Orang beli rumah, kita pun nak beli. Kita ikut-ikut sahaja sebab ramai orang beli rumah. Takut ketinggalan bas, kita pun ikut beli rumah. Orang beli rumah berpuluh buah, kita pun tak nak kalah. Mesti nak ada berpuluh buah rumah. Barulah nanti bila bersembang, orang pandang kita sikit. Kalau setakat sebuah dua, ramai yang ada. Jadi kalau kita ada sepuluh dua buah puluh buah rumah, baru orang hormat kita.
Showing posts with label Pelaburan Hartanah. Show all posts

Saturday, November 7, 2015
Wednesday, August 12, 2015
Kitaran Ekonomi
Semalam 11 Ogos 2015, China telah menurunkan nilai matawang Renminbi berbanding USD. Kesannya matawang negara-negara Asia turun sama terjejas. Saham-saham di BSKL juga turut mendapat tempias. China menurunkan nilai matawangnya untuk dapat kelebihan perdagangan dengan negara-negara lain terutama USA dan negara-negara barat. Malaysia yang kena tempias pun mungkin dapat kelebihan kerana boleh bantu imbang kedudukan Balance of Payment (BOP) negara terutama jika kita ada lebihan eksports. Para pelancong pun mungkin memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan. Ini akan bantu ekonomi di sektor pelancongan.
Saturday, August 1, 2015
Kelas-Kelas Aset
Salam sejahtera,
Kelas-kelas aset merujuk kepada beberapa bentuk aset yang dihimpunkan dalam beberapa kategori mengikut risiko dan pulangan. Dan setiap kelas ada sub-kelas masing-masing. Sila rujuk
Sunday, January 8, 2012
Kad Kredit : Banyak Kebaikan Dari Keburukan #2
sambungan dari kad kredit: banyak kebaikan dari keburukan #1
Walau pun cuma sedikit pembaca yang minta saya kongsikan rahsia, tetapi sebenarnya ramai yang baca posting ini. Mungkin mereka berminat nak tahu tapi segan untuk memberi komen 'kongsikan rahsia' diblog saya atau mereka ada cara mereka sendiri yang lebih baik. Apa pun, memandangkan rahsia ini sangat bermanfaat dan berfaedah untuk semua, saya dengan rendah hati ingin kongsikannya. Ia melibatkan penggunaan kad kredit untuk buat cash refinancing dan seterusnya memanipulsainya untuk dapatkan pinjaman tanpa faedah (dengan terma dan syarat). Jika anda tak berminat, anda tak perlu terus membaca.
bayar hutang kad kredit
Pinjaman Tanpa Faedah - Cara Biasa
Kita boleh ambil wang dari kad kredit guna 'cash advance'. Namun jangan lupa bahawa transaksi cash advance dikenakan caj 3-4% dari amaun yang dikeluarkan atau $50 (atau mana-mana caj yang lebih tinggi). Ia juga dikenakan caj faedah setinggi 1.5% sebulan atau 18% setahun. Bagaimana pula saya kata ia membantu sedangkan faedah yang dikenakan lebih tinggi dari kadar faedah pinjaman rumah (BLR - x.x%) dan bukan mudah untuk buat pelaburan yang memberi pulangan melebihi 18% setahun. Jadi bagaimana caranya?
Cara paling mudah yang biasa digunakan oleh kebanyakan orang ialah dengan mengambil 'cash advance' kemudian buat 'Balance Transfer' kepada kad kredit lain dan seterusnya gunakan 'Easy Payment Program' untuk bayar pinjaman kad kredit selama 12 bulan. Tiada faedah dikenakan dengan syarat mereka bayar kad kredit 100% setiap bulan. Jadi, bukankah itu satu pinjaman tanpa faedah?
Pinjaman Tanpa Faedah - Cara Luar Biasa
Sekarang tentu anda percaya bahawa kita boleh dapatkan pinjaman tanpa faedah.Tapi itu cara biasa, untuk orang biasa. Sebagai seorang pelabur yang bijak, kita perlu cara yang lebih baik dari cara yang saya nyatakan diatas.Dengan cara biasa, EPP hanya boleh dibuat untuk jangkamasa 12 - 36 bulan, bergantung kepada terma dan syarat. Lagi pun, menggunakan cara diatas, kita masih perlu ambil insuran untuk lindungi hutang yang kita buat. Jika tidak, waris kita akan menanggung beban sekiranya terjadi sesuatu perkara buruk kepada kita. Apa kata anda sekiranya anda ditawarkan dengan kemudahan EPP selama 120 bulan dan hutang kad kredit anda dilindungi insuran secara automatik? LUAR BIASA kan?
Hj Esa @ m.esa.ro

Seperti yang saya nyatakan dalam posting terdahulu iaitu kad kredit: banyak kebaikan dari keburukan #1, sebenarnya ada beberapa lagi kebaikan dan faedah kad kredit. Jangan terperanjat kerana saya berani katakan bahawa kad kredit boleh bantu kita;
Pernahkah anda dengar lagu Salleh Yaakob (a.k.a Abang Jem) mengenai cara untuk selesaikan hutang? Cuba dengar lagu beliau Gali Lubang Tutup Lubang. Teknik yang lebih kurang sama boleh kita gunakan, tapi lebih baik.
Bagaimana pula hutang kad kredit boleh bantu bayar hutang kad kredit? Mudah, jika anda ada kad kredit yang masih ada baki belum guna, anda boleh buat hutang dari kad kredit itu dan bayar hutang kad kredit yang lain. Menggunakan teknik tertentu, anda tak perlu bayar faedah.
bayar deposit pembelian rumah (No Money Down)Tidak mustahil untuk dapatkan pinjaman rumah 100% guna teknik NoMoDo. Biasanya, mereka tukar SPA kepada harga lebih tinggi dari harga belian sebenar dan ambil 90% pinjaman dari harga SPA.
