Friday, November 23, 2018

Bongkar Satu Lagi Cara Pinjam Kad Kredit Tanpa Faedah

Salam sejahtera,


Awas perangkap kad kredit. Tapi kalau anda kreatif, memang sentiasa cari perangkap yang tak berapa berkesan




Saya dapat idea baru-baru ni selepas buat BT (balance transfer) dengan ZERO caj dan ZERO interest selama 6 bulan, dari 3 kad kredit bank Aaih, Cee & Haih  kepada satu kad kredit lagi ke Bank Pee. Bukan dirancang tapi tak sengaja saya terlebih BT amaun RM5,000 dari Bank Cee. Tiada masalah. Bank Pee bayar kepada bank Cee dan sekarang kad kredit saya di bank Cee ada overpaid amount RM5,000.

Apa ada masalah? TIDAK kerana amaun yg saya terlebih BT ke bank Pee tu tak kena apa2 caj dan faedah selama 6 bulan dan kini saya boleh guna kad kredit bank Cee untuk berbelanja dan dapat mata ganjaran tanpa kena sebarang caj dna faedah juga.

Macam pelik tapi ini cerita benar. Saya berjaya 'tipu' bank secara tak sengaja. Kalau anda nak buat dengan sengaja, itu anda yg bertanggungjawab. Mungkin bank akan ambil tindakan batalkan kad kredit anda. Harapan saya agar bank tak berapa bijak, walau pun kita ingat bank selalu bijak.
Bagus ke Bagus?


mesaro

Thursday, November 15, 2018

Rahsia Pinjaman Kad Kredit Tanpa Faedah


Salam sejahtera,

Anda miliki kad kredit? Apa dah potong kad kredit? Rugilah kerana sebenarnya ada banyak kebaikan dan manfaat yg boleh diperolehi dengan memiliki kad kredit.

Antaranya;

1- Tak perlu bawa wang tunai
2- Ada limit perbelanjaan yang tinggi. Boleh guna jika kecemasan
3- Dapat mata ganjaran yang boleh ditukar kepada produk-produk atau baucer 

4- Sesetengah kad kredit melayakkan anda untuk nikmati masa menunggu di Premier Lounge, boleh makan-minum percuma dan boleh juga mandi jika mahu
5- Paling best ialah boleh dapatkan pinjaman tanpa faedah untuk jangkamasa pendek (30 hari) sehingga ada yang sampai 12-24 bulan, dengan syarat anda kreatif

Saya kongsikan 4 rahsia yang saya selalu guna untuk pinjaman tanpa FAEDAH

1. Beli barang /servis guna kad kredit bila-bila masa dan bayar penuh. Anda ada minima 20 hari pinjaman tanpa faedah

2. Beli barang guna kad kredit selepas tarikh keluar bil (billing date) dan bayar penuh. Anda ada peluang maksima 50 hari pinjaman tanpa faedah

3. JANGAN BAYAR kad kredit  A dan B (katalah ada 3 kad A B dan C. Ada baki yang perlu dibayar untuk kad A dan B) tapi buat BALANCE TRANSFER (BT) kepada kad kredit C yang caj BT 0%. Anda ada lagi dalam 6-12 bulan pinjaman PERCUMA bergantung kepada program BT yg ditawarkan.

Perlu baca terma dan syarat. Dalam contoh dibawah (rujuk gambar) minima RM2,000 dan bayaran balik berkala selama 6 bulan







Tapi kalau anda tak kisah nak bayar sedikit faedah, anda boleh buat BT, bayar faedah 7-8% setahun, bayar balik 24-36 bulan dan dapat hadiah Notes 9 seperti program BT PBB yang sah laku sehingga 30 November 2018 dengan amaun minima RM30,000 dan jangkamasa bayaran balik 36 bulan. Walaupun bukan pinjaman percuma, bukankah ia lebih murah berbanding bayaran kad kredit sebenar sehingga 15-18% setahun?




Katalah anda perlu beli alatan atau mesin yg kosnya RM30,000. Agak sukar nak dapatkan pinjaman atau nak buat pinjaman peribadi. Maka bayarlah guna kad kredit dan buat seperti yang saya kongsikan. Anda dapat pinjaman peralatan dengan faedah 8% setahun dengan mudah tanpa banyak bicara. Tak perlu isi banyak borang, tak perlu buat perjanjian dan sebagainya.

Mudah ke mudah?

