Wednesday, October 24, 2018

Bersara Dengan RM1juta Wang KWSP

Memang sudah lama benar saya tak menulis berkaitan pelaburan kerana saya dah berhenti melabur secara aktif. Kali terakhir membeli saham di Bursa KL pada 2014 dan kali terakhir beli rumah lelong pada 2012. Kini saya lebih suka mengkaji perkara berkaitan perkembangan teknologi seperti topik2 yang berkisar tentang Blockchain, AI, IR4.0, Disruptive Technology dan Digital Marketing.

Namun baru-baru ini saya dikejutkan dengan soalan mengenai bagaimana nak pastikan kelangsungan hidup selepas bersara pada umur 55 tahun dengan simpanan RM1juta dalam akaun KWSP. Jika pesara adalah penjawat awam, mereka berkemungkinan besar dapat pencen sehingga 55% dari gaji akhir mereka. Bagi pekerja sektor awam, bersara bermakna tiada lagi punca pendapatan. Jika suatu masa dulu RM1juta dianggap besar, kini tidak lagi. Jika perbelanjaan kita RM5,000 sebulan dan tidak buat sebarang pekerjaan yang jana pendapatan, dalam masa 16+ tahun kesemua RM1juta akan habis digunakan. Pada masa itu kita baru berumur 71 tahun. Kemungkinan besar kita masih sihat dan hidup adalah agak besar kerana araf kemudahan kesihatan semakin baik. Masalah besar yang dihadapi ialah tiada lagi sumber wang untuk meneruskan kelangsungan hidup. Apa makna hidup jika tiada wang? Adakah kita harus harapkan belas ihsan dari anak-anak? Mungkin ada yang sudi bantu tapi kita perlu ingat bahawa tidak semua anak akan bantu kita dihari tua kelak. Jika ada, alhamdulillah, anda telah berjaya didik anak yang soleh/solehah

Saya melihat ayah saya (siapa ayah saya, dia bukan YB tau, dia juga tak sekolah tinggi) yang ada wawasan. Beliau tidak pernah duduk bersama saya terangkan perancangan hidup beliau tapi saya faham kenapa dia menyimpan duit dan kerap membeli tanah kebun. Akhirnya beliau berjaya miliki sekitar 20 ekar tanah kebun getah, kelapa dan kelapa sawit.Selepas 'bersara' sebagai pekebun, dia dapat pendapatan dari hasil jualan getah, kelapa dan kelapa sawit. Beliau tak perlu lagi kerja tapi upah orang seberang buat hampir semua kerja.

Dari situlah terbit perasaan ingin mengikut jejak ayah saya membeli tanah. Tapi disebabkan saya tinggal di kotaraya, saya beli hartanah (flat/apartment/kondominium) dan sewakan. Itu pun agak lewat, pada umur 40an, selepas sedar saya perlu rancang persaraan atau saya akan gagal, jadi miskin selepas bersara. Saya mula beli kondominium lelong pada tahun 2006 dan selepas itu beberapa buah dalam setiap tahun, samada lelong, sub-sale atau yang baru dari pemaju. Setiap satu ada kelebihan dan kekurangan. Saya hanya perlu urus mana yang kurang. Ada yang telah saya jual untuk ambil keuntungan dan ada yang mungkin tidak akan saya jual kerana ia menjana pendapatan sewa yang tinggi berbanding harga pembelian sebab ia berada dikawasan "panas".

Sebenarnya, s
ebelum berkahwin saya ada beli sebuah rumah dan selepas berkahwin kami ada beli dua buah rumah secara perkongsian. Walaupun ada kesedaran untuk memiliki hartanah, strategi kami tidak sesuai untuk pelaburan kerana ia tidak menjana pendapatan pasif setiap bulan. Malah kami perlu keluarkan duit poket sendiri untuk tampung bayaran ansuran pinjaman. Rumah pertama hadapi masalah kerana tergendala selama 3 tahun. Sebaik siap, saya jual dan dapat keuntungan RM68,000. Itu hanya dalam masa 6 tahun dari 1992 hingga 1998. Bermakna saya jana RM11,333 setahun atau RM944 sebulan. Wow, beli rumah dengan deposit hanya RM1,000 mampu jana RM944 sebulan. Bagus ke bagus?

Rumah kedua adalah rumah sendiri. Dibeli pada tahun 1994 dan semingu selepas itu berlaku bencana Hillside Tower runtuh. Kami ambil pinjaman MBSB pada kadar yang tinggi untuk tempoh 20 tahun. Oleh kerana kami tidak mahu bayar harga dua buah rumah tapi dapat hanya sebuah rumah, kami bayar lebih setiap bulan. Akhirnya rumah itu milik kami sepenuhnya dalam masa 5 tahun sahaja. Kalau boleh beli kereta bayar 5 tahun sahaja, kenapa tak boleh beli rumah bayar dalam tempoh 5 tahun? Itu satu 'penipuan' pihak bank untuk dapat rumah PERCUMA dari kita. Mungkin anda tak faham maksud saya. 
Anggaplah anda faham.

