokasi untuk pelbagai kegunaan, keperluan dan apa-apa sahaja rancangan
Keempat dan setetrusnya ....

Dad akan terangkan dengan lebih lanjut poin ke 2 dan seterusnya dalam blog akan datang

Sementara menunggu blog akan datang, bacalah PERSONAL MONEY MANAGEMENT



Friday, October 16, 2020

Siaran Tergendala Sementara

 Salam sejahtera,


Ada yang bertanya kenapa senyap sunyi beberpa hari ni? Hasrat hati memang nak menulis tapi cakera keras komputer riba saya buat hal. Entah berapa kali format, sekejap baik, lepas tu meragam.  Biasanya disebabkan "bad spot" tetapi bukan yang tegar i.e. soft bsd spot. Jadi apabila diformatkan, hanya bad spot tegar dapat ditanda oleh sistem. Soft bad spot ni lah  masalahnya


In sha Allah akan beli cakera keras yang baru dan mula menulis semula.


Sekian. Wasalam


P.S.


Jika ada antara pembaca blog saya yang hadapi masalah kewangan atau hilang pekerjaan disebabkan PKP, saya sudi bantu. Tapi bukan derma atau pinjamkan wang. 

Mereka yang perlukan pendapatan lebih pun dialu-alukan

Saya pasarkan produk kesihatan dan kecantikan serta mesin air TeraHertz (THz). Dua perniagaan yang mampu jadikan anda seorang jutawan jika dibuat dengan betul dan bersungguh-sungguh

Bulan tak jatuh ke riba, perlu usaha.

Hubungi saya, klik http://www.wasap.my/601135295850/SayaNakBuatBizBersamaMesaro

Monday, October 12, 2020

Bekerja Sepanjang Hayat Di Sebuah Syarikat VS Tukar Kerjaya Bekerja Di Syarikat Lain

 Blog No 4-2020  1:25am 12 Okt 2020


Blog ini ditulis untuk rujukan anak-anak saya yang kini akan memasuki alam pekerjaan.. Tulisan ini adalah pandangan dan cadangan saya kepada anak-anak saya sebagai satu cara perkongsian pengalaman sendiri atau rakan-rakan terdekat. Mungkin ia juga boleh jadi rujukan kepada anak-anak anda, Kalau ada komen positif, sila tulis. Jika ada yang negatif, simpan sendiri ya


Anak-anakku,

Alam pekerjaan memang berbeza. Dulu belajar bersungguh-sungguh untuk lulus periksa tapi kini belajar benda baru bukan untuk lulus periksa tapi untuk kegunaan seharian semasa bekerja, Banyak perkara yang kita belajar dulu tidak ada kaitan langsung dengan apa yang kita lakukan di alam perkerjaan.



Pada masa dulu, adalah menjadi tradisi untuk bekerja dengan sesebuah syarikat sampai mati. Tak bertukar bekerja disyarikat lain sepanjang hayat. Malah syarikat memberi insentif kepada pekerja yang bekerja 10 tahun (sebatang pen), 20 tahun (bayaran separuh gaji)  dan 30 tahun.(bayaran sebulan gaji). Tapi kini zaman dah berubah, Syarikat tidak lagi pandang berapa lama kita kerja dengan mereka tetapi apakah sumbangan kita kepada syarikat. Jika sumbangan kira menurun, mungkin akan diberi saguhati untuk berpisah secara baik. Malangnya ada antara pekerja yang sengaja tidak beri sumbangan terbaik dan diberikan ganjaran untuk berpisah sedangkan pekerja yang bekerja keras terus bekerja tanpa diberikan penghargaan dalam bentuk wang ringgit. Syarikat ingin pekerja baik terus bekerja tapi pekerja rasa seperti tidak dihargai.

