Wednesday, June 2, 2010

Beli Rumah Dari Pemaju : Bayaran Denda Lewat Serah (Late Delivery Payment)

Note: Lily Choong.. this is the story you'd been waiting for.

Dalam posting yang lalu saya ada berjanji untuk kongsi pengalaman membeli rumah dari developer. Pengalaman bercampur aduk, ada yang buruk dan ada yang baik untuk dijadikan sempadan dan tauladan.

Pada tahun 1991, saya telah membeli rumah teres 2.5 tingkat di Bukit Antarabangsa setelah di 'tipu' oleh ejen jualan. Saya rasa tertipu kerana mereka guna taktik kotor dengan menandakan 90% rumah telah dijual dan hanya tinggal 10% masih belum terjual, di atas pelan tapak projek perumahan. Sedangkan beberapa bulan kemudian didapati masih banyak yang belum terjual. Ingat, ini tip penting & penipuan besar kebanyakan ejen-ejen pemasaran hartanah.

Dalam Perjanjian Jual beli (Sales And Purchase)  rumah itu perlu diserahkan kepada pembeli dalam masa 36 bulan. Projek itu berjalan dengan lancar sehinggalah pada pertengahan 1992, tiba-tiba menjadi perlahan dan kemudian terhenti selama 2.5 tahun. Ia digerakkan semula pada penghujung 1994 dan akhirnya siap pada awal 1996. Jelas sekali, serahan telah lewat selama 24 bulan.

Saya menerima surat tawaran dari developer MBf Properties & Services berbunyi  begini;

'We are PLEASED to offer 50% Late Delivery Payment"

Wah! Wah! Wah! Sedap aje tulis guna perkataan "PLEASED". Siapa yang akan bergembira terima tawaran sedemikian? Sudahlah lewat terima rumah, sekarang dapat tawaran 50% LDP sahaja. Saya telah menelefon pejabatnya dan mereka kata mereka hanya boleh bagi hingga 60-70%. Saya kena buat rayuan. Apa pula nak kena buat rayuan? Sedangkan dalam S&P tak ada kata pembeli akan bagi developer diskaun jika lambat serah rumah. Senang-senag aje nak buli pembeli. Tidak berpuas-hati saya mencari jalan bagaimana hendak dapatkan hak saya iaitu 100% LDP.

Akhirnya setelah 2-3 hari berfikir secara positif & kreatif saya dapat idea. Saya memang confident idea ini baik dan akan berjaya. Kuatkan semangat dan beranikan diri buat panggilan ke MBf HQ, minta nombor telefon sekretari Tan Sri Loy. Saya tak berapa ingat nama penuhnya. Bukan mudah nak dapat sebab macam-macam soalan yang ditanya. Maklumlah, nak hubungi Tan Sri mesti lah susah. Namun saya guna satu ayat "power" yang dapat mencairkan mereka untuk bekerjasama. Telefonis akhirnya mengalah dan memberikan nombor telefon yang diminta. Masa tu tak ada email. Kalau ada pun penggunaannya tak meluas lagi. Ayat apa yang cairkan telefonis itu? Mudah sahaja. Saya katakan yang saya mahu 'commend' seorang staff MbF yang telah banyak membantu saya. Cepat sahaja dia bagi.

Beberapa hari telah berlalu, tapi saya masih belum menelefon sekretari Tan Sri. Apa nak cakap dan bagaimana nak cakap agar didengar, dapat simpati dan diambil tindakan? Pening kepala saya memikirkan. Satu hari saya beranikan diri menelefon dan setelah memberitau sekretari tujuan saya (of course not the real reason. I lied to her & told her that I have someone who'd done really good job and can help boost MBf image), panggilan saya diletakkan menunggu (on hold). Beberapa minit kemudian saya dapat bercakap dengan Tan Sri dan dengan sopan memulakan percakapan. Mula-mula saya puji MbF setinggi langit. Berbangga dengan pencapaiannya dan imej yang baik etc etc. Semuanya baik belaka. Saya dapat rasa Tan Sri agak gembira dengan pujian saya dari nada suaranya. Akhir sekali, saya beritahu tujuan sebenar saya menelefon beliau kerana kurang berpuas hati ditawarkan hanya 50% LDP. Macam tak percaya, beliau bersetuju dan minta saya tulis surat secara rasmi kepada Mbf Properties and services dan beri salinan (carbon copy) kepada beliau. Ucapan terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada beliau sebelum mengakhiri perbualan telefon.

Saya cepat-cepat buat surat, bukan surat rayuan tetapi surat permintaan (demand letter), kepada MBf agar saya dibayar 100% LDP dan satu salinan kepada Tan Sri.  Tiada apa yang berlaku selama 2 minggu. Tiba-tiba satu hari saya dapat pangilan yang mengatakan cek LDP bernilai lebih $20K saya telah siap. Dia tanya nak hantar guna pos atau nak ambil sendiri? Saya kata saya akan ambil sendiri. Pada hari yang sama juga saya terima surat berdaftar mohon maaf dari Tan Sri dan meminta saya menelefon beliau jika tidak terima panggilan dari pegawai MBf Properties dalam masa 3 hari.

Rupa-rupanya pegawai-pegawai MBf properties sudah kena secukupnya dari Tan Sri. "Bontot mereka panas" kena bantai dan sudah tak tahan. Mereka tidak mahu tunggu sehingga 3 hari sebelum menghubungi saya. Nasib mereka baik. Kalau tidak, saya pasti menelefon Tan Sri dan kali ini mereka kena bantai lebih teruk lagi.

Itulah cara kreatif yang saya gunakan utuk mendapatkan hak saya. Namun tidak semestinya berjaya dalam semua keadaan kerana selepas itu saya cuma berjaya dapatkan hanya 80% LDP untuk projek banglo lot Bandar Akademia. Anda boleh cuba taktik yang sama dan guna budi bicara anda. Mungkin berjaya dapatkan 100% LDP, mungkin tidak. Yang penting kita mesti cuba dapatkan HAK kita.

Selamat melabur!

3 comments:

Anonymous said...

THANKS, MAKLUMAT ANDA AMAT BERGUNA.

miss nina said...

wah..menariknya idea ni. lagipun memang patutlah perjuangkan hak sebagai pengguna :)

Rumah Bogor said...

Terima kasih banyak artikelnya.