Rumah ketiga pula kami beli pada 2011. Saya ingat dengan jelas kerana sebaik beli, berlaku bencana 9/11. Walaupun tidak menghasilkan pendapatan pasif bulanan, ia hasilkan kapital appresiasi yang tinggi apabila dijual pada 2016. Kami bahagi dua keuntungan dan saya guna wang ini untuk memulakan pelaburan hartanah secara agresif mulai 2006. Saya kongsikan cerita pelaburan bukan tujuan mendabik dada atau bermegah-megah, cuma ingin pastikan anda tahu bahawa saya bukan hanya cakap tentang strategi pelaburan mengikut buku tetapi saya sendiri melakukannya. Lalui pengalaman pahit dan manis tentang pelaburan hartanah. Setakat kongsikan cerita orang lain, ramai boleh buat.



Dengan sedikit pengalaman yang ada mungkin saya dapat beri pandangan saya untuk menjawab soalan yang diajukan tersebut. Ini pandangan dan cadangan peribadi. Mungkin tidak sesuai untuk semua orang kerana tahap keberanian seseorang mengambil risiko berbeza. Apa lagi untuk ambil risiko menggunakan wang persaraan untuk pelaburan yang sepatutnya digunakan dengan cermat dan berhati-hati. Tetapi no pain, no gain. JIka kita simpan wang yang banyak dalam akaun bank, dalam tempoh yang panjang, sebenarnya kita akan kerugian kerana kadar inflasi akan menyebabkan wang kita 'dicuri' kerana nilai dan kuasa membeli akan berkurangan,

Baik, mari saya kongsikan idea dan cadangan saya untuk pastikan kelangsungan hidup dalam alam persaraan dengan wang RM1juta sahaja. Ini langkah-langkah yang saya akan ambil sekiranya saya berada ditempat beliau. Cadangan secara simplistik untuk memudahkan kiraan, tidak ambil kira kos berkaitan seperti kos guaman dan juga bayaran zakat dan sebagainya. Dalam situasi sebenar, semua kos perlu diambil kira. Harap maklum.

1. Bahagikan wang yang ada kepada beberapa bahagian.
   
    Keluarkan semua wang dari EPF sebaik capai umur 55 tahun. Kita boleh mohon sebulan sebelum tarikh lahor dan wang akan dikreditkan dalam akaun sehari selepas harijadi. WOW! Saya sudah pernah keluarkan semasa capai umur 50 tahun. Apa nak buat dengan wang yang banyak itu? Mungkin ambil sedikit untuk pergi bercuti dengan pasangan anda atau bawa famili makan ditempat istimewa.

Selebihnya saya cadangkan pecahkan seperti berikut;

    Pertama - tabung pelaburan  50%
    Kedua - tabung kecemasan dan kesihatan 40%

    Ketiga - tabung saham akhirat 10%

    Nota:
    Peratusan hanya cadangan. Ia boleh ditukar mengikut keadaan
    dan kesesuaian atau profail risiko seseorang


2. Jana Pendapatan Pasif Dengan Tabung Pelaburan

    Apakah pelaburan yang mampu jana pendapatan pasif, Duduk Diam Dapat Duit? Kita oleh labur dalam pelbagai instrumen seperti unit saham amanah, logam berharga, Forex, saham dan banyak lagi tetapi setakat ilmu yang saya ada, hartanah mampu beri pendapatan pasif secara konsisten dengan syarat dilakukan dengan ilmu dan bijak.

    Lokasi, Masa dan Tindakan memainkan peranan dalam membuat pelaburan hartanah yang berjaya. Kenapa? Lokasi sangat penting kerana kita mungkin boleh beli rumah yang besar dan selesa di kawasan yang jauh dari KL tetapi mampukah ia jana pendapatan pasif yang menguntungkan? Jadi perlu pilih lokasi panas yang sentiasa ada permintaan sewaan

    Masa atau "timing" juga penting. Jika anda mempunyai ilmu pelaburan hartanah yang tinggi, mungkin masa tidak penting kerana setiap masa adalah baik untuk melabur JIKA anda dapat deal yang sangat baik seperti harga 30-50% dibawah pasaran. Tak mungkin ada deal macam ni? Anda mungkin tak percaya tapi ada cuma tak banyak dan anda perlu carinya. Antaranya rumah yang dilelong atau ada orang yang mengalami masalah kewangan. Mereka sanggup jual jika kena gayanya dengan harga bawah pasaran. Bukan ambil kesempatan tapi anggaplah ia satu cara membantu mereka keluar dari masalah kewangan

  Tahun 2018/2019 adalah masa yang baik sebagai pembeli hartanah kerana ia sedang dalam kitaran menurun.  Saya ada kongsikan mengenai pandangan saya tentang Kitaran Harga Hartanah pada 15 Ogos 2010. Klik DISINI untuk baca pandangan saya. Jadi agak mudah untuk beliau dapatkan rumah-rumah lelong pada harga dibawah pasaran.