Sekarang tak perlu buat begitu. Tak perlu tukar harga belian dalam SPA. Tak perlu bayar caj peguam dan caj duti setem lebih tinggi. Sekerang anda boleh gunakan kredit kad untuk bayar 10%-30% baki harga belian rumah itu, tanpa sebarang faedah.
kurangkan bayaran faedah dan pendekkan tempoh pinjaman rumah
Kenapa kita perlu bayar faedah yang banyak dan kayakan bank? Kenapa tidak gunakan wang dari kad kredit untuk bayar pinjaman rumah flexi kita agar kurang bayar faedah dan selesai bayar lebih awal?
Caranya, anda ambil pinjaman perumahan flexi, pinjam duit kad kredit (tanpa faedah) dan bayar pinjaman rumah anda. Anda boleh kurangkan bayaran faedah sehingga 90% dan pendekkan tempoh pinjaman.
jana pendapatan tambahan
Anda seorang pelabur bijak? Ya, kita juga boleh jana pendapatan dengan pinjaman tanpa faedah kad kredit , dan laburkan dalam pelbagai instrumen pelaburan seperti saham, unit amanah (ASW, AS2020, ASB), simpanan tetap mahu pun pelaburan emas dan perak.
Bagaimana pula hutang kad kredit boleh bantu bayar hutang kad kredit? Mudah, jika anda ada kad kredit yang masih ada baki belum guna, anda boleh buat hutang dari kad kredit itu dan bayar hutang kad kredit yang lain. Menggunakan teknik tertentu, anda tak perlu bayar faedah.
Sekarang tak perlu buat begitu. Tak perlu tukar harga belian dalam SPA. Tak perlu bayar caj peguam dan caj duti setem lebih tinggi. Sekerang anda boleh gunakan kredit kad untuk bayar 10%-30% baki harga belian rumah itu, tanpa sebarang faedah.
Kenapa kita perlu bayar faedah yang banyak dan kayakan bank? Kenapa tidak gunakan wang dari kad kredit untuk bayar pinjaman rumah flexi kita agar kurang bayar faedah dan selesai bayar lebih awal?
Caranya, anda ambil pinjaman perumahan flexi, pinjam duit kad kredit (tanpa faedah) dan bayar pinjaman rumah anda. Anda boleh kurangkan bayaran faedah sehingga 90% dan pendekkan tempoh pinjaman.
Pinjaman Tanpa Faedah - Cara Biasa
Kita boleh ambil wang dari kad kredit guna 'cash advance'. Namun jangan lupa bahawa transaksi cash advance dikenakan caj 3-4% dari amaun yang dikeluarkan atau $50 (atau mana-mana caj yang lebih tinggi). Ia juga dikenakan caj faedah setinggi 1.5% sebulan atau 18% setahun. Bagaimana pula saya kata ia membantu sedangkan faedah yang dikenakan lebih tinggi dari kadar faedah pinjaman rumah (BLR - x.x%) dan bukan mudah untuk buat pelaburan yang memberi pulangan melebihi 18% setahun. Jadi bagaimana caranya?
Cara paling mudah yang biasa digunakan oleh kebanyakan orang ialah dengan mengambil 'cash advance' kemudian buat 'Balance Transfer' kepada kad kredit lain dan seterusnya gunakan 'Easy Payment Program' untuk bayar pinjaman kad kredit selama 12 bulan. Tiada faedah dikenakan dengan syarat mereka bayar kad kredit 100% setiap bulan. Jadi, bukankah itu satu pinjaman tanpa faedah?
Pinjaman Tanpa Faedah - Cara Luar Biasa
Sekarang tentu anda percaya bahawa kita boleh dapatkan pinjaman tanpa faedah.Tapi itu cara biasa, untuk orang biasa. Sebagai seorang pelabur yang bijak, kita perlu cara yang lebih baik dari cara yang saya nyatakan diatas.Dengan cara biasa, EPP hanya boleh dibuat untuk jangkamasa 12 - 36 bulan, bergantung kepada terma dan syarat. Lagi pun, menggunakan cara diatas, kita masih perlu ambil insuran untuk lindungi hutang yang kita buat. Jika tidak, waris kita akan menanggung beban sekiranya terjadi sesuatu perkara buruk kepada kita. Apa kata anda sekiranya anda ditawarkan dengan kemudahan EPP selama 120 bulan dan hutang kad kredit anda dilindungi insuran secara automatik? LUAR BIASA kan?
Hj Esa @ m.esa.ro
Wednesday, December 21, 2011
10 Perkara Penting Untuk Mulakan Pelaburan Hartanah
Sudah lama rasanya saya tidak bincang tentang pelaburan hartanah. Saya banyak bincang mengenai motivasi dan juga perubahan minda kerana saya rasa ia amat penting bagi seseorang untuk memulakan pelaburan. Contohnya saya sendiri. Walaupun telah belajar cara-cara melabur pada 2005, saya ambil masa setahun sebelum memberanikan diri untuk mulakan pelaburan secara serius.
Bagaimana saya lakukannya?
Bagaimana saya lakukannya?
Monday, October 17, 2011
Dikenakan Kad Merah Kerana Lebih Masa
Salam sejahtera,
Saya nak update mengenai ceramah yang saya berikan kepada peserta bengkel SMART Investor Club (SIC) di Cititel Mid Valley pada 16Okt11. Memang saya tak perlu risau langsung kerana ia berjalan dengan sangat lancar. Sebab utama kerana saya sudah ada mindest yang betul. Saya sudah fikirkan siapakah yang bakal mendengar ceramah saya dan apa yang patut dan tak patut saya bincangkan.
Percaya atau tidak, saya hanya perlukan 5 minit sahaja untuk menyediakan rangka utama (main points) ceramah saya sedangkan semalam saya tak lena tidur memikirkannya. Memang mudah kerana apa yang perlu saya kongsi ialah mengenai pengalaman saya sendiri dan bagaimana saya boleh meninggalkan alam makan gaji hanya selepas 2 tahun memulakan pelaburan hartanah secara serious. Oleh kerana ia pengalaman sendiri, ia boleh saya kongsi secara mudah dari hati saya. Jika seseorang nak kongsi pengalaman kejayaan orang lain, dia susah sikit nak kongsi secara ikhlas dan passionate. Tidak dalam kes saya kerana semuanya pengalaman saya sendiri.