Ini adalah salah satu sebab mengapa dad keluar meninggalkan bank antarabangsa pada 09.08.07 selepas bekerja lebih 21 tahun. Sebab lain adalah kerana ingin mencari rezeki yang lebih bersih, tidak berkaitan dengan RIBA. Ada beberapa perkara lain yang tak perlu dan tak sesuai dikoggsikan di khalayak

Jadi anak-anakku, bekerjalah dengan penuh semangat, jangan curi masa bekerja untuk tujuan lain dan pastikan sumbangan kita dihargai serta dapat imbuhan sewajarnya. Jika tidak, segeralah bertindak cari peluang ditempat lain. Mungkin masa depan lebih cerah ditempat lain. Percayalah, pihak syarikat tidak akan menangis kerana kita tinggalkan syarikat. Mereka akan cari pengganti dalam masa yang singkat. Bermakna, kita tidaklah indispensable.

Klik SINI untuk rujuk langkah-langkah untuk bertukar kerjaya












Sunday, October 11, 2020

Tiada Alasan

 Blog No 3-2020  3.45am 11 Okt 2020


Blog ini ditulis untuk rujukan anak-anak saya yang kini akan memasuki alam pekerjaan.. Tulisan ini adalah pandangan dan cadangan saya kepada anak-anak saya sebagai satu cara perkongsian pengalaman sendiri atau rakan-rakan terdekat. Mungkin ia juga boleh jadi rujukan kepada anak-anak anda, Kalau ada komen positif, sila tulis. Jika ada yang negatif, simpan sendiri ya


Anak-anakku,

Selepas gagal beberapa temuduga akhirnya pada hari jadi, dad terima telegram ringkas minta lapor diri esok. Waktu tu dah pukul 2 petang. Pening juga sebab bukan mudah nak ke KL dari kampung. Perlu naik bas ke Muar atau Batu Pahat untuk ambil bas ekspress ke KL. Di KL dulu dad tumpang rumah Tok Su, emak kepada Khairul Chamili bila ada temuduga yang perlu dihadiri. Rumah Tok Su di Kg Klang Gate kecil dan anak-anak rmaai, jadi macam tak sesuai untuk ganggu mereka. Nasib baik terjumpa dengan Abang Dawar, suami kak Midah. Beliau beri alamat rumah anaknya, Din di kampung baru.

Maka sebelum bas terakhir ke Muar jam 6 petang, dad bersiap, bawa apa yang ada, ambil bas ke Muar untuk ambil bas ekspress ke KL. Sampai di Muar, cuma ada tiket pukul 11 malam. Terpaksalah ambil apa sahaja yang ada kerana terdesak. Sebenarnya bagus kerana boleh tidur sepanjang perjalanan malam. Sampai di KL pada waktu subuh. Sebagai orang baru di KL, dad tidak tahu mode trasnport yang terbaik untuk ke Kampung Baru. Pemandu2 teksi yang ada semuanya macam tak berminat untuk ambil penumpang ke kampung baru. Akhirnya, ada seorang pemandu yang setuju hantar dad ke Kg Baru dengan bayaran RM20. Memang lintah darat pemandu2 yang bersidai diluar Perhentian Pudu Raya ni.

Bermulalah episod alam pekerjaan di sebuah bank antarabangsa sebagai programmer dengan gaji permulaan RM1200 sahaja, pada 16 Mei 1986. Bekerjalah di bank tersebut sehingga ke jawatan terakhir sebagai Manager Regional System Development and Support, dan letak jawatan pada 09.08.07. Satu tempoh yang lama iaitu selama lebih 21 tahun. Dad rasa amat beruntung dan bersyukur kerana dapat pekerjaan dalam keadaan ekonomi yang gawat. Ramai kawan2 yang baru lulus universiti tiada pekerjaan atau diambil bekerja oleh penganjur sebagai intern dengan gaji RM600 sebulan

