Wednesday, December 21, 2011

10 Perkara Penting Untuk Mulakan Pelaburan Hartanah

Sudah lama rasanya saya tidak bincang tentang pelaburan hartanah. Saya banyak bincang mengenai motivasi dan juga perubahan minda kerana saya rasa ia amat penting bagi seseorang untuk memulakan pelaburan. Contohnya saya sendiri. Walaupun telah belajar cara-cara melabur pada 2005, saya ambil masa setahun sebelum memberanikan diri untuk mulakan pelaburan secara serius.

Bagaimana saya lakukannya?


Thursday, October 20, 2011

3 Fasa Pasaran Panas (Bull Market)

Manusia dijadikan berbagai bangsa, bentuk dan rupa. Kita juga mempunyai bahasa yang berbeza tetapi kita mempunyai satu persamaan. Apakah dia? Untuk fahaminya, sila lihat graf yang menunjukkan persamaan antara kita. Lihat, perhati dan buat rumusan mengenai persamaan kita sebagai manusia. Ambil sedikit masa dan janganlah menipu diri dengan melihat jawapannya dibawah. TST sudahlah.. apa dia TST?

Monday, October 17, 2011

Dikenakan Kad Merah Kerana Lebih Masa





Salam sejahtera,

 Saya nak update mengenai ceramah yang saya berikan kepada peserta bengkel SMART Investor Club (SIC) di Cititel Mid Valley pada 16Okt11. Memang saya tak perlu risau langsung kerana ia berjalan dengan sangat lancar. Sebab utama kerana saya sudah ada mindest yang betul. Saya sudah fikirkan siapakah yang bakal mendengar ceramah saya dan apa yang patut dan tak patut saya bincangkan.




Percaya atau tidak, saya hanya perlukan 5 minit sahaja untuk menyediakan rangka utama (main points) ceramah saya sedangkan semalam saya tak lena tidur memikirkannya. Memang mudah kerana apa yang perlu saya kongsi ialah mengenai pengalaman saya sendiri dan bagaimana saya boleh meninggalkan alam makan gaji hanya selepas 2 tahun memulakan pelaburan hartanah secara serious. Oleh kerana ia pengalaman sendiri, ia boleh saya kongsi secara mudah dari hati saya. Jika seseorang nak kongsi pengalaman kejayaan orang lain, dia susah sikit nak kongsi secara ikhlas dan passionate. Tidak dalam kes saya kerana semuanya pengalaman saya sendiri.


Perkara pertama adalah berkenalan dengan mereka dan ketahui tahap pelaburan merka. Barulah kita boleh kongsi mengikut kesesuaian peserta yang ada. Ada yang masih baru, belum membeli dan ada yang telah beli lebih dari 10 buah hartanah. Jadi saya harus fikir dengan cepat topik-topik yang sesuai untuk mereka yang baru belajar dan yang telah berpengalaman. Tidak terlalu basic untuk yang berpengalaman dan tidak terlalu complicated masih baru.


Anda juga mungkin berminat nak tahu RAHSIA saya.
Layari http://terra-nusa.blogspot.com/2011/10/rahsia-akan-didedah.html


Memang betul sangkaan saya. Ada beberapa orang yang betul-betul kaya dikalangan peserta dan pemerhati. Salah seorang darinya adalah bekas kepada orang kuat CM Sarawak. Ya, saya cakap perkara yang benar. Dia rakan kepada hos bengkel itu dan beliau bertanggung jawab dapatkan corporate deal untuk SIC/ahli SIC. Saya rasa, dia ni kalau pergi ke Bank tentu diberi layanan terbaik dan akan terus disambut oleh pengurus bukannya pegawai biasa. Corporate deals biasanya libatkan jutaan ringgit.

Saya berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Tetapi disebabkan saya pernah bekerja di bank antrabangsa dan selalu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, lebih 70% ceramah saya dalam bahasa Inggeris sehingga terpaksa diterjemahkan dalam Mandarin. Untuk tidak membuang masa, saya paksa diri melakukan ceramah dalam B Malaysia sepenuhnya kerana sebagai rakyat Malaysia, semua peserta patutnya boleh berkomunikasi dalam B Malaysia.