Anda juga mungkin berminat nak tahu RAHSIA saya.
Layari http://terra-nusa.blogspot.com/2011/10/rahsia-akan-didedah.html
Memang betul sangkaan saya. Ada beberapa orang yang betul-betul kaya dikalangan peserta dan pemerhati. Salah seorang darinya adalah bekas kepada orang kuat CM Sarawak. Ya, saya cakap perkara yang benar. Dia rakan kepada hos bengkel itu dan beliau bertanggung jawab dapatkan corporate deal untuk SIC/ahli SIC. Saya rasa, dia ni kalau pergi ke Bank tentu diberi layanan terbaik dan akan terus disambut oleh pengurus bukannya pegawai biasa. Corporate deals biasanya libatkan jutaan ringgit.
Saya berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Tetapi disebabkan saya pernah bekerja di bank antrabangsa dan selalu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, lebih 70% ceramah saya dalam bahasa Inggeris sehingga terpaksa diterjemahkan dalam Mandarin. Untuk tidak membuang masa, saya paksa diri melakukan ceramah dalam B Malaysia sepenuhnya kerana sebagai rakyat Malaysia, semua peserta patutnya boleh berkomunikasi dalam B Malaysia.
Setelah mengetahui tahap pelaburan mereka, saya buat keputusan untuk tekankan bagaimana mahu jadi pelabur hartanah yang berjaya. Pertama perlu mempunyai mindset pelabur hartanah yang betul. Berfikiran positif adalah perkara yang paling utama. Jadi perlu cari cara untuk menjadikan kita berfikiran positif. Kelilingi diri dengan mereka yang berjaya, berfikiran positif dan suka membantu. Bergerak secara kumpulan kerana setiap ahli kumpulan mempunyai kelebihan masing-masing dan boleh memberi bantuan/semangat kepada setiap ahli yang lain. Jadi mereka telah buat keputusan baik kerana menyertai kumpulan pelabur SIC.
Nampaknya mereka kurang pengetahuan am mengenai pelaburan hartanah kerana kurang membaca. Mereka tidak tahu beberapa perkara-perkara terbaru yang disiarkan didalam akhbar. Jadi saya sarankan
kepada mereka agar mula membaca berita-berita pelaburan khasnya hartanah apabila membaca akhbar, majalah atau internet. Jangan hanya baca bahagian sukan dan bincangkan kekalahan/kemenangan pasukan bolasepak Inggeris , MU/Liverpool/Chelsea/Arsenal dan sebagainya. Boleh berbincang tentang sukan, tapi kena beri lebih fokus kepada bahagian bisnes.Beli NST hari Jumaat dan beli STAR hari Sabtu sebab ada pull-out Property.
Selepas lebih 45 minit bercakap mengenai mindset change, barulah saya bercerita dan berkongsi pengalaman perjalanan pelaburan saya. Masa berjalan begitu cepat bila kita 'bersuka-ria' dan akhirnya saya diberikan Kad Kuning untuk bersedia habiskan ceramah dalam masa 5 minit kerana sudah hampir 10.30 pagi, waktu rehat. Para peserta masih memberikan beberapa soalan walaupun masa telah tamat dan KAD MERAH telah diberikan oleh pembantu yang berada dibelakang peserta. Saya beri mereka peluang dan salah satunya saya jawab, mereka kena kenali diri mereka dulu sebelum buat keputusan untuk melabur.Kenali profail diri mereka. Saya suruh mereke pilih satu nombor sahaja; 0 (kosong) 1 (satu) 4 (empat) dan 8 (lapan). Kemudian saya terangkan profail diri mereka mengikut nombor pilihan. Ramai yang terlopong and mengangguk kepala, kerana macam tak percaya itulah profail mereka yang sebenar. Sekarang saya bukan sahaja seorang pelabur, penceramah malah seorang nujum. Hanpir sama seperti nujum Pak Belalang dalam filem P Ramlee cuma cara saya berbeza. Faham tak maksud saya? Memang saya jadi Nujum Pak Belalang buat seketika seperti P Ramlee juga.
Oleh kerana semasa memperkenalkan diri saya ada mengatakan saya juga pelabur emas dan perak maka sebaik tamat sesi ceramah, mereka berkerumun dibelakang meminta kad perniagaan saya dan ramai yang ingin tahu mengenai pelaburan terutama emas dan perak. Jadi saya kongsikan sedaya mungkin dalam masa yang sangat singkat. Sekarang ramai yang ingin memulakan pelaburan perak. Alhamdulillah, semoga rezeki saya semakin luas.
Anda juga mungkin berminat nak tahu RAHSIA saya.
Layari http://terra-nusa.blogspot.com/2011/10/rahsia-akan-didedah.html
mesaro
Sunday, August 15, 2010
Kitaran Harga Hartanah
Ramai yang bertanya saya mengenai kitaran harga hartanah. Mereka merasakan harga hartanah akan jatuh dalam masa terdekat atau paling lama dalam masa 1-3 tahun. Kata mereka 'property buble will burst' dan pada masa itu barulah masa terbaik untuk membeli hartanah.
Saya mempunyai pandangan berbeza. Setelah melalui tiga kemelesetan ekonomi secara langsung, bermula pada 1986, 1997 dan 2007-08, saya membuat kesimpulan kitaran hartanah di Malaysia adalah lebih kurang setiap 10-11 tahun. Pada firasat saya, kemelesetan ekonomi yang akan datang adalah sekitar 2017 - 2019. Buat masa ini, kenaikan hartanah masih lagi diperingkat awal dan kita ada masa untuk membeli hartanah bermutu dan menguntungkan. Walau bagaimana pun kita perlu berhati-hati kerana menurut kajian, kondominium mewah menghadapi masalah over supply. Dalam apa keadaan sekalipun, kita kena buat perkiraan dengan bijak sebelum membeli. Apa yang baik untuk saya mungkin tidak baik untuk anda dan begitu juga sebaliknya.