Apa yang dad nak sampaikan disini ialah pada masa lalu, dad dan adik-beradik dad terpaksa lalui sendiri, redah sendiri tanpa bantuan atok atau nenek. Sudah tentu mereka bantu tapi dengan cara lain seperti doakan kejayaan anak mereka. Mereka tak ada kereta nak hantar dad  ke KL untuk temuduga / kerja. Jadi biasanya akan datang KL sehari lebih awal, cari bas mana ke lokasi tujuan. Tanyalah sesiapa yang ada untuk bantu. Rekodkan masa perjalanan ketemat tujuan agar boleh rancang perjalanan sebenarnya esok. Rumah atok tak ada kemudahan telefon. Suratkhabar Inggeris terpaksa ditempah. Dalam pada pelbagai kekurangan itu, dad masih boleh berusaha untuk cari kerja. Moga2 anak-anak dad tidak terlalu bergantung kepada mum dan dad untuk mencari pekerjaan. Masa dah berubah, kini teknologi moden boleh bantu cari kerja dihujung jari. Cuma yang paling penting ialah untuk 'menjual diri" kepada bakal majikan semasa temuduga.

Kedua, dad berikan sejumlah besar gaji pertama dad kepada nenek. Apa lah sangat jika dibandingkan pengorbanan nenek membesarkan dad. Setiap bulan dad pastikan beri sedikit wang kepada nenek, Beliau tak perlukan kerana ada hasil dari kebun peninggalan atok tapi beri sahaja kerana beliau akan doakan kesihatan baik dan rezeki yang barokah. Begitulah juga, harapan dad agar anak-anak dad tak lupakan mummy nanti, Berilah sebahagian besar gaji pertama kepada mummy dan juga sedikit wang setiap bulan. Dad tak ada hal, tak perlukan wang anak2. Tapi janganlah pula menyusahkan dad dengan hal kewangan sebab ia mungkin akan rosakkan perancangan persaraan dad dan mum. 

Tiada Alasan, Kalau Hendak Seribu Daya




Sekian.

Dad akan sambung lagi jika diizinkan Allah swt

Saturday, October 10, 2020

Nasihat Atuk Masih Kekal Dalam Ingatan

 Blog No 2-2020  3:15am 10 Okt 2020


Blog ini ditulis untuk rujukan anak-anak saya yang kini akan memasuki alam pekerjaan.. Tulisan ini adalah pandangan dan cadangan saya kepada anak-anak saya sebagai satu cara perkongsian pengalaman sendiri atau rakan-rakan terdekat. Mungkin ia juga boleh jadi rujukan kepada anak-anak anda, Kalau ada komen positif, sila tulis. Jika ada yang negatif, simpan sendiri ya


Anak-anakku,

Pagi ini hujan renyai-renyai, suhu dingin dan suasana sunyi sepi. Memang sedap untuk tarik selimut dan sambung tidur. Tapi dad telah dikejutkan secara semulajadi dan buat keputusan untuk sambung menulis, kongsi cerita lampau semasa dad baru sahaja habis belajar dan sedang mencari pekerjaan tetap

Pada waktu tersebut sekitar hujung tahun 2005 dan awal tahun 2006, internet masih belum ada lagi untuk kegunaan umum. Semasa belajar, dalam salah satu subjek, dad ada belajar mengenai satu cara berkomunikasi antara komuniti tentera Amerika Syarikat DARPA melalui rangkaian komputer. Kemungkinan ia adalah antara idea yang mencetuskan pembangunan kemudahan internet untuk kemudahan komunikasi awam.

Tanpa internet, akhbar-akbar menjadi sumber utama untuk dad cari peluang pekerjaan melalui iklan-iklan yang disediakan. Orang kampung manalah beli akhbar bahasa Inggeris. Jadi dad terpaksa minta kedai Cina di pekan Semerah dapatkan 1 naskah akhbar The New Strait Times atau The Star, khas untuk dad. Peluang lebih tinggi kerana banyak syarikat-syarikat antarabangsa yang iklankan kerja kosong dalam akhbar berbahasa Inggeris berbanding dengan akhbar berbahasa Melayu seperti Berita Harian atau pun Utusan Melayu (Jawi) mahu pun Utusan Malaysia (Rumi)