Setelah mengetahui tahap pelaburan mereka, saya buat keputusan untuk tekankan  bagaimana mahu jadi pelabur hartanah yang berjaya. Pertama perlu mempunyai mindset pelabur hartanah yang betul. Berfikiran positif adalah perkara yang paling utama. Jadi perlu cari cara untuk menjadikan kita berfikiran positif. Kelilingi diri dengan mereka yang berjaya, berfikiran positif dan suka membantu. Bergerak secara kumpulan kerana setiap ahli kumpulan mempunyai kelebihan masing-masing dan boleh memberi bantuan/semangat kepada setiap ahli yang lain. Jadi mereka telah buat keputusan baik kerana menyertai kumpulan pelabur SIC.

Nampaknya mereka kurang pengetahuan am mengenai pelaburan hartanah kerana kurang membaca. Mereka tidak tahu beberapa perkara-perkara terbaru yang disiarkan didalam akhbar. Jadi saya sarankan
kepada mereka agar mula membaca berita-berita pelaburan khasnya hartanah apabila membaca akhbar, majalah atau internet. Jangan hanya baca bahagian sukan dan bincangkan kekalahan/kemenangan pasukan bolasepak Inggeris , MU/Liverpool/Chelsea/Arsenal dan sebagainya. Boleh berbincang tentang sukan, tapi kena beri lebih fokus kepada bahagian bisnes.Beli NST hari Jumaat dan beli STAR hari Sabtu sebab ada pull-out Property.

Selepas lebih 45 minit bercakap mengenai mindset change, barulah saya bercerita dan berkongsi pengalaman perjalanan pelaburan saya. Masa berjalan begitu cepat bila kita 'bersuka-ria' dan akhirnya saya diberikan Kad Kuning untuk bersedia habiskan ceramah dalam masa 5 minit kerana sudah hampir 10.30 pagi, waktu rehat. Para peserta masih memberikan beberapa soalan walaupun masa telah tamat dan KAD MERAH telah diberikan oleh pembantu yang berada dibelakang peserta. Saya beri mereka  peluang dan salah satunya saya jawab, mereka kena kenali diri mereka dulu sebelum buat keputusan untuk melabur.Kenali profail diri mereka. Saya suruh mereke pilih satu nombor sahaja; 0 (kosong) 1 (satu) 4 (empat) dan 8 (lapan). Kemudian saya terangkan profail diri mereka mengikut nombor pilihan. Ramai yang terlopong and mengangguk kepala, kerana macam tak percaya itulah profail mereka yang sebenar. Sekarang saya bukan sahaja seorang pelabur, penceramah malah seorang nujum. Hanpir sama seperti nujum Pak Belalang dalam filem P Ramlee cuma cara saya berbeza. Faham tak maksud saya? Memang saya jadi Nujum Pak Belalang buat seketika seperti P Ramlee juga.



Oleh kerana semasa memperkenalkan diri saya ada mengatakan saya juga pelabur emas dan perak maka sebaik tamat sesi ceramah, mereka berkerumun dibelakang meminta kad perniagaan saya dan ramai yang ingin tahu mengenai pelaburan terutama emas dan perak. Jadi saya kongsikan sedaya mungkin dalam masa yang sangat singkat. Sekarang ramai yang ingin memulakan pelaburan perak. Alhamdulillah, semoga rezeki saya semakin luas.



Anda juga mungkin berminat nak tahu RAHSIA saya.
Layari http://terra-nusa.blogspot.com/2011/10/rahsia-akan-didedah.html




mesaro










Thursday, October 6, 2011

Self-Transformation Programme #3m (STP)

Salam sejahtera,

This would probably be the last of the STP series posting. I think everyone understand what I am trying to bring forward. In case you don't, my objective is , I want to change some of those bad habits usually associated with Malaysian starting with myself (yes yours truly), my family, my neighbour, my blog readers, your friends and your friends' friends. Do me a favour please! Tell two of your best friends about my blog especially relating to STP. If each of your friend  tells two other friends, can you imagine the impact and effect it can bring. Don't wait, do it now. You can post the link on your FB, click the like button,  email , text/SMS, tweet, call or just tell them. Thank you in advance dear readers, for helping me to spread the STP challenge.