Jika benar kemelesetan ekonomi akan berlaku pada antara 2017 - 2019, apakah tindakan yang wajar patut kita rancang untuk mengaut keuntungan? Beli hartanah sekarang atau 2-3 tahun lagi?Jenis hartanah mana yang patut dibeli ? Pakej pinjaman apa yang patut diambil? Buat kajian, rancang dan bertindak dengan ilmu, bukan dengan emosi.
Selamat melabur dan semoga berjaya
P.S, Jangan lupa baca komen-komen berkaitan topik ini ya!
Saya mempunyai pandangan berbeza. Setelah melalui tiga kemelesetan ekonomi secara langsung, bermula pada 1986, 1997 dan 2007-08, saya membuat kesimpulan kitaran hartanah di Malaysia adalah lebih kurang setiap 10-11 tahun. Pada firasat saya, kemelesetan ekonomi yang akan datang adalah sekitar 2017 - 2019. Buat masa ini, kenaikan hartanah masih lagi diperingkat awal dan kita ada masa untuk membeli hartanah bermutu dan menguntungkan. Walau bagaimana pun kita perlu berhati-hati kerana menurut kajian, kondominium mewah menghadapi masalah over supply. Dalam apa keadaan sekalipun, kita kena buat perkiraan dengan bijak sebelum membeli. Apa yang baik untuk saya mungkin tidak baik untuk anda dan begitu juga sebaliknya.
Jika benar kemelesetan ekonomi akan berlaku pada antara 2017 - 2019, apakah tindakan yang wajar patut kita rancang untuk mengaut keuntungan? Beli hartanah sekarang atau 2-3 tahun lagi?
Selamat melabur dan semoga berjaya
P.S, Jangan lupa baca komen-komen berkaitan topik ini ya!
Sunday, April 25, 2010
Beli Rumah Dengan Pinjaman Bank Atau Duit Simpanan?
Jika anda ada duit simpanan $100,000, patut kah anda beli rumah berharga $100,000 dengan duit tersebut?
Jawapannya: Ya dan Tidak, bergantung kepada tujuan pembelian rumah tersebut.
Jika beli untuk pelaburan (bukan untuk kegunaan sendiri) jawapannya TIDAK,. Beli dengan pinjaman bank. Pinjaman bank itu adalah pinjaman BAIK (good loan) kerana ia memberi pulangan pendapatan setiap bulan, pinjaman dibayar oleh penyewa dan faedah pinjaman boleh ditolak dari cukai pendapatan sewa. Anda hanya perlukan menggunakan $10,000 (10% dari harga pembelian) untuk membeli rumah itu dan masih ada baki $90,000. Ia boleh digunakan untuk membeli beberapa rumah lain sebagai pelaburan atau simpan di bank atau sebaiknya bagi bumiputra didalam akaun ASB/ASN/ASD dll. Tapi perlu diingat, pinjaman BAIK juga boleh menjadi pinjaman TIDAK BAIK jika anda salah buat pelaburan.
Saya sarankan anda pilih
rumah dilokasi yang baik, mudah dapat penyewa
harga belian yang bersesuaian dengan kemampuan
pakej pinjaman yang terbaik & tempoh pinjaman maksima
Jika untuk didiami sendiri, jawapannya YA, beli dengan wang sendiri (jika mampu) kerana pinjaman untuk kediaman sendiri adalah pinjaman TIDAK BAIK (bad loan) sebab tiada pulangan pendapatan dan faedah pinjaman tidak boleh ditolak dari cukai pendapatan. Jika mampu, maka digalakkan lunaskan pinjaman rumah kediaman anda yang sediaada secepat mungkin. Anda boleh cagarkannya untuk dapatkan overdraft, dimana ia boleh digunakan sebagai deposit sementara untuk membeli rumah lain sebagai pelaburan.
Ringkasan
1- Apa tujuan membeli rumah
2- Beli dengan wang simpanan (jika mampu) untuk beli rumah sendiri. Kalau tidak, beli dengan pinjaman dan cuba lunaskan pinjaman secepat mungkin
3- Beli rumah untuk pelaburan dengan pinjman bank kerana ada kelebihan;
- penyewa bayarkan pinjaman,
- ada pendapatan bulanan,
- faedah boleh ditolak dari cukai pendapatan
- kemudahan leverage dimana anda hanya bayar 10% dari harga beli

Tuesday, April 13, 2010
Pulangan Pelaburan Hartanah (Return On Investment atau ROI)
Seperti yang saya beritahu dalam posting sebelum ini, pada amnya pulangan pelaburan hartanah yang patut dicapai ialah sekurang-kurangnya 2 kali ganda simpanan tetap (fixed deposit). Sekiranya kadar pulangan simpanan tetap ialah 3%, maka kita perlu mencapai pulangan 6% atau lebih.
Bagaimana Mengira Pulangan Pelaburan (ROI)
Ada beberapa cara untuk mengira ROI. Antara yang paling mudah ialah;
a) ROI#1 = (sewa - caj servis) x 12 / harga belian
b) ROI#2 = (sewa - caj servis) x 12 / (harga belian - pembiayaan bank)
ROI#1 adalah untuk kiraan secara umum yang boleh digunapakai untuk perbandingan pelaburan dilokasi yang berbeza. Sementara ROI#2 lebih bersifat kepada ROI peribadi kerana ia bergantung kepada pelaburan sebenar anda semasa membeli hartanah tersebut.
Mari kita lihat contoh mudah. Katalah anda membeli rumah berharga $120,000 , kadar sewa bulanan ialah $1000 dan caj servis $100 sebulan. Sekiranya anda membayar hanya 10% dan selebihnya $108,000 dibiaya oleh pihak bank maka;
ROI#1 = (1000 - 100) X 12 /120,000) = 9%
ROI#2 = (1000 - 100) X 12 / (120,000 - 108,000) = 90%
Walaupun begitu, saya syorkan agar anda menolak 1 bulan sewa ($1000) untuk anggaran kos selenggara tahunan atau kemungkinan 1 bulan tanpa penyewa.