Seperti Menunggu  Buah Tak Gugur

Maka banyaklah permohon kerja yang dad hantar dengan harapan tinggi akan dipangil untuk temuduga. Malangnya rumah atuk belum ada kemudahan telefon. Jika ada sebarang tawaran temuduga, ia perlu dihantar melalui surat atau jika urgent, melalui telegram. Kemudahan penghantaran pesanan melalui telegram adalah cepat tetapi mesej yang dihantar sangat pendek kerana kosnya mahal. Anak-anak generasi Z mungkin tidak tahu akan kemudahan telegram yang disediakan oleh Jabatan Telekom Malaysia (nama sebelum diswastakan menjadi Telekom Malaysia pada era 90an)

Pernah dad hadir temuduga dibeberapa agensi kerajaan, semi-kerajaan dan swasta. Namun pihak penganjur dad belajar iaitu RISDA langsung tidak ada hubungi dad walau pun dad sudah maklumkan bahawa dad sudah habis belajar dan sedia untuk berkhidmat dan berjasa kepada RISDA yang telah hantar dad belajar ke luar negara. Jadi dad terus berusaha untuk dapatkan pekerjaan ditempat lain.


Atuk Lebih Advance Dari Robert Kiyosaki

Atuk ada kebun getah dan kebun kelapa berjumlah sekitar 20 ekar. Kebun getah diberikan kepada Pakcik Zin (Sg Sudah) untuk uruskan. Kebun kelapa di baruh, diuruskan oleh Pok De Bongkek dan Pakcik Pi. Jadi atuk hanya perlu uruskan kebun kelapa di darart sahaja, sekitar 8 ekar kalau tak silap. Atuk rancang untuk sabit 50% setiap 2-3 minggu secara bergilir-gilir. Bermakna setiap 2-3 minggu kami perlu bekerja untuk hasilkan kopra untuk dijual. Setiap 2-3 minggu atuk akan dapat pendapatan. Walau pun sekolah tak tinggi, dad nampak cara pemikiran atuk berbeza dari orang lain. Beliau gunakan konsep OPR (other people resources), OPS (other people skills) dan OPT (other people time) untuk menjana pendapatan. Pada masa tu memang tak tahu apa konsep dan strategi atuk. Setelah baca buku Rich Dad Poor Dad oleh Robert Kiyosaki barulah dad sedar bahawa atuk telah pun praktikkan apa yang dikatakan oleh Robert Kiyosaki dalam bukunya/

Hebat tak atuk? Pada pandangan dad, atuk memang hebat. Berfikiran jauh dan mempunyai KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Alhamdulillah dapat bapa yang sebegini. Memang dia garang tapi kegarangan beliau membentuk anak-anak berdisiplin. Memang beliau jarang bercakap dengan anak-anak tapi hati beliau mulia. Beliau cakap perkara yang perlu sahaja dengan serious. Tiada masa membawang. Tiada masa melepak dikedai kopi, buang masa bergosip

Nasihat Atuk Yang Paling Terkesan

Selepas beberapa bulan masih tidak berjaya dapat kerja, dad sudah mula rasa kecewa dan rendah diri. Ditanbh lagi dengan bisikan orang kampung yang kurang sedap didengar. Dad mula melihat bahawa tuhan tak sayangkan hambanya yang berusaha dan beribadah kepadanya. Dad senyap-senyap dalam hati salahkan tuhan, bukan diri sendiri.
Satu hari semasa berehat setelah penat bekerja dikebun, kami duduk dipangkal pokok kelapa sambil minum air yang dibekalkan oleh nenek. Dad ambil kesempatan meluahkan perasaan yang terbuku didada kepada atuk dengan soalan cepu emas:

"Apak, kenapa Allah tak berlaku adil? Lihatlah orang Cina, mereka tak perlu solat tunggang terbalik tapi mereka diberikan rezeki yang melimpah ruah. Banyak kebun-kebun orang kampung kini jadi milik mereka"

Atuk dengan tenang jawab:

"Kita umat Islam memang sentiasa dicuba oleh Allah. Dia nak lihat kekuatan iman umatnya. Adakah mereka masih ingat tuhan ketika gembira/senang dan adakah mereka benci tuhan ketika duka/susah.