Now let me list some more habits that need to be changed or improved. The list is not exhaustive but let just stick to just 3 (three) only.

1- Malaysian time

    I used to work for an international financial instution for 21 years. Yes you read
    correctly but don't ask me why I stayed there for that long. Anyway, I met a lof
    of collegues from other parts of the world.

    What make me embarassed was one remark from a Sri Lankan IT coordinator who
    suggested to set the meeting time 30 min earlier. He said  'If we want to start the
    meeting at 3pm sharp, then we better tell them the meeting is at 2:30pm Malaysian time'.


    What about Chinese wedding dinner reception? What about it you may ask.  I am
    pretty sure you have experienced it. So I don't think I have to elaborate.

   We all need to improve our time management, be punctual and respect those who
    invited you be it to attend a meeting or wedding dinner etc. Hmm.. talking about
    wedding dinner makes me hungry.
   
2- Cleanliness

    Have you been to Gold Coast Australia? Don't worry if you haven't. The beaches
    are clean and most importantly the people who flock the beaches have one thing
    in common, apart from sexy/handsome. They don't litter like most of us do.

    I always wonder how will Cherating, Teluk Cempedak, Pantai Batu Buruk,
    Pantai Cinta Berahi (ooops changed to Pantai Cahaya Bulan) look like if
    Mat Salleh were to be given a chance to manage them. I am sure it will
    beat Gold Coast, anytime.

    Have you seen people throwing rubbish out of their car while driving
    on Malaysian roads or highways? Although we have pretty good infrastuctures
    compare to some of our neighbouring countries, some people don't know
    how to appreciate them. The only things that they are good at are grumble and
    complain about the condition of the road, how other people drive etc.

    How about the condition of Malaysian public toilet? It is always easy to point
    our finger at the cleaners but some of us contributed to the mess like throwing
    rubbish on the floor or 'forgot' to flush the toilet etc.


3- Malaysian Driving Skills

    I got to salute some of our drivers, zipping in and out of heavy traffic on the
    Plus highway at breakneck speed. With a little guidance , I guarantee they can
    obtain F1 license. Some regard the emergency lane as an additional or
    overtaking lane. Some slow drivers hog the right most (so called fast lane) and
    they seem to live in their world. No matter how much honking or headlight
    flashing will not make them change their mind. They continue to hog the fast lane.

   So, what do we need to change here? I believe you're smart enough to list some
   bad habits / attitude that warrant  change/improvement.

I am powerless to change others, but I can control and change / improve myself and
my family. If each of us is able to change / improve even a little bit, the impact will
be tremendous. Give yourself a pat on the back for trying.

Thanks you.

From the desk of  Hj Esa aka mesaro

Tuesday, October 4, 2011

Program Transformasi Diri #2 / Self-Transformation Programme #2

Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Semoga anda semua berada didalam keadaan sihat walafiat. Sihat rohani dan jasmani hendaknya. Tiada makna jika cuma sihat jasmaninya tetapi rohaninya tidak stabil, jiwa kacau dan hatinya kotor.

Ini adalah siri kedua mengenai STP yang ingin saya ketengahkan. Kebanyakan transformasi diri yang saya cadangkan adalah bertujuan mengubah diri dan sikap kita dan pada amnya, seluruh rakyat Malaysia. Saya bukanlah seorang yang bersifat negatif yang suka mencari kesalahan dan kecelaan seseorang semata-mata. Oleh kerana sifat-sifat dan perkara negatif ini "sedikit" berbanding yang baik, maka ia lebih mudah untuk disenaraikan.

Seorang sahabat FB telah "post" satu kenyataan di dinding FB beliau yang menarik perhatian saya. Ia satu perkara yang baik tetapi kita perlu buat sedikit perubahan / transformasi dalam zaman sekarang yang penuh pancaroba.