ROI#3 = (1000 - 100) x 12 - 1000 / (120,000 - 108,000) = 81.67%
Lebih menarik lagi, sekiranya anda menggunakan strategi Zero Money Down semasa pembelian hartanah tersebut. Anda tidak mengeluarkan sesen pun, jadi
ROI#3 = (sewa - caj servis) x 12 - kos selenggara / 0 = infiniti,
kerana apa-apa sahaja yang dibahagikan dengan kosong tak dapat dikira.
Bukankah ia satu pulangan yang sangat baik? Berapakah keuntungan sekiranya anda simpan didalam akaun simpanan tetap? Ataupun bagi yang melabur dalam ASB, mungkin dapat pulangan 7-10%. Keuntungan pelaburan hartanah adalah setanding malah ia lebih baik kerana selain pulangan pelaburan tahunan, ia juga ada peningkatan kapital.
Untuk menilai dan membuat keputusan sesuatu pelaburan, saya gunakan ROI#1 dan ROI#3 sebagai salah satu dari beberapa perkara utama. Anda boleh gunakan apa cara sekali pun asalkan ia memberi pulangan yang baik.

Monday, April 12, 2010
Lokasi Mana Yang Baik?
Lokasi hartanah yang dipilih adalah satu perkara penting yang tidak boleh diambil mudah. Jadi kebiasaanya ada yang mengatakan 3 perkara yang paling penting dalam pelaburan hartanah ialah "lokasi, lokasi dan lokasi". Ya, memang tak dapat dinafikan bahawa lokasi merupakan perkara penting tetapi ia tak semestinya menjadi yang terpenting hingga digandakan 2 kali. Pada pandangan saya sepatutnya "lokasi, masa (timing) dan harga" kerana ketiga-tiga gabungan faktor ini menyumbang kepada perkara objektif - samada kita dapat pulangan baik dan aliran tunai yang positif.
Adakah kawasan yang jalannya sesak tidak baik untuk pelaburan? Kita akan bincangkan diposting akan datang.
Sekali lagi persoalan lokasi juga bergantung kepada pelan pelaburan anda. Adakah anda ingin melabur dalam pangsapuri mewah atau pangsapuri/apartment sederhana atau flat. Siapakah yang akan menyewa di unit-unit anda dan bolehkah anda mengawal (handle) penyewa sebegitu? Contohnya, ada ingin membeli flat kos rendah. Siapakah yang biasanya menyewa disitu, apakah mereka mempunyai sumber kewangan kukuh untuk membayar sewa dan bagaiman hendak mengawal situasi sekiranya mereka tidak mahu membayar sewa. Kebiasaannya (maaf jika salah), mereka bekerja kasar dan sudah biasa dengan tekanan. Jadi mugkin anda tidak dapat mengutip sewa dan tidak dapat menghalau mereka keluar. Boleh juga dengan cara kasar. Itu pun kalau anda sanggup buat.
Begitu juga, pangsapuri mewah biasanya diduduki oleh pekerja-pekerja asing atau expatriate. Bagaimana kerenah mereka? Pernah saya dengar seorang wanita kulit putih memanggil tuan rumah untuk datang menukarkan bulb lampu. Banyak hal, tapi untuk menjaga hati penyewa yang membayar sewa beribu-ribu ringgit sebulan, dia dengan berat hati terpaksa pergi tukarkan. Mungkin juga dia kurang bijak sebab kalau saya, ada caranya. Tapi mungkinkah juga beliau ni memang saja mencari peluang untuk berjumpa wanita kulit putih ni. Mungkin juga.
Jadi anda perlu menetapkan jenis hartanah dan kemudian buat kaji selidik lokasi.
Antara lokasi panas ialah berdekatan stesyen LRT, bas, monorel atau KTM. Begitu juga yang berdekatan dengan sekolah terutama sekolah Cina dan antarabangsa.
Lokasi mana pula yang patut di jauhi? Sebelah kubur, sebelah tempat beribadat, pusat hiburan dan sebagainya. Bagi Muslim, bersebelahan Masjid amat baik kearana mudah untuk mengerjakan ibadah berjemaah. Itu kalau mahu duduk sendiri. Sekiranya sebagai pelaburan, kita kena fikirkan mengenai peluang untuk mendapatkan penyewa dari segala bangsa. Bagaimana pula lokasi di simpang tiga atau unit bernombor kurang baik? Ingat, penyewa yang akan duduk, jadi kena cari yang sesuai untuk semua orang yang berbagai bangsa.
Walaupun begitu bukan semua yang saya paparkan itu 100% betul. Semi-D di Berverly Height waktu pelancaran dijual minima $600,000. Tak silap 6 tahun dulu. Mahalkan? Sudahlah begitu berjiran dengan kubur Cina pula. Tapi sambutannya menggalakkan dan fasa baru sedang dalam pembinaan. Harga jualan sub-sale melebihi $1 juta kerana harga fasa baru juga melebihi $1 juta. Kalaulah saya tahu dah tentu melabur 2-3 buah disana dan jual untuk capital appreciation. Jadi, kita ada strategi dan pelan tetapi bukanlah semestinya betul untuk semua perkara.
Selain dari itu banyak lagi faktor-faktor lokasi yang perlu diambil kira seperti arah pintu/tingkap rumah menghala ke utara, selatan, timur & barat. Mengapa ia penting? Perlu banyak membaca untuk dapatkan pengetahuan am termasuklah Feng Shui. Ambil yang baik, logik dan sebagai Muslim, yang tidak bercanggah dengan agama.
Jumpa lagi..

Sunday, April 11, 2010
Strategi Berbeza Pelaburan Rumah Kediaman Dan Komersial
Saya kerap juga menyertai seminar pelaburan kerana kita perlu terus belajar kerana banyak perkara yang berubah mengikut masa. Begitu juga dengan pelaburan hartanah, kita perlu tambah ilmu pengetahuan dan perbetul mana-mana kesilapan.
Untuk pelaburan rumah kediaman, saya memilih untuk aliran tunai positif jadi pilihan sesuai ialah pangsapuri/apartment/flat. Untuk memanfaatkan strategi Zero Money Down (ZMD) & harga dibawah pasaran, beli dari pasaran terbuka (sub-sale) atau lelongan. Semua pembelian dibuat secara perseorangan ataupun bersama pasangan.