Bagi umat bukan Islam, Allah sayang mereka juga. Allah beri rezeki melimpah ruah kepada mereka didunia agar mereka bersyukur kepada Allah. Tapi kebanyakan mereka akan kata kekayaan mereka adalah kerana usaha keras mereka bukan rezeki dari Tuhan, Berbeza untuk kita umat Islam. Kita percaya rezeki itu dari Allah swt tetapi kita masih perlu berusaha dan berdoa kerana Allah suka lihat umatnya memohon kepadaNya.

Biarlah mereka kaya didunia tapi tak bersyukur kepada Allah. Kita harus terus berusaha dan berdoa agar dipermudahkan urusan dan diberi rezeki yang luas. Jangan sekali-kali salahkan Allah"




Pergh.. memang padu jawapan atuk menyebabkan dad terkedu dan tak berkata apa-apa. Dad fikirkan jawapan atuk dan sedar bahawa dad sudah hampir terpesong aqidah dek godaan syaitan

Dad akan sambung lain kali jika ada umur. Bacalah dan hadamkan



Nota

Terima kasih kepada seornag pembaca blog saya kerana betulkan saya .

" tuhan tak sayangkan hambanya , bukan umatnya"


Friday, October 9, 2020

Permulaan Hidup Bekerjaya

Blog No 1-2020  3am 9 Okt 2020

Blog ini ditulis untuk rujukan anak-anak saya yang kini akan memasuki alam pekerjaan.. Tulisan ini adalah pandangan dan cadangan saya kepada anak-anak saya sebagai satu cara perkongsian pengalaman sendiri atau rakan-rakan terdekat. Mungkin ia juga boleh jadi rujukan kepada anak-anak anda, Kalau ada komen positif, sila tulis. Jika ada yang negatif, simpan sendiri ya

Anak-anakku,

Dad belajar bersungguh-sungguh sewaktu di universiti. Tak pandang kiri-kanan dan tak ada teman wanita. Tak merokok, minum atau bersosial yang berlebihan. Tak ada masa untuk itu semua. Dad perlu habiskan belajar dan lulus secepat mungkin kerana dad takut atuk kena bayar RM70,000 jika dad gagal. Manalah atuk nak cari duit sebanyak tu sebagai pekebun kecil? Dad tak juga tak mahu babitkan penjamin, seorang penghulu yang telah baik hati jadi penjamin tanpa tahu berapa berat sebenarnya tanggungjawab seorang penjamin


Alhamdulillah, dad berjaya habiskan kursus Bachelor of Applied Science - Computing  di Queensland University of Technology (dulu Queensland Institute of Technology), Bne, Qld, Australia dalam tempoh 3 tahun. Pada hujung tahun 1985, dad  balik ke Malaysia secepat mungkin, seperti yang ditetapkan. Maka bermulalah fasa baru dalam hidup dad

Ingatkan panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengah hari.

Malang sekali, setibanya di tanahair, suasana ekonomi kurang memberangsangkan. Malaysia dan dunia mengalami kegawatan ekonomi. Syarikat-syarikat tidak cari pekerja baru malah mereka membuang pekerja atas alasan gawat. 

Dad asal kampung di Muar, jadi apalah sangat pekerjaan yang ada dikampung. Dad tak mahu duduk diam tak bekerja, makan tidur dirumah sambil tunggu panggilan kerja. Selama 6 bulan dad ikut kerja kampung membantu atuk kerjakan kebun kelapa. Kelapa-kelapa tua akan disabit oleh atuk guna galah yang panjang dengan sabit dihujungnya. Dah tentu tak mampu lakukan kerja itu kerana tak ada skil.Tugas dad hanya kumpulkan kelapa-kelapa yang telah jatuh disabit. Selepas itu tugas Pok De Bongkek untuk kopek kelapa, buang sabutnya. Tugas dad seterusnya belah kelapa. Kadang-kadang ada tombong, maka makanlah tombong kelapa yang rasanya lemak manis selain minum air kelapa jika tekak terasa haus

Seterusnya masukkan kelapa yang telah dibelah kedalam bakul-bakul yang dipasang pada kiri dan kanan basikal. Sorong basikal ke rumah salai. Bukan kerja mudah kerana tanah gambut sangat lembut, selalu tayar basikal terbenam. Terpaksalah guna tenaga lebih untuk keluarkan dari situasi tersebut. Sampai dirumah salai, lambungkan kelapa-kelapa ke atas rumah salai dan susun terlungkup isi kelapa kebawah. Kerja ini diulang beberapa hari hinggalah rumah salai penuh.






