Blog No 3-2020 3.45am 11 Okt 2020
Blog ini ditulis untuk rujukan anak-anak saya yang kini akan memasuki alam pekerjaan.. Tulisan ini adalah pandangan dan cadangan saya kepada anak-anak saya sebagai satu cara perkongsian pengalaman sendiri atau rakan-rakan terdekat. Mungkin ia juga boleh jadi rujukan kepada anak-anak anda, Kalau ada komen positif, sila tulis. Jika ada yang negatif, simpan sendiri ya
Anak-anakku,
Selepas gagal beberapa temuduga akhirnya pada hari jadi, dad terima telegram ringkas minta lapor diri esok. Waktu tu dah pukul 2 petang. Pening juga sebab bukan mudah nak ke KL dari kampung. Perlu naik bas ke Muar atau Batu Pahat untuk ambil bas ekspress ke KL. Di KL dulu dad tumpang rumah Tok Su, emak kepada Khairul Chamili bila ada temuduga yang perlu dihadiri. Rumah Tok Su di Kg Klang Gate kecil dan anak-anak rmaai, jadi macam tak sesuai untuk ganggu mereka. Nasib baik terjumpa dengan Abang Dawar, suami kak Midah. Beliau beri alamat rumah anaknya, Din di kampung baru.
Maka sebelum bas terakhir ke Muar jam 6 petang, dad bersiap, bawa apa yang ada, ambil bas ke Muar untuk ambil bas ekspress ke KL. Sampai di Muar, cuma ada tiket pukul 11 malam. Terpaksalah ambil apa sahaja yang ada kerana terdesak. Sebenarnya bagus kerana boleh tidur sepanjang perjalanan malam. Sampai di KL pada waktu subuh. Sebagai orang baru di KL, dad tidak tahu mode trasnport yang terbaik untuk ke Kampung Baru. Pemandu2 teksi yang ada semuanya macam tak berminat untuk ambil penumpang ke kampung baru. Akhirnya, ada seorang pemandu yang setuju hantar dad ke Kg Baru dengan bayaran RM20. Memang lintah darat pemandu2 yang bersidai diluar Perhentian Pudu Raya ni.
Bermulalah episod alam pekerjaan di sebuah bank antarabangsa sebagai programmer dengan gaji permulaan RM1200 sahaja, pada 16 Mei 1986. Bekerjalah di bank tersebut sehingga ke jawatan terakhir sebagai Manager Regional System Development and Support, dan letak jawatan pada 09.08.07. Satu tempoh yang lama iaitu selama lebih 21 tahun. Dad rasa amat beruntung dan bersyukur kerana dapat pekerjaan dalam keadaan ekonomi yang gawat. Ramai kawan2 yang baru lulus universiti tiada pekerjaan atau diambil bekerja oleh penganjur sebagai intern dengan gaji RM600 sebulan
Apa yang dad nak sampaikan disini ialah pada masa lalu, dad dan adik-beradik dad terpaksa lalui sendiri, redah sendiri tanpa bantuan atok atau nenek. Sudah tentu mereka bantu tapi dengan cara lain seperti doakan kejayaan anak mereka. Mereka tak ada kereta nak hantar dad ke KL untuk temuduga / kerja. Jadi biasanya akan datang KL sehari lebih awal, cari bas mana ke lokasi tujuan. Tanyalah sesiapa yang ada untuk bantu. Rekodkan masa perjalanan ketemat tujuan agar boleh rancang perjalanan sebenarnya esok. Rumah atok tak ada kemudahan telefon. Suratkhabar Inggeris terpaksa ditempah. Dalam pada pelbagai kekurangan itu, dad masih boleh berusaha untuk cari kerja. Moga2 anak-anak dad tidak terlalu bergantung kepada mum dan dad untuk mencari pekerjaan. Masa dah berubah, kini teknologi moden boleh bantu cari kerja dihujung jari. Cuma yang paling penting ialah untuk 'menjual diri" kepada bakal majikan semasa temuduga.
Kedua, dad berikan sejumlah besar gaji pertama dad kepada nenek. Apa lah sangat jika dibandingkan pengorbanan nenek membesarkan dad. Setiap bulan dad pastikan beri sedikit wang kepada nenek, Beliau tak perlukan kerana ada hasil dari kebun peninggalan atok tapi beri sahaja kerana beliau akan doakan kesihatan baik dan rezeki yang barokah. Begitulah juga, harapan dad agar anak-anak dad tak lupakan mummy nanti, Berilah sebahagian besar gaji pertama kepada mummy dan juga sedikit wang setiap bulan. Dad tak ada hal, tak perlukan wang anak2. Tapi janganlah pula menyusahkan dad dengan hal kewangan sebab ia mungkin akan rosakkan perancangan persaraan dad dan mum.
Tiada Alasan, Kalau Hendak Seribu Daya
Sekian.
Dad akan sambung lagi jika diizinkan Allah swt