Berbeza dengan hartanah komersial. Nampaknya strategi yang sama tidak boleh diguna pakai.
Memang susah untuk memanfaatkan strategi ZMD kerana memang susah untuk mendapatkan harga dibawah pasaran kecuali lelongan. Jadi strategi yang dicadangkan ialah seperti berikut
1- Beli dari developer
2- Kawasan yang baru meningkat dan ada potensi
3- Labur secara kumpulan
4- Must be right the first time

Masa Yang Sesuai Untuk Melabur Dalam Hartanah
Setelah anda kaji jenis hartanah yang sesuai untuk anda perkara seterusnya ialah bila masa yang sesuai untuk melabur. Sebelum itu saya mahu menoleh kebelakang sebentar. Pada 2007 USA mula mengalami masalah ekonomi kerana isu sub-prime. Pada masa itu saya baru sahaja berhenti kerja untuk menumpukan sepenuh masa kepada pelaburan hartanah. Tentulah ia menjadi kejutan buat saya kerana saya selalu dengar frasa "Apabila ekonomi USA bersin, ekonomi dunia demam". Selepas itu beberapa syarikat gergasi gulung tikar atau mana yang bernasib baik diselamatkan oleh kerajaan USA. Diikuti pula dengan negara Iceland menjadi bankrap. Pada masa itu persoalan yang bermain difikiran ialah adakah ia akan menjangkit ke Malaysia dan meranapkan ekonomi kita yang baru sahaja nak bangkit dari kejatuhan ekonomi 1997 (krisis kewangan yang bermula di Thailand pada Ogos 1997).
Memang tak dapat dinafikan sedikit sebanyak ada kesan terhadap ekonomi kita kerana ekonomi dunia saling bergantung antara satu sama lain. Namun ia tidaklah menjadi satu krisis seperti yang dialami pada 1997-1998. Jadi, adakah harga hartanah di Malaysia menerima kesan dari krisis sub-prime USA? Mungkin ada tetapi pada kadar yang sedikit bergantung kepada jenis hartanah. Antara yang menerima kesan ialah pangsapuri mewah dan menara/ruang-ruang pejabat & perniagaan.
Strategi yang saya gunakan ialah membeli pangsapuri & apartment kos sederhana dikawasan yang mudah untuk mendapatkan penyewa. Hartanah jenis ini ada kelebihan kerana dalam kegawatan ekonomi pun orang masih memerlukan tempat tinggal. Mereka yang dulunya tinggal dipangsapuri mewah mungkin terpaksa mencari tempat tinggal baru yang lebih murah. Aha .. mungkinkah pangsapuri & apartment kos sederhana yang mereka cari? Bila ekonomi bertambah baik, mereka yang dulunya hanya mampu duduk di flat mungkin mahu ubah angin. Aha .. sekali lagi, mungkinkah apartment kos sederhana yang mereka cari? Jadi hartanah jenis ini yang berada diperingkat pertengahan menjadi lebih selamat sebagi pelaburan, baik dalam apa jua keadaan ekonomi.
Berbalik kepada persoalan utama, bilakah masa yang sesuai untuk melabur dalam hartanah. Ia bergantung kepada jenis hartanah, kiraan pulangan (ROI - Return of Investment) dan samada ia sesuai dengan pelan & objektif pelaburan. Ingin saya kongsikan untuk faedah bersama. Tetapi ia tidak semestinya sesuai untuk anda.
1- Beli hartanah dengan Zero Money Down (ZMD) atau sekurang-kurang 20-30% dibawah harga pasaran
2- Aliran tunai positif setiap bulan
3- Hartanah yang sentiasa dicari oleh penyewa dalam apa keadaan ekonomi
4- Pulangan pelaburan (ROI*) sekurang-kurangya 2 kali lebih tinggi dari kadar pulangan simpanan tetap
Sekiranya SEMUA perkara di atas dapat dipenuhi, tak kira bila masa, Insyallah saya akan membuat pelaburan. Saya TIDAK akan melabur jika salah satu perkara tidak dipenuhi.
Sebagai contoh, saya membeli sebuah apartment dengan strategi ZMD pada tahun 2008. Alhamdulillah, bukan itu sahaja, saya dapat duit poket ekstra (bukan untuk joli ok) sebanyak $6,000. Bagaimana ini berlaku? Mudah sahaja. Harga jualan $96,000, harga pasaran semasa $128,000 dan pinjaman $102,000. Ada lebihan $6,000. Jadi tak perlulah saya keluarkan wang sendiri untuk kos guaman dan MRTA. Perlu diingat, teknik ini perlu persetujuan penjual dan perlu ada dokumen hitam-putih untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Perkara ke-2 Aliran Tunai Positif juga dipenuhi. Selidik kadar harga sewaan untuk unit yang sama saiz ditempat tersebut (ada cara yang mudah dan efektif) dan kira bayaran ansuran bulanan. Sewa $800, caj servis $95 dan bayaran ansuran pinjaman $600. Congaklah sendiri. Penyewa bayarkan semuanya dan saya ada duit poket. Syukur Alhamdulillah.
Perkara ke-3 Yang ini kena buat kajian sendiri. Saya dapati ramai pelajar menyewa disana dan oleh kerana sewa yang agak rendah, ia mampu disewa berbanding pangsapuri berdekatan yang sewanya melebihi $1000.
Perkara ke-4 Tunggu posting seterusnya bagaimana saya kira ROI
Saya tidak teragak-agak membuat keputusan setelah mendapati kesemua perkara itu dipenuhi. Jadi, secara ringkas, masa yang sesuai untuk melabur dalam hartanah adalah bila-bila sahaja asalkan ia memenuhi strategi, objektif dan pelan pelaburan anda.
Sekiranya anda betul-betul berminat untuk melabur, fikirkan dan tulis strategi, objektif dan pelan pelaburan anda.
Selamat menikmati hujung minggu bersama yang tersayang.