Arman Ismail di dinding FB beliau:
‎"Berpada2lah berbuat baik kerana satu hari nanti belum tentu kebaikan yang kita lakukan dikenang oleh orang lain. Tiba saat kita derita, belum tentu kebaikan kita dibalas kebaikan juga malah ada tika cemuhan dan nista dilemparkan. Tak kurang dengki, iri hati dan khianat mencurah2 agar kita terus jatuh untuk membolehkan mereka tersenyum puas.."

Saya rasa tak perlu lagi saya panjangkan lagi kerana kenyataan itu cukup ringkas tapi padat.Jadi marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa agar kita bukan tergolong dari kalangan orang yang tidak tahu membalas budi baik orang. Jika pernah tergolong suatu ketika dulu, maka marilah kita bertaubat, mohon maaf dan berazam untuk tidak melakukannya lagi.

Kebelakangan ini kita lihat terdapat ramai peminta sedekah dari kalangan warga Myanmar. Mereka membawa anak-anak dan bayi kecil sambil 'bekerja' agar mendapat lebih simpati dan imbuhan lebih besar dari orang ramai yang lalu lalang. Begitu juga ramai orang yang mengaku datang dari Afghanistan. Datang ke negara kita bertujuan memungut derma untuk anak-anak yatim disana. Betulkah mereka akan mengumpulkan derma ikhlas anda dan menyalurkannya kepada anak-anak yatim yang benar-benar memerlukannya? Mungkinkah saya berprasangka buruk terhadap mereka?

Terbaru, kita dapat lihat lelaki dan wanita memakai pakaian seumpama sami-sami. Ada yang jalan berkaki ayam dan ada juga yang berkasut. Mereka juga merayau-rayau dikawasan tempat makan sambil memohon bantuan. Siapakah yang memerlukan bantuan? Mereka jarang-jarang bercakap, cukup menghulurkan mangkuk kecil dengan muka penuh harapan agar kita menghulur bantuan. Adakah betul mereka ini sami-sami atau mereka hanyalah berpura-pura jadi seorang sami untuk menagih simpati?

Bagaimana pula dengan anak-anak kecil lelaki dan perempuan menjual buku-buku, kalendar, ubat sapu diluar pasaraya. Ada kalanya mereka berada di kawasa RnR lebuh raya PLUS. Mereka kononnya dari sekolah pondok atau tahfiz di utara tanah air, menjual barangan untuk menampung pengajian mereka. Tetapi jika mereka berkeliaran di merata tempat hingga larut malam, timbul persoalan. Bila masa mereka belajar. Betulkah mereka ini pelajar atau mereka dipergunakan oleh orang-orang tertentu untuk mengaut keuntungan secara mudah? Inilah yang membuatkan saya ragu-ragu untuk menghulurkan bantuan walaupun terdetik rasa simpati kepada anak-anak kecil itu. Tapi saya terpaksa keraskan hati agar pihak yang mungkin mempergunakan anak-anak ini tidak mengaut keuntungan secara mudah dan makan hasil titik peluh dan keringat sikecil itu.
Jadi, benarlah apa yang dikatakan, "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".

Bersambung di Program Transformasi Diri 3

Waulahualam.

dari meja Hj Esa @ mesaro

Monday, October 3, 2011

Program Transformasi Diri / Self-Transformation Programme (STP)

Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Kalau kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi / Economic Transformation Program (ETP), kita pula perlu terlebih dahulu melakukan Program Transformasi Diri / Self-Transformation Programme (STP), terutama dikalangan kaum Melayu. Dalam pemerhatian saya (betulkan saya jika salah), orang Melayu kaya dengan sifat sopan dan santunnya juga  suka merendah diri. Tetapi sifat merendah diri yang keterlaluan akhirnya menyebabkan perasan rendah diri, berlaku secara tanpa disedari.

Berikut adalah pemerhatian dan pengalaman seorang imam muda yang disampaikan dalam tazkirah di MRSM Felda Kolej Tun Abdul Razak sempena majlis bacaan Yaseen dan solat hajat, pada September lalu, untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.

Beliau telah menghantar kereta kesebuah bengkel kereta untuk diperbaiki. Sementara menunggu kereta siap, beliau telah masuk ke sebuah restoran kepunyaan seorang Melayu beragama Islam. Dia disapa oleh pelayan kedai itu dengan mesra dan pertanyaan 'nak minum apa, Mat?'.