Proses seterusnya, pasang api guna tempurung kelapa dibawah rumah salai semalaman. Keesokannya kami dan beberapa orang jiran akan menyungkil isi kelapa, pisahkan isi kelapa dari tempurung. Sekali lagi isi-isi kelapa akan disalai semalaman dengan api kecil untuk jadikan kelapa kering atau kopra. Keesokannya, masukkan kopra kedalam guni-guni dan dijual kepada peraih kelapa kering, Ah Song atau lebih dikenali sebagai  Cina Musang.

Itulah pekerjaan dad selama 6 bulan. Dad tak anggap dad menganggur seperti kebanyakan lepasan universiti yang hanya petik anggur sebelum dapat pekerjaan tetap. Dad bekerja ikut apa situasi yang membenarkan. Bukan duduk goyang kaki sambil makan tidur dirumah orang tua. Dad harap anak-anak dad juga begitu. Jangan duduk goyang kaki dan harapkan orang tua bagi makan dan minum percuma. Carilah kerja atau buatlah bisnes mengikut situasi dan trend semasa.

Kerja kampung tentulah pakai pakaian yang sesuai. Baju dan seluar kotor dan tak menarik. Maka adalah mulut-mulut sumbang yang mula berkata. Maklumlah makcik - makcik bila jumpa suka membawang. Mereka mula bertanya kenapa dad balik dari luar negara tapi tak dapat kerja dibandar? Sudah tentu gagal habiskan pelajaran dan disuruh balik. Pedihlah juga telinga dad dengar. Apatah lagi ada yang kata, anak aku SPM aje dapat juga kerja kedai di Batu Pahat. Dia belajar luar negara, balik Malaysia kerja kebun.

Sabar jer lah.

Dad akan sambung lagi bila ada masa

Thursday, October 8, 2020

Mesaro Kembali Menulis Blog Selepas Lama Masuk Gua

Salam sejahtera, 



Sudah hampir 2 tahun saya tak menulis. Kali terakhir pada bulan November  2018, mengenai kad kredit. Ada lagi ke orang membaca blog sekarang ni?

Perkara-perkara yang dekat dihati saya adalah;


1. Kewangan
2. Pelaburan hartanah
3. Pelaburan emas dan perak
4. Wang Kripto
5. Motivasi
6. Persediaan & MenjalaniPersaraan
7. Persediaan & Menghadapi Kematian
8. Alam Bersih

Saya tak pasti apa yang nak ditulis. Jadi kalau boleh berilah cadangan apa yang patut saya tulis.

Boleh komen atau klik www.wasap.my/601135295850/SayaCadangkanTulisMengenai

Sekian.

Salam hormat

Hj Esa

Nota:
 
Sebenarnya saya ada tulis banyak tentang hartanah, kewangan serta emas & perak tetapi atas beberapa sebab yang kurang enak ditelinga saya, saya 'padam' dari penglihatan umum. Tulisan-tulisan itu akan jadi rujukan saya dan anak-anak secara peribadi. Terima kasih kepada yang menyokong dan terima kasih juga kepada yang beri kritikan pedas. Walaupun saya kongsikan ilmu percuma, masih ada yang kurang gembira. Apakan daya kita manusia biasa tentu ada kekurangan, sebab itu saya undur diri selama 2 tahun, melayan perasaan pedih hati. Saya belajar dari kedua-dua situasi gembira dan sedih. Menjadikan diri lebih matang dan lebih sabar

Susah nak buat baik, senang nak buat jahat