Apa yang PENTING ialah, pastikan anda mampu bayar kad kredit C, pada setiap bulan atau anda akan terima akibat;

i- Laporan CCRIS anda ada cela
ii- Lebih teruk kalau nama anda masuk dalam senarai hitam CTOS

Bila itu berlaku, jangan harap nak buat pinjaman lain. Jadi jagalah kesihatan kewangan dan uruskannya dengan baik


Sekian

mesaro



Sunday, November 11, 2018

3 Ways To Retire Without Worrying If You Have Enough In EPF



You have been dreaming about the perfect retirement life: Lazing on the beach, travelling the world with your family and best friends…

Or simply staying at home pursuing your pas
sions.

But how can you retire comfortably… WITHOUT worrying that your retirement funds will run out?



Wednesday, October 24, 2018

Bersara Dengan RM1juta Wang KWSP

Memang sudah lama benar saya tak menulis berkaitan pelaburan kerana saya dah berhenti melabur secara aktif. Kali terakhir membeli saham di Bursa KL pada 2014 dan kali terakhir beli rumah lelong pada 2012. Kini saya lebih suka mengkaji perkara berkaitan perkembangan teknologi seperti topik2 yang berkisar tentang Blockchain, AI, IR4.0, Disruptive Technology dan Digital Marketing.

Wednesday, September 19, 2018

REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT / INDUSTRI 4.0 / IR 4.0



Oleh : Mohd Fairuz Mohd Yusof
Penolong Pengarah
Pusat Bank Data Negara dan Inovasi
ICU JPM



PENGENALAN
Pada tahun 2020 dengan anggaran penduduk dunia mencecah 7.6 bilion, perkembangan semasa teknologi meramalkan 50 bilion peranti elektronik akan saling berinteraksi antara satu sama lain. Ini menunjukkan jumlah peranti yang berkomunikasi adalah melebihi jumlah manusia dengan setiap manusia memiliki kira-kira 6.58 peranti elektronik. Peranti yang saling berhubungan ini menjana data raya dan pengetahuan. Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai ‘The Fourth Industrial Revolution’ atau Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan era ‘Digital Economy’ atau Ekonomi Digital yang menyebabkan Kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia.

Wednesday, September 5, 2018

Kenapa Mobile Apps Sangat Penting Untuk Bisnes Anda?

Dunia berubah, tak menunggu kita. Jadi kita juga perlu turut berubah jika tidak mahu ketinggalanDiramalkan menjelang tahun 2020, lebih 80% penduduk dunia akan menggunakan smartphone berbanding dekstop/laptop. Dilaporkan pada tahun 2015, lebih ramai yang mengakses internet melalui telefon mereka. Bukan setakat untuk guna FB, Whatsapp, WeChat sahaja, malah mereka guna untuk membeli-belah, melakukan urusan perbankan dan bermacam-macam lagi.
Terkini, mobile apps menjadi penghubung antara konsumer dan jenama (brand)/ bisnes. Pertumbuhan penggunaan smartphone bagi tujuan B2B / B2C semakin meningkat menyebabkan keperluan membina mobile apps berkaitan B2B/B2C juga meningkat. Untuk maklumat lanjut anda boleh tonton video Why Mobile Apps Is Important For Your Business

Thursday, August 30, 2018

Terkejut Laporan PUSPAKOM




Selepas menggunakan FuelPlus, asap yang hasilkan berkurangan dari 34% dan seterusnya turun kepada 14% setahun kemudian.

Lihat laporan pemeriksaan asap oleh PUSPAKOM

Laporan PUSPAKOM 
25 November 2014

Wednesday, August 29, 2018

FuelPlus Aditif Bahanapi Terlaris Di Pasaran



FuelPlus adalah satu produk aditif yang mampu menjimatkankan penggunaan bahanapi sehingga 30% dengan meningkatkan prestasi  petrol dan juga diesel. FuelPlus diperbuat dari bahan sawit (95%) dan bio energy (5%),  mampu meningkatkan RON bahanapi, membolehkan pembakaran yang lebih sempurna. Pembakaran Petrol lebih sempurna dan efisien meningkatkan prestasi, menambah kuasa, menjimatkan dan mengurangkan engine knocking. Selain itu, kajian juga menunjukkan ia mengurangkan penghasilan bahan cemar karbon hidro, bermakna kurang pencemaran atau mesra alam. 

Anda boleh lihat Testimoni Pelanggan FuelPlus