Friday, April 9, 2010
Jenis Hartanah Yang Sesuai Sebagai Pelaburan
Soalan biasa yang diajukan ialah, hartanah jenis mana yang sesuai untuk pelaburan, rumah teres/semi-d/banglo atau condo/apartment/flat? Tiada siapa yang boleh memberi jawapan yang 100% tepat. Kesemuanya sesuai untuk pelaburan tetapi ianya bergantung kepada pilihan individu, objektif & pelan pelaburan.
Tanya diri anda sendiri apakah yang anda mahukan dari pelaburan hartanah, pulangan dari peningkatan kapital ( capital appreciation) atau aliran tunai positif. Pilihan dan pelan pelaburan anda bergantung kepada objektif anda.
Jika peningkatan kapital yang diharapkan pilihan sesuai ialah rumah teres/semi-d/banglo mengikut kemampuan kewangan masing-masing. Sebaliknya jika aliran tunai positif yang diinginkan pilihan yang sesuai ialah condo/apartment/flat.
Bagaimana pula dengan jenis hartanah lain? Tanah pertanian, perindustrian atau pun bagi bukan muslim, mereka boleh melabur dalam lot-lot tanah perkuburan. Saya kurang berminat melabur dalam jenis hartanah ini kerana tempoh pegangan panjang, tiada pulangan sehingga ia dimajukan atau dijual untuk peningkatan kapital dan margin pinjaman yang rendah.
Kapital yang diperlukan untuk pelaburan hartanah komersial seperti rumah kedai atau lot-lot kedai di pasaraya lebih tinggi. Margin pinjaman paling tinggi biasanya hanya 80% (untuk kegunaan sendiri. Mungkin maksima 70% untuk pelaburan) manakala tempoh pinjaman maksima hanya 20 tahun. Tetapi sekiranya pelaburan dibuat dengan baik, kedua-dua objektif dapat dicapai; aliran tunai positif dan peningkatan kapital. Wow 2-in-1! Alangkah bagus kalau kita dapat membuat pelaburan dalam hartanah jenis kommersial.
Pada penghujung 2009 saya ada membuat tawaran untuk membeli kedai-pejabat (shop office) tetapi urusan jual beli terbantut. Bagus juga tak jadi kerana sekarang saya dapat tawaran harga yang lebih baik dilokasi sama dan cuma 3 pintu jaraknya dari sebelum ini. Membuat pelaburan hartanah perlu dilakukan dengan sabar, tanpa mengikut emosi, ego dan yang paling penting kaji samada ia boleh memenuhi objektif & pelan pelaburan anda. Jika tidak, walaupun harganya murah, jangan nak mengada-ngada membuat pelaburan.
Sekarang saya perlu lebih kreatif untuk mendapatkan seed capital dan pinjaman kerana saya telah mempunyai pinjaman rumah yang banyak, melebihi $1.5m. Apa yang akan anda lakukan sekiranya anda berada ditempat saya. Saya ada rancangan, tapi tunggu dulu sehingga berjaya sebelum saya hebahkan untuk makluman semua. Doakan semoga rancangan saya berjaya.
Semoga anda dapat sedikit tips. Selamat melabur.
Adakah anda berminat untuk mulakan pelaburan hartanah? Hartanah mampu sediakan pendapatan pasif untuk persaraan kelak. Jadi saya cadangkan anda segera mulakan pelaburan hartanah. Tetapi kenalah ada ilmu yang betul sebelum melabur. Jika tidak, kesannya amat besar dan lama, bertahun-tahun. Mungkin boleh jadi seorang bangkrap. Jadi layari www.seminar-terra-nusa.blogspot.com untuk belajar merancang persaraan menggunakan hartanah sebagai instrumen pelaburan.
Anda ada cadangan atau komen. Kongsi dengan saya. Terima kasih

Mengapa Melabur Dalam Hartanah Dan Apa Kelebihannya?
Antara beberapa sebab mengapa kita perlu melabur dalam hartanah.
Bekalan Terhad
Tanah adalah sesuatu yang tidak boleh ditambah kerana ia terhad. Bangunan yang dibina atas tanah dikawasan yang popular & 'panas' sentiasa menjadi rebutan ramai.
Keperluan Asas
Seperti pakaian, makanan dan minuman, manusia memerlukan tempat tinggal. Ia adalah satu keperluan asas yang tak dapat dielakkan. Ada juga hartanah yang bukan keperluan asas seperti rumah percutian bagi mereka yang mampu
Bekalan & Permintaan
Mengikut peraturan alam, harga ditentukan oleh bekalan & permintaan. Oleh kerana jumlah manusia bertambah setiap saat, jadi permintaan untuk tempat kediaman & premis perniagaan juga akan meningkat sementara bekalan adalah terhad maka harga hartanah akan sentiasa naik
Inflasi
Hartanah menjadi penampan kepada inflasi kerana harganya turut meningkat setara dengan inflasi, malah adakalanya pada kadar yang lebih tinggi.
Peningkatan Kapital / Capital Appreciation
Ada jenis hartanah yang memberikan pulangan kapital yang tinggi tapi kadar sewanya rendah dan sebaliknya pulangan kapital sederhana dengan kadar sewa yang tinggi. Jenis hartanah yang mana ya?
Mudah Dapat Pinjaman
Bank berebut-rebut menawarkan pelbagai pakej pinjaman. Tepuk dada tanya selera. Malah pegawai pinjaman sentiasa bersedia datang bertemu anda mengikut kesesuaian masa anda & ditempat anda. Pilih sahaja pakej yang paling sesuai. Namun berhati-hati, kerana yang memberi kadar murah tak semestinya yang terbaik.
Pinjaman Baik / Sihat
Pinjaman yang anda ambil untuk membeli hartanah adalah pinjaman baik (good loan) kerana sepanjang tempoh pinjaman, anda dapat pendapatan pasif, harga hartanah meningkat sementara jumlah pinjaman berkurangan. Jika anda beli barang mewah ( katalah kereta Mercedes Benz atau BMW) yang sama harga dengan pinjaman, tiada pendapatan malah kena keluar wang untuk selenggara manakala harga kereta akan turun tahun demi tahun. Jadi, biarlah mereka dengan barang mewah, kita labur dalam hartanah
Pinjaman Maksima 100-110%
Percayakah anda boleh mendapat bukan 90% tetapi sehingga 100-110% dari harga belian? Bukan sahaja anda membeli rumah dengan pinjaman malah anda dapat extra iaitu pinjaman peribadi pada kadar pinjaman perumahan. Pada kebiasaannya kadar pinjaman perumahan lebih rendah dari pinjaman peribadi. Boleh joli! Anda perlu ada displin, gunakan wang itu sebagai deposit untuk membeli hartanah seterusnya.
