Showing posts with label Financial Success. Show all posts
Showing posts with label Financial Success. Show all posts

Saturday, November 7, 2015

Tip Pelaburan Hartanah Untuk Yang Baru Belajar

Orang beli rumah, kita pun nak beli. Kita ikut-ikut sahaja sebab ramai orang beli rumah. Takut ketinggalan bas, kita pun ikut beli rumah. Orang beli rumah berpuluh buah, kita pun tak nak kalah. Mesti nak ada berpuluh buah rumah. Barulah nanti bila bersembang, orang pandang kita sikit. Kalau setakat sebuah dua, ramai yang ada. Jadi kalau kita ada sepuluh dua buah puluh buah rumah, baru orang hormat kita.


Wednesday, August 12, 2015

Kitaran Ekonomi


Semalam 11 Ogos 2015, China telah menurunkan nilai matawang Renminbi berbanding USD. Kesannya matawang negara-negara Asia turun sama terjejas. Saham-saham di BSKL juga turut mendapat tempias. China menurunkan nilai matawangnya untuk dapat kelebihan perdagangan dengan negara-negara lain terutama USA dan negara-negara barat. Malaysia yang kena tempias pun mungkin dapat kelebihan kerana boleh bantu imbang kedudukan Balance of Payment (BOP) negara terutama jika kita ada lebihan eksports. Para pelancong pun mungkin memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan. Ini akan bantu ekonomi di sektor pelancongan. Tetapi kos imports kita meningkat. Kita elakkan beli barangan imports terutama barangan mewah. Beli barang imports yang betul-betul kita perlu sahaja. Kita mulakan kempen, beli barangan Malaysia. Jadi kita tidak terkesan sangat dengan kejatuhan ringgit.

Saturday, August 1, 2015

Kelas-Kelas Aset

Salam sejahtera,


Kelas-kelas aset merujuk kepada beberapa bentuk aset yang dihimpunkan dalam beberapa kategori mengikut risiko dan pulangan. Dan setiap kelas ada sub-kelas masing-masing. Sila rujuk kepada Asset Classes untuk maklumat lanjut.

Sunday, January 8, 2012

Kad Kredit : Banyak Kebaikan Dari Keburukan #2

sambungan dari kad kredit: banyak kebaikan dari keburukan #1                 

Walau pun cuma sedikit  pembaca yang minta saya kongsikan rahsia, tetapi sebenarnya ramai  yang baca posting ini. Mungkin mereka berminat nak tahu tapi segan untuk memberi komen 'kongsikan rahsia' diblog saya atau mereka ada cara mereka sendiri yang lebih baik. Apa pun, memandangkan rahsia ini sangat bermanfaat dan berfaedah untuk semua, saya dengan rendah hati ingin kongsikannya. Ia melibatkan penggunaan kad kredit untuk buat cash refinancing dan seterusnya memanipulsainya untuk dapatkan pinjaman tanpa faedah (dengan terma dan syarat). Jika anda tak berminat, anda tak perlu terus membaca.



Seperti yang saya nyatakan dalam posting terdahulu iaitu kad kredit: banyak kebaikan dari keburukan #1, sebenarnya ada beberapa lagi kebaikan dan faedah kad kredit. Jangan terperanjat kerana saya berani katakan bahawa kad kredit boleh bantu kita;





  • bayar hutang kad kredit
  • Pernahkah anda dengar lagu Salleh Yaakob (a.k.a Abang Jem)  mengenai cara untuk selesaikan hutang? Cuba dengar lagu beliau Gali Lubang Tutup Lubang. Teknik yang lebih kurang sama boleh kita gunakan, tapi lebih baik.

    Bagaimana pula hutang kad kredit boleh bantu bayar hutang kad kredit? Mudah, jika anda ada kad kredit yang masih ada baki belum guna, anda boleh buat hutang dari kad kredit itu dan bayar hutang kad kredit yang lain. Menggunakan teknik tertentu, anda tak perlu bayar faedah.