Seketika kemudian, seorang Cina separuh umur, kemungkinan pemilik bengkel-bengkel kereta yang berdekatan, masuk kedalam restoran yang sama. Beliau disapa dengan mesra "Tokey, nak minum apa?". Tidak lama kemudian, seorang lagi pelanggan berbangsa India berpakaian kemas masuk dan pelayan itu bertanya "Boss nak minum apa?".

Adakah anda perasan perbezaan cara pelayan itu mengambil pesanan? Ada apa-apa kesalahan? Tiada yang salah cuma, imam muda itu dipanggil 'Mat', lelaki Cina di panggil "Tokey" dan lelaki India di panggil "boss". Mengapa imam muda itu tidak dipanggil Tuan atau Encik?  Perhatikan juga, panggilan 'Mat' diletak dibelakang bukannya pembuka soalan. Memang perkara kecil tapi jika diteliti dan dikaji, mungkin kita mampu mentafsirkan apa yang tersurat dan tersirat.

Sekarang cuba kita lihat iklan-iklan kecil dalam akhbar atau iklan yang di pasang ditiang-tiang lampu, traffic light atau pokok-pokok. Katalah iklan ubah suai rumah yang di buat oleh orang Cina, India dan Melayu. Adakah terdapat perbezaannya? Kalau anda teliti lebih dekat anda akan perasan yang orang Cina dan India akan letakkan 'Mr' didepan nama mereka seperti Mr Lee atau Mr Muru. Kalau iklan orang Melayu, cuma ada nama. Tiada pula, kalau ada pun jarang-jarang, diletakkan Encik didepan nama mereka. Kenapa?

Pada pandangan saya, panggilan seseorang kepada pelanggan dengan panggilan Tokey atau boss seperti satu doa. Kalau selalu disebut, doa itu mungkin menjadi kenyataan. Malangnya, orang Melayu jarang 'berdoa' untuk bangsanya sendiri tetapi tidak segan atau janggal untuk berdoa untuk kaum lain. Pelik bukan.

Manakala, meletakkan Mr/Encik didepan nama merupakan satu pernyataan bahawa mereka ini seorang yang konfiden dan lebih tinggi sedikit. Mereka juga berharap orang akan memanggil mereka dengan panggilan Mr/Encik dan seterusnya mendoakan kedudukan baik untuk mereka. Percayalah, apabila kita dapat konfiden/keyakinan diri, banyak perkara yang sebelum ini kita sangka tidak mampu dilakukan, tiba-tiba kita mampu lakukan. Jadi kita perlu mengangkat diri kita sebelum mengharap orang lain mengangkat dan menghormati kita. Bukan saya bermaksud kita kena bermegah-megah atau sombong tetapi ada keyakinan diri yang tinggi dan self-respect.

Jadi, saya cadangkan orang Melayu ubah sedikit agar mereka mendapat doa dari sesiapa jua samada pelayan restoran mahu pun pelanggan mereka. Yang paling penting ubah minda kita untuk belajar sayangi diri kita, tambah keyakinan diri dan hormat diri kita/sel-respect. Inilah yang saya panggil Program Transformasi Diri atau Self-Transformation Program (STP).

Jika ada diantara pembaca blog saya yang bukan berbangsa Melayu, harap jangan rasa sensitif kerana ini bukan soalan isu perkauman. Malah saya ingin mengutarakan sedikit kepincangan yang ada pada bangsa saya sendiri agar dapat kita sama-sama memperbaikinya. Begitu juga kepada bangsa saya yang membaca, jangan pula mengambilnya sebagai satu perkara negatif tetapi jadikanlah ia satu cabaran agar kita dapat faedah dan manfaatnya.

Apa pendapat anda tentang cadangan saya itu?

Bersambungan di Program Transformasi Diri 2

Waulahualam.

Mohon maaf jika terkasar bahasa atau mencuit hati sesiapa. Tapi itulah kenyataan yang perlu kita akui dan hadapi.

dari meja Hj Md Esa Rosdi @ mesaro