Sesetengah pakej pinjaman memasukkan insuran (MLTA/MRTA) kedalam pinjaman perumahan. Tak perlu keluar duit sendiri.
Pakej Pinjaman Kos Percuma
Oleh kerana bank beria-ia nak bagi pinjaman, mereka mencipta pakej sedemikian rupa untuk membayar kos guaman dan penilaian hartanah. Tapi kadar keuntungan yang dikenakan mungkin sedikit tinggi.
Tempoh Pinjaman Yang Panjang
Ada Bank yang memberi pinjaman sehingga usia 75 tahun atau tempoh pinjaman 30 tahun. Tempoh pinjaman yang panjang bermakna bayaran ansuran bulanan juga rendah.
Penyewa Bantu Bayar Pinjaman
Anda tak perlu bayar pinjaman dan servis caj kerana jika pelaburan dibuat dengan cara yang betul, duit sewa sepatutnya melebihi bayaran pinjaman dan servs caj. Bukankah penyewa yang bayarkan pinjaman anda?
Pendapatan Pasif
Pendapatan ini adalah yang sebenarnya patut dicari oleh pelabur iaitu jumlah bersih setiap bulan setelah menolak bayaran pinjaman dan servis caj dari sewa.
Tiada Kawalan Tertentu Atas Pasaran
Biasanya tentu kita akan rasa takut sekiranya tiada kawalan terhadap sesuatu. Sebagai contoh, pasaran saham kita dikawalselia oleh Bursa Malaysia dan mereka menentukan samada saham syarikat boleh diterbitkan untuk pasaran dan ada kalanya menggantung saham syarikat yang melambung secara melulu.
Tetapi inilah kelebihan pasaran hartanah walaupun pada amnya seperti satu perkara yang negatif. Tiada satu badan rasmi yang mengawal harga hartanah (kecuali- hartanah kos rendah atau Projek Perumahan Rakyat). Harga hartanah ditentukan oleh bekalan dan permintaan.
Pasaran Hartanah Tertutup
Negatif lagi? Jangan gusar. Sebenarnya ia adalah satu lagi kelebihan pelaburan hartanah. Pasaran saham adalah merupakan satu pasaran terbuka dimana harga saham-saham syarikat boleh diketahui oleh semua kerana ia disiarkan kepada umum. Katalah harga saham Maybank pada hari Jumaat 9Apr10 jam 10:09pagi di jual pada harga $10, semua bakal pembeli tahu harganya $10. Sebaliknya harga rumah di taman perumahan anda pada hari dan waktu yang sama tidak diketahui. And mungkin rasa harganya $300K kerana telah membuat ubahsuai. Jiran anda juga rasa rumahnya berharga $300K walaupun beliau tidak membuat sebarang ubahsuai. Pembeli pula merasakan harga patut rumah jiran itu adalah $250K. Jadi tiada siapa yang menetapkan harga pasaran semasa. Jual beli akan berlaku bila ada persetujuan diantara penjual dan pembeli. Harga pasaran yang dibuat oleh penilai harta cumalah sebagai kayu ukur untuk pihak bank. Ia dibuat mengikut sejarah penjualan hartanah dikawasan sekitar.
Peluang membeli bawah harga pasaran
Penjual tidak semestinya tahu harga pasaran atau sejarah harga jualan. Sedangkan anda telah membuat kajiselidik selama bebarapa bulan mengenai kawasan perumahan tersebut kerana anda yakin boleh mendapat penyewa dengan mudah. Atau pun anda boleh beli hartanah lelong dengan harga teramat murah berbanding harga pasaran. Perkara ini tidak berlaku dalam pasaran saham atau saham amanah.
Adakah anda berminat untuk mulakan pelaburan hartanah? Hartanah mampu sediakan pendapatan pasif untuk persaraan kelak. Jadi saya cadangkan anda segera mulakan pelaburan hartanah. Tetapi kenalah ada ilmu yang betul sebelum melabur. Jika tidak, kesannya amat besar dan lama, bertahun-tahun. Mungkin boleh jadi seorang bangkrap.
Hj Esa

Thursday, April 8, 2010
Jadikan Hartanah Sebagai Sebahagian Dari Portfolio Pelaburan Anda
Ramai pelabur-pelabur yang berjaya, menjadikan hartanah sebahagian dari porfolio pelaburan mereka selain simpanan tetap, saham, unit amanah, REITS, logam berharga seperti emas & perak dan pelbagai instrumen pelaburan yang lain.
Antara jenis hartanah adalah:-
1- Tanah pertanian, perindustrian, perumahan, perkuburan
2- Rumah - rumah kos rendah, sederhana, teres, berkembar, banglo, flat, apartment, servis apartment,pangsapuri
3- Kommersial - kedai, rumah/apartment kedai, lot perniagaan dikompleks beli-belah, kilang, gudang
Mengapa anda perlu melabur dalam hartanah?
Apa kelebihan pelaburan hartanah?
Jenis hartanah apa yang sesuai untuk anda?
Bila masa yang sesuai untuk melabur?
Lokasi mana yang baik?
Apakah pulangannya setimpal?
Adakah anda sudah cukup ilmu untuk menceburkan diri dalam bidang ini?
Ini adalah antara soalan-soalan yang perlu anda jawab atau cari jawaban sebelum membuat pelaburan dalam bidang hartanah. Ini adalah kerana pelaburan hartanah boleh membantu anda menambah pendapatan dan pulangan jangka panjang yang amat baik atau ia akan 'membunuh' anda.

Subscribe to:
Posts (Atom)