  • bayar deposit pembelian rumah (No Money Down)Tidak mustahil untuk dapatkan pinjaman rumah 100% guna teknik NoMoDo.  Biasanya, mereka tukar SPA kepada harga lebih tinggi dari harga belian sebenar dan ambil 90% pinjaman dari harga SPA. 
    Sekarang tak perlu buat begitu. Tak perlu tukar harga belian dalam SPA. Tak perlu bayar caj peguam dan caj duti setem lebih tinggi. Sekerang anda boleh gunakan kredit kad untuk bayar 10%-30%  baki harga belian rumah itu, tanpa sebarang faedah.
  • kurangkan bayaran faedah dan pendekkan tempoh pinjaman rumah
    Kenapa kita perlu bayar faedah yang banyak dan kayakan bank? Kenapa tidak gunakan wang dari kad kredit untuk bayar pinjaman rumah flexi kita agar kurang bayar faedah dan selesai bayar lebih awal?

    Caranya, anda ambil pinjaman perumahan flexi, pinjam duit kad kredit (tanpa faedah) dan bayar pinjaman rumah anda. Anda boleh kurangkan bayaran faedah sehingga 90% dan pendekkan tempoh pinjaman.
  • jana pendapatan tambahan
  • Anda seorang pelabur bijak? Ya, kita juga boleh jana pendapatan dengan pinjaman tanpa faedah kad kredit , dan laburkan dalam pelbagai instrumen pelaburan seperti saham, unit amanah (ASW, AS2020, ASB), simpanan tetap mahu pun pelaburan emas dan perak. 

    Pinjaman Tanpa Faedah - Cara Biasa
    Kita boleh ambil wang dari kad kredit guna 'cash advance'. Namun jangan lupa bahawa transaksi cash advance dikenakan caj 3-4% dari amaun yang dikeluarkan  atau $50 (atau mana-mana caj yang lebih tinggi). Ia juga dikenakan caj faedah setinggi 1.5% sebulan atau 18% setahun. Bagaimana pula saya kata ia membantu sedangkan faedah yang dikenakan lebih tinggi dari kadar faedah pinjaman rumah (BLR - x.x%) dan bukan mudah untuk buat pelaburan yang memberi pulangan melebihi 18% setahun. Jadi bagaimana caranya?

    Cara paling mudah yang biasa digunakan oleh kebanyakan orang ialah dengan mengambil 'cash advance' kemudian buat 'Balance Transfer' kepada kad kredit lain dan seterusnya gunakan 'Easy Payment Program' untuk bayar pinjaman kad kredit selama 12 bulan. Tiada faedah dikenakan dengan syarat mereka bayar kad kredit 100% setiap bulan. Jadi, bukankah itu satu pinjaman tanpa faedah?

    Pinjaman Tanpa Faedah - Cara Luar Biasa

    Sekarang tentu anda percaya bahawa kita boleh dapatkan pinjaman tanpa faedah.Tapi itu cara biasa, untuk orang biasa. Sebagai seorang pelabur yang bijak, kita perlu cara yang lebih baik dari cara yang saya nyatakan diatas.Dengan cara biasa, EPP hanya boleh dibuat untuk jangkamasa 12 - 36 bulan,  bergantung kepada terma dan syarat. Lagi pun, menggunakan cara diatas, kita masih perlu ambil insuran untuk lindungi hutang yang kita buat. Jika tidak, waris kita akan menanggung beban sekiranya terjadi sesuatu perkara buruk kepada kita. Apa kata anda sekiranya anda ditawarkan dengan kemudahan EPP selama 120 bulan dan hutang kad kredit anda dilindungi insuran secara automatik? LUAR BIASA kan?

    Hj Esa @ m.esa.ro


    Kad Kredit : Banyak Kebaikan Dari Keburukan #1

    Biar apa orang nak kata tapi saya suka kad kredit. Anda bagaimana?


    Selalunya kad kredit dikaitkan dengan pelbagai cerita buruk seperti hutang bertimbun, perbelanjaan tidak terkawal, pembelian barang yang tidak diperlukan, pembaziran dan banyak lagi perkara yang negatif. Semua perkara yang disenaraikan memang ada kebenarannya. Ramai orang terjebak dengan hutang kad kredit kerana tersilap langkah membuat belian tidak dirancang (impulse buying), sifat suka berbelanja ikut nafsu, tanpa kawalan dan sebagainya.


    Sebenarnya kad kredit ada lebih banyak kebaikan dan faedah jika kita tahu mengambil kesempatan yang disediakan. Bagi saya peluang untuk berkongsi kebaikan dan faedah kad kredit;

    Thursday, October 20, 2011

    3 Fasa Pasaran Panas (Bull Market)

    Manusia dijadikan berbagai bangsa, bentuk dan rupa. Kita juga mempunyai bahasa yang berbeza tetapi kita mempunyai satu persamaan. Apakah dia? Untuk fahaminya, sila lihat graf yang menunjukkan persamaan antara kita. Lihat, perhati dan buat rumusan mengenai persamaan kita sebagai manusia. Ambil sedikit masa dan janganlah menipu diri dengan melihat jawapannya dibawah. TST sudahlah.. apa dia TST?

    Monday, October 17, 2011

    Dikenakan Kad Merah Kerana Lebih Masa





    Salam sejahtera,

     Saya nak update mengenai ceramah yang saya berikan kepada peserta bengkel SMART Investor Club (SIC) di Cititel Mid Valley pada 16Okt11. Memang saya tak perlu risau langsung kerana ia berjalan dengan sangat lancar. Sebab utama kerana saya sudah ada mindest yang betul. Saya sudah fikirkan siapakah yang bakal mendengar ceramah saya dan apa yang patut dan tak patut saya bincangkan.




    Percaya atau tidak, saya hanya perlukan 5 minit sahaja untuk menyediakan rangka utama (main points) ceramah saya sedangkan semalam saya tak lena tidur memikirkannya. Memang mudah kerana apa yang perlu saya kongsi ialah mengenai pengalaman saya sendiri dan bagaimana saya boleh meninggalkan alam makan gaji hanya selepas 2 tahun memulakan pelaburan hartanah secara serious. Oleh kerana ia pengalaman sendiri, ia boleh saya kongsi secara mudah dari hati saya. Jika seseorang nak kongsi pengalaman kejayaan orang lain, dia susah sikit nak kongsi secara ikhlas dan passionate. Tidak dalam kes saya kerana semuanya pengalaman saya sendiri.


    Perkara pertama adalah berkenalan dengan mereka dan ketahui tahap pelaburan merka. Barulah kita boleh kongsi mengikut kesesuaian peserta yang ada. Ada yang masih baru, belum membeli dan ada yang telah beli lebih dari 10 buah hartanah. Jadi saya harus fikir dengan cepat topik-topik yang sesuai untuk mereka yang baru belajar dan yang telah berpengalaman. Tidak terlalu basic untuk yang berpengalaman dan tidak terlalu complicated masih baru.


    Anda juga mungkin berminat nak tahu RAHSIA saya.
    Layari http://terra-nusa.blogspot.com/2011/10/rahsia-akan-didedah.html


    Memang betul sangkaan saya. Ada beberapa orang yang betul-betul kaya dikalangan peserta dan pemerhati. Salah seorang darinya adalah bekas kepada orang kuat CM Sarawak. Ya, saya cakap perkara yang benar. Dia rakan kepada hos bengkel itu dan beliau bertanggung jawab dapatkan corporate deal untuk SIC/ahli SIC. Saya rasa, dia ni kalau pergi ke Bank tentu diberi layanan terbaik dan akan terus disambut oleh pengurus bukannya pegawai biasa. Corporate deals biasanya libatkan jutaan ringgit.

    Saya berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Tetapi disebabkan saya pernah bekerja di bank antrabangsa dan selalu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, lebih 70% ceramah saya dalam bahasa Inggeris sehingga terpaksa diterjemahkan dalam Mandarin. Untuk tidak membuang masa, saya paksa diri melakukan ceramah dalam B Malaysia sepenuhnya kerana sebagai rakyat Malaysia, semua peserta patutnya boleh berkomunikasi dalam B Malaysia.

    Setelah mengetahui tahap pelaburan mereka, saya buat keputusan untuk tekankan  bagaimana mahu jadi pelabur hartanah yang berjaya. Pertama perlu mempunyai mindset pelabur hartanah yang betul. Berfikiran positif adalah perkara yang paling utama. Jadi perlu cari cara untuk menjadikan kita berfikiran positif. Kelilingi diri dengan mereka yang berjaya, berfikiran positif dan suka membantu. Bergerak secara kumpulan kerana setiap ahli kumpulan mempunyai kelebihan masing-masing dan boleh memberi bantuan/semangat kepada setiap ahli yang lain. Jadi mereka telah buat keputusan baik kerana menyertai kumpulan pelabur SIC.

    Nampaknya mereka kurang pengetahuan am mengenai pelaburan hartanah kerana kurang membaca. Mereka tidak tahu beberapa perkara-perkara terbaru yang disiarkan didalam akhbar. Jadi saya sarankan
    kepada mereka agar mula membaca berita-berita pelaburan khasnya hartanah apabila membaca akhbar, majalah atau internet. Jangan hanya baca bahagian sukan dan bincangkan kekalahan/kemenangan pasukan bolasepak Inggeris , MU/Liverpool/Chelsea/Arsenal dan sebagainya. Boleh berbincang tentang sukan, tapi kena beri lebih fokus kepada bahagian bisnes.Beli NST hari Jumaat dan beli STAR hari Sabtu sebab ada pull-out Property.

    Selepas lebih 45 minit bercakap mengenai mindset change, barulah saya bercerita dan berkongsi pengalaman perjalanan pelaburan saya. Masa berjalan begitu cepat bila kita 'bersuka-ria' dan akhirnya saya diberikan Kad Kuning untuk bersedia habiskan ceramah dalam masa 5 minit kerana sudah hampir 10.30 pagi, waktu rehat. Para peserta masih memberikan beberapa soalan walaupun masa telah tamat dan KAD MERAH telah diberikan oleh pembantu yang berada dibelakang peserta. Saya beri mereka  peluang dan salah satunya saya jawab, mereka kena kenali diri mereka dulu sebelum buat keputusan untuk melabur.Kenali profail diri mereka. Saya suruh mereke pilih satu nombor sahaja; 0 (kosong) 1 (satu) 4 (empat) dan 8 (lapan). Kemudian saya terangkan profail diri mereka mengikut nombor pilihan. Ramai yang terlopong and mengangguk kepala, kerana macam tak percaya itulah profail mereka yang sebenar. Sekarang saya bukan sahaja seorang pelabur, penceramah malah seorang nujum. Hanpir sama seperti nujum Pak Belalang dalam filem P Ramlee cuma cara saya berbeza. Faham tak maksud saya? Memang saya jadi Nujum Pak Belalang buat seketika seperti P Ramlee juga.



    Oleh kerana semasa memperkenalkan diri saya ada mengatakan saya juga pelabur emas dan perak maka sebaik tamat sesi ceramah, mereka berkerumun dibelakang meminta kad perniagaan saya dan ramai yang ingin tahu mengenai pelaburan terutama emas dan perak. Jadi saya kongsikan sedaya mungkin dalam masa yang sangat singkat. Sekarang ramai yang ingin memulakan pelaburan perak. Alhamdulillah, semoga rezeki saya semakin luas.



    Anda juga mungkin berminat nak tahu RAHSIA saya.
    Layari http://terra-nusa.blogspot.com/2011/10/rahsia-akan-didedah.html




    mesaro










    Sunday, August 15, 2010

    Kitaran Harga Hartanah

    Ramai yang bertanya saya mengenai kitaran harga hartanah. Mereka merasakan harga hartanah akan jatuh dalam masa terdekat atau paling lama dalam masa 1-3 tahun. Kata mereka 'property buble will burst' dan pada masa itu barulah masa terbaik untuk membeli hartanah.

    Saya mempunyai pandangan berbeza. Setelah melalui tiga kemelesetan ekonomi secara langsung, bermula pada 1986, 1997 dan 2007-08, saya membuat kesimpulan kitaran hartanah di Malaysia adalah lebih kurang setiap 10-11 tahun. Pada firasat saya, kemelesetan ekonomi yang akan datang adalah sekitar 2017 - 2019. Buat masa ini, kenaikan hartanah masih lagi diperingkat awal dan kita ada masa untuk membeli hartanah bermutu dan menguntungkan. Walau bagaimana pun kita perlu berhati-hati kerana menurut kajian, kondominium mewah menghadapi masalah over supply. Dalam apa keadaan sekalipun, kita kena buat perkiraan dengan bijak sebelum membeli. Apa yang baik untuk saya mungkin tidak baik untuk anda dan begitu juga sebaliknya.

    Jika benar kemelesetan ekonomi akan berlaku pada antara 2017 - 2019, apakah tindakan yang wajar patut kita rancang untuk mengaut keuntungan? Beli hartanah sekarang atau 2-3 tahun lagi? Jenis hartanah mana yang patut dibeli? Pakej pinjaman apa yang patut diambil? Buat kajian, rancang dan bertindak dengan ilmu, bukan dengan emosi.

    Selamat melabur dan semoga berjaya

    P.S, Jangan lupa baca komen-komen berkaitan topik ini ya!