  Peluang bagus ada setiap masa tetapi ramai yang tak ambil tindakan atau takut untuk bertindak. Mereka nampak ada pelunag untuk beli rumah lelong tapi mereka takut nak beli selepas dengar banyak cerita keadaan rumah yang teruk atau pemilik rumah tak mahu keluar. Jadi kenalah buat kajian sebelum masuk lelongan. Bukan sembrono sahaja. Saya berjaya dapatkan 4 buah kondominium dari lelongan, tentu dibawah harga pasaran, dan semuanya dalam keadaan yang sangat baik. Boleh terus sewakan tanpa sebarang ubahsuai atau pembaikan.

Dengan jumlah RM500,000, kita mampu beli 4-5 buah apartmen sederhana mewah yang hasilkan pendapatan pasif antara RM3-5K sebulan dan ia berterusan. Pendapatan ini juga mampu kita kawal, naikkan setiap 2 tahun dan jana RM3.5 - 6K sebulan dan seterusnya. Inilah pendapatan utama seorang pesara. Jika tidak mencukupi, maka pandai-pandailah adjust mana yang perlu. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Jangan main golf. Pergi tebas rumput dihalaman juga sama seperti main golf. Tak perlu kereta mewah, MyVi dan Axia juga mampu bawa kita ke destinasi yang dituju. Tak perlu jaga ego, jaga poket dan perut lebih baik.
 
3. Simpan Dalam Tabung Kecemasan

    Kegunaan utama tabung kecemasan adalah untuk tujuan kesihatan dan perkara yang memerlukan wang tunai denga cepat. Tetapi jika ada insuran kesihatan, tabung kecemasan boleh dikurangkan sedikit, m
ungkin kepada 30% atau RM300,000 sahaja. Simpanan ini mestilah dalam bentuk tunai bukan dalam bentuk aset. Mungkin ada baik simpan dalam ASB atau Tabung Haji dan sedikit dalam akaun bank.

4. Jana Dividen Berterusan Dengan Tabung Saham Akhirat
     Satu perniagaan yang tidak pernah rugi ialah perniagaan dengan rakan kongsi utama iaitu Allah swt.  Jadi gunakan lah wang RM100,000 untuk membuat amal jariah, sedekah, infaq, waqaf dan sebagainya. Yang afdal bukan bagi selepuk tapi sedikit secara konsisten. In Sha Allah akan diberi ganjaran pahala akhirat dan keberkatan serta rezeki yang berganda di dunia.

5. Sertai Perniagaan Rangkaian / Networking

Setelah bersara, adakah kita hanya perlu rehat, makan tidur atau ada yang kata RTM.
Rehat Tidur Makan atau Rehat Tunggu Mati.

Pada pandangan saya, RTM kurang bijak. Kita perlu aktifkan tubuh badan dan juga otak, Habiskan sisa-sisa kehidupan dengan aktif dan gembira. Dengan menyertai perniagaan Rangkaian (pilihlah yang baik bukan scam/piramid), kita bukan sahaja mampu jana pendapatan malah menambah rangakain rakan-rakan. Kita akan kenal lebih ramai orang dan ini akan membuatkan hidup kita lebih bermakna dan ceria.

Mungkin anda boleh sertai saya dalam program pemasaran mobile apps builder dengan pelan binari dan juga program Mahnee  (daftar PERCUMA) yang memberi rebat sehingga 100% atas pembelian yang dibuat online/offline dari merchant terpilih dengan pelan matahari. Hubungi saya di 011-36205850 untuk maklumat lanjut.

Dalam masa yang sama, kita sertai perniagaan dengan Allah swt juga. Rajin-rajin ke surau atau masjid. Dengar ceramah atau tazkirah. Sertai apa-apa program anjuran pihak masjid.

Hidup akan lebih bermakna jika kita dapat bantu dan gembirakan orang lain menjana pendapatan dunia dan dividen akhirat. Satu kepuasan yang tidak ternilai harganya, tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Allahualam

*** 
Ini hanya pandangan dan cadangan peribadi saya. Saya tak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kerugian disebabkan idea yang saya